omniture

Seniman Terkenal Antarabangsa Stephen Wiltshire Bakal Lakar Bangunan Empire State dan Latar Langit Bandar Raya New York Daripada Ingatan

Empire State Realty Trust, Inc.
2017-10-12 23:21 1351

NEW YORK, 12 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT) hari ini mengumumkan seniman yang terkenal di peringkat antarabangsa Stephen Wiltshire akan menghasilkan satu karya seni unik Latar Langit Bandar Raya New York. Setelah berlegar-legar menaiki helikopter selama 45 minit di sekitar Manhattan, Wiltshire akan melukis lanskap bandar ini mulai hari ini hingga Ahad, 15 Oktober 2017, dan berakhir dengan majlis penandatanganan pada hari Isnin, 16 Oktober 2017. Wiltshire terkenal kerana menghasilkan karya seni beliau daripada ingatan dan akan menghasilkan karya seni ini dalam kediaman di tingkat ke-80 Bangunan Empire State. Peringkat kemajuan lakaran seniman yang berpangkalan di London ini akan dapat dilihat oleh pengunjung Balai Cerap sewaktu beliau melukis mulai jam 10 pagi hingga 5 petang setiap hari.


"Stephen Wiltshire mempunyai kelebihan yang benar-benar istimewa, satu bakat luar biasa. Peluang untuk menempatkan Stephen dalam kediaman di Bangunan Empire State benar-benar satu penghormatan, dan untuk beliau membenarkan tetamu kami melihat beliau bekerja merupakan satu peluang sekali seumur hidup," kata Anthony E. Malkin, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif ESRT. "Stephen mempunyai minat istimewa terhadap Bangunan Empire State, dan kami tidak sabar-sabar untuk melihat bagaimana beliau menggambarkan bangunan ini di tengah-tengah lanskap bandar raya beliau."

Sejak berusia 3 tahun, Wiltshire berkomunikasi dengan dunia melalui bahasa lukisan. Beliau merupakan seniman yang memenangi anugerah bagi pertandingan seni kanak-kanak, dan beliau turut menerima tempahan pertama daripada Perdana Menteri Britain ketika berusia 8 tahun. Pada tahun 2006, beliau dipilih sebagai Ahli Darjah Empayar British oleh Ratu Elizabeth II atas khidmat beliau terhadap dunia seni, dan kemudiannya menubuhkan galeri beliau di Royal Opera Arcade, London.

Bakat unik Wiltshire dan minat mendalam terhadap lanskap bandar membawa beliau menjelajah seluruh dunia ke Tokyo, Madrid, Dubai, Jerusalem, Singapura, Sydney, Shanghai, Istanbul, Bandar Raya Mexico dan Rom, antara banyak lokasi lain. Bandar Raya New York kekal sebagai metropolis kegemaran beliau, yang kedua selepas kediaman beliau di London.

"Setelah bertahun-tahun menjelajah dan melakar bandar-bandar di seluruh dunia, saya sentiasa kembali ke Manhattan sebagai sumber mendapatkan ilham," kata Stephen Wiltshire. "Bangunan Empire State telah sekian lama menjadi bangunan kegemaran saya di dunia, dan meskipun saya berpeluang untuk melakarnya pada tahun 2015, ini merupakan satu tempahan unik yang membuatkan saya benar-benar teruja."

Latar Belakang Bangunan Empire State

Tersergam setinggi 1,454 kaki di Midtown Manhattan (dari tapak ke antena), Bangunan Empire State, yang dimiliki oleh Empire State Realty Trust, Inc., merupakan "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." Dengan pelaburan baharu yang dibuat dalam kecekapan tenaga, prasarana, kawasan awam dan kemudahan, Bangunan Empire State telah menarik minat penyewa kelas pertama daripada pelbagai industri di seluruh dunia. Teknologi penyiaran bangunan pencakar langit yang mantap menyokong semua stesen televisyen dan radio FM utama dalam pasaran metropolitan New York. Bangunan Empire State diiktiraf sebagai bangunan kegemaran Amerika dalam satu tinjauan yang dijalankan oleh Institut Arkitek Amerika, manakala Balai Cerap Bangunan Empire State merupakan salah satu daripada tarikan paling digemari di dunia dan sebagai destinasi pelancongan nombor 1 di rantau ini. Untuk maklumat lanjut tentang Bangunan Empire State, sila layari www.empirestatebuilding.com, www.facebook.com/empirestatebuilding, @EmpireStateBldg, www.instagram.com/empirestatebldg, www.youtube.com/esbnyc atau www.pinterest.com/empirestatebldg/.

Latar Belakang Empire State Realty Trust

Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT), dana pelaburan hartanah (REIT) yang terkemuka memiliki, mengurus, mengendalikan, mengambil alih, dan menetapkan semula kedudukan hartanah pejabat dan perniagaan di Manhattan dan kawasan sekitar metropolitan New York, termasuk Bangunan Empire State, bangunan paling terkenal di dunia. Beribu pejabat di New York, New York, portfolio pejabat dan perniagaan Syarikat meliputi 10.1 juta kaki persegi bagi kawasan boleh sewa, setakat 30 Jun 2017, merangkumi 9.4 juta kaki persegi kawasan boleh sewa bagi 14 hartanah pejabat, termasuk sembilan di Manhattan, tiga di Fairfield County, Connecticut dan dua di Westchester County, New York; serta kira-kira 700,000 kaki persegi kawasan boleh sewa bagi portfolio perniagaan.

Latar Belakang Stephen Wiltshire 

Stephen Wiltshire ialah seorang seniman yang melukis dan membuat catan panorama bandar yang terperinci. Beliau mempunyai bakat istimewa dalam melukis gambaran bandar-bandar yang seakan hidup dan tepat, kadang kala hanya selepas memerhatikannya buat seketika. Beliau dianugerahkan dengan MBE atas khidmat beliau terhadap dunia seni pada tahun 2006. Beliau melanjutkan pelajaran di Fine Art, City & Guilds Art College. Karya seni beliau terkenal di seluruh dunia dan dimuatkan dalam beberapa koleksi penting. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.stephenwiltshire.co.uk/.   

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/581676/Empire_State_Realty_Trust_Stephen_Wiltshire.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/581697/LOGO.jpg

 

Source: Empire State Realty Trust, Inc.
Related Stocks:
NYSE:ESRT
Related Links:
Keywords: Art Banking/Financial Service Entertainment Real Estate Residential Real Estate