omniture

Pelajar Melaka Sahut Cabaran Kitar Semula Plastik

Dow
2017-10-13 19:25 1320

MELAKA, Malaysia, 13 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Beratus-ratus pelajar dari 12 sekolah yang terpilih di Melaka hari ini menonjolkan usaha kitar semula plastik mereka dalam satu Majlis Penganugerahan untuk Program Cabaran Alam Sekitar Sekolah 2017 Persatuan Pengeluar Plastik Malaysia (MPMA)-DOW. Program ini dilancarkan bersama-sama oleh MPMA dan Dow Packaging and Specialty Plastics (P&SP), satu unit perniagaan DowDuPont Materials Science.

Group photo of students
Group photo of students

Objektif utama program ini adalah untuk menggalakkan pelajar mengambil tindakan bagi mencari resolusi terhadap masalah alam sekitar. Ini merupakan kolaborasi keempat antara MPMA dan Dow P&SP bagi bersama-sama membangunkan platform demi kemajuan sosial dan alam sekitar, melalui pendidikan dan bantuan, untuk kanak-kanak mempelajari kepentingan dan faedah bumi dan masyarakat yang lestari melalui pertandingan bagi menggunakan plastik boleh kitar semula untuk seni, robotik dan fesyen-eko, serta pertandingan pengucapan awam bagi topik "Plastik dalam Alam Sekitar – Rakan atau Musuh".

Dato' Raymond Sng, naib presiden MPMA berkata, "Saya amat berbesar hati untuk menyatakan bahawa, dalam pertandingan pengucapan awam, para pelajar telah menunjukkan pengetahuan yang mendalam bagaimana aktiviti kitar semula plastik dapat membantu usaha-usaha ke arah kelestarian. Bersama-sama Dow, kami ingin mencabar golongan belia untuk memikirkan semula tentang impak mereka terhadap alam sekitar hari ini dan mula mengamalkan tabiat dan amalan yang baik yang akan memanfaatkan masyarakat dan generasi-generasi akan datang."

Program MPMA-Dow ialah usaha kedua di Melaka. Pada tahun 2016, program ini disambut baik oleh pelajar-pelajar yang bersemangat dari 6 sekolah di Alor Gajah. Pada tahun 2017, beratus-ratus pelajar dari 12 sekolah di daerah Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin mengambil bahagian dalam 4 pertandingan – Kerja Seni Kolaj Plastik dan Fesyen-Eko untuk Sekolah-sekolah Rendah; serta Pertandingan Pengucapan Awam dan Robotik untuk Sekolah-sekolah Menengah.

Dr. Han Zhang, pengurus kanan kelestarian Asia Pasifik, Dow Packaging and Specialty Plastics berkata, "Dow ialah sebuah syarikat dengan legasi dalam inovasi dan memberi tumpuan khusus terhadap kelestarian. Kami berasa gembira untuk menyokong inisiatif pendidikan ini sekali lagi bagi menggalakkan dan mendidik kesedaran alam sekitar dan kelestarian yang lebih tinggi dalam kalangan pelajar. Bersama-sama MPMA, kami ingin mencabar golongan belia untuk memikirkan semula tentang impak mereka terhadap alam sekitar hari ini dan mula mengamalkan tabiat dan amalan yang baik yang akan memanfaatkan masyarakat serta generasi-generasi akan datang."

Dr. Zhang menambah bahawa Program MPMA-Dow bukan sahaja membolehkan pelajar mendapat pemahaman yang lebih baik tentang plastik dan juga kitar semula plastik melalui pelbagai pertandingan, ia turut memotivasikan dan memupuk bakat terpendam dalam kalangan pelajar melalui pertandingan.

Latar Belakang MPMA

Persatuan Pengeluar Plastik Malaysia (MPMA), ditubuhkan pada 1967, ialah sebuah persatuan perdagangan progresif yang menyediakan kepimpinan dan perkhidmatan berkualiti untuk ahli-ahlinya dan industri plastik. Selain menjalankan aktiviti-aktiviti berhubung alam sekitar, keselamatan dan kesihatan, MPMA turut mempromosikan aktiviti-aktiviti tersebut di bawah naungan Forum Plastik Malaysia (MPF), iaitu satu kolaborasi bersama antara dua persatuan industri, iaitu Persatuan Petrokimia Malaysia-Kumpulan Pengeluar Resin Plastik (MPA-PRPG) dan MPMA.

Objektif utama MPF adalah untuk mencetuskan kesedaran dan pendidikan tentang plastik dan untuk meningkatkan kesedaran tentang pelupusan sisa plastik yang betul melalui konsep 3R untuk plastik iaitu Kurangkan (Reduce), Guna Semula (Reuse) dan Kitar Semula (Recycle); selain meningkatkan tahap kesedaran anti-buang sampah merata-rata kepada Kerajaan, Industri, Media dan Masyarakat Awam.

Latar Belakang Dow Packaging and Specialty Plastics

Dow Packaging and Specialty Plastics, satu unit perniagaan DowDuPont Materials Science, menggabungkan kekuatan teras R&D, capaian seluruh dunia, rangkaian produk yang luas serta kepakaran industri untuk menyediakan penyelesaian mampan kepada pasaran plastik dan pelekat. Unit perniagaan ini menumpu pada segmen pasaran dengan kadar pertumbuhan tinggi dalam pempakejan makanan fleksibel dan keras, pempakejan peringkat kedua dan ketiga, produk kebersihan diri dan aplikasi pelekat. Packaging and Specialty Plastics ialah salah satu pengeluar polietilena terbesar di dunia, dan merupakan penginovasi dan rakan usaha sama utama dalam seluruh rantaian nilai bagi penyelesaian untuk pempakejan yang lebih baik. 

Latar Belakang DowDuPont Materials Science Division

DowDuPont Materials Science, satu unit perniagaan DowDuPont (NYSE: DWDP), menggabungkan pengetahuan sains dan teknologi untuk membangunkan penyelesaian sains bahan terunggul yang penting demi kemajuan manusia sejagat. Unit ini mempunyai salah satu kit peralatan paling kukuh dan paling luas dalam industri, dengan teknologi yang mantap, penyepaduan aset, keupayaan skala dan berdaya saing yang membolehkannya menangani isu-isu global yang rumit. Portfolio DowDuPont Materials Science yang dipacu pasaran dan utama dalam industri yang terdiri daripada bahan-bahan termaju, perantaraan perindustrian dan perniagaan plastik menyediakan pilihan luas produk dan penyelesaian berbeza berasaskan teknologi untuk pelanggan dalam pasaran dengan kadar pertumbuhan yang tinggi seperti pempakejan, infrastruktur dan penjagaan pengguna. DowDuPont berhasrat untuk mengasingkan unit Sains Bahan menjadi sebuah syarikat dagangan awam yang bebas. Maklumat lanjut boleh didapati di www.dow-dupont.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171012/1964626-1

Source: Dow
Keywords: Entertainment Children-related news Corporate Social Responsibility Trade show news