omniture

Lancer Skincare Jalin Kerjasama Dengan Apotheca Beauty untuk Berkembang Dalam Pasaran Mewah Timur Tengah

Lancer Skincare
2017-10-13 19:17 1068

LOS ANGELES, 13 Oktober 2017 /PRNewswire/ --

Dahulunya merupakan rahsia yang disimpan rapi oleh golongan elit Hollywood termasuk Victoria Beckham dan Kim Kardashian, Lancer Skincare terus memperluas pengaruh perniagaan antarabangsa melalui jalinan kerjasama dengan Apotheca Beauty.

Pakar dan pengedar milik persendirian di Timur Tengah, Apotheca Beauty memilih jenama-jenama mewah dari seluruh dunia yang mempunyai bahan-bahan premium berkualiti cemerlang dan pembungkusan yang cantik dengan teliti. Menerusi ibu pejabat di Dubai dan Kuwait, Apotheca Beauty membuka peluang untuk menembusi pasaran baharu, mengedarkan produk menerusi jaringan peniaga yang luas di seluruh UAE, Kuwait, Qatar, Bahrain, Arab Saudi, Maghribi dan Jordan.

Perkongsian antara Apotheca Beauty dan Lancer Skincare membawakan pencapaian baharu yang menarik untuk Lancer Skincare, menonjolkan jenama ini kepada pasaran kosmetik Timur Tengah yang semakin berkembang. Didorong oleh pengguna berpendapatan boleh guna yang tinggi, peningkatan bilangan saluran jualan fizikal dan digital menjadikan Timur Tengah sebagai pasaran baru muncul yang sangat menarik untuk produk penjagaan kulit mewah. Peningkatan pengedaran pastinya menggembirakan kumpulan pelanggan dan pengikut global Dr. Lancer.

Tracey Sameyah, Ketua Pegawai Eksekutif Lancer Skincare berkata, "Saya sentiasa mempunyai kumpulan pelanggan antarabangsa di klinik dan permintaan penembusan Lancer Skincare ke dalam pasaran Timur Tengah berkembang pesat sejak 24 bulan lalu. Perkongsian kami dengan Apotheca Beauty memberi kami peluang untuk mendekati pengguna baharu dan kami berasa teruja dapat terus memperluas pengaruh kami dalam pasaran."

Nora Al-Ramadhan, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Apotheca Beauty berkata, "Setelah menjadi pelanggan Dr. Lancer ketika saya berada di Los Angeles, saya tahu dengan sendiri bagaimana berkesannya produk beliau dan hasil yang dapat dilihat oleh pesakit beliau pada kulit mereka. Apotheca amat teruja dapat membantu meluaskan kehadiran Doktor di peringkat antarabangsa, dan akhirnya menjadikan Kaedah beliau boleh diakses untuk Pelanggan Timur Tengah."

Latar Belakang Dr. Lancer: 

Berasal dari Montreal, Kanada, Dr. Lancer menghabiskan masa remajanya di Connecticut. Beliau menamatkan pengajian ijazah praperubatan di Brandeis University di Boston, Massachusetts dan seterusnya menerima pendidikan ijazah pertama perubatan beliau dari University of California, San Diego. Beliau menamatkan residensi di Harvard Medical School, menerusi program latihan pembedahan plastik di Tel Hashomer Hospital, Tel Aviv, dan menimba pengalaman selepas pengajian secara berterusan di London di St. John's Hospital untuk Penyakit-penyakit Kulit. Beliau kembali ke Southern California setelah beliau menerima pensijilan lembaga dalam bidang Dermatologi pada tahun 1983 dan mula mengamalkan ilmu perubatan beliau di Beverly Hills.

Hari ini, beliau mengekalkan kumpulan pelanggan global secara aktif yang terdiri daripada lebih 30,000 orang, termasuk beberapa individu paling cantik dan dikenali di dunia, kesemuanya yakin dengan kepakaran beliau, teknologi canggih dan pastinya, rangkaian penjagaan kulit beliau yang hebat.

Source: Lancer Skincare
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Licensing/marketing agreements