omniture

Pameran Lampu Antarabangsa China (Guzhen) ke-20 Sahkan Tarikh Ditunda kepada 30 Oktober - 3 November 2017

Belum Terlambat Anjur Acara Bermutu
China (Guzhen) International Lighting Fair
2017-10-13 19:59 1132

ZHONGSHAN, China, 13 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Ekoran berlakunya ribut taufan baru-baru ini, lokasi pameran telah rosak teruk dan kini sedang diselenggara; Pameran Lampu Antarabangsa (GILF) China (Guzhen) kali ke-20 akan ditunda pada tarikh 30 Oktober - 3 November 2017, di Pusat Konvensyen & Pameran Guzhen, Bandar Zhongshan, Wilayah Guangdong, China.

Never too Late for a Good Show
Never too Late for a Good Show

Meskipun berlaku penangguhan, GILF telah pun bersedia sepenuhnya, termasuk penyertaan pempamer, jemputan pengunjung dan pakar industri, penganjuran aktiviti sokongan, promosi domestik dan luar negara, semuanya telah siap mengikut jadual, dan hasilnya benar-benar suatu yang mengagumkan.

Menjadikan "Sumber Lampu Asli untuk 6 Bilion Penduduk Seluruh Dunia" sebagai temanya, GILF kali ke-20 ini terus berganding bahu dengan Ekspo Pembuatan, Pembekalan dan Perkhidmatan Lampu Guzhen (GMS) dan enam pusat membeli belah mega lampu sebagai sub-lokasi. Pameran ini menyediakan lebih 2,000 syarikat lampu dengan kawasan pameran berkeluasan lebih 1,500,000 m2, bagi memenuhi pelbagai keperluan 100,000 pengunjung profesional dari 128 negara dan wilayah. Pada sesi kali ini, pameran akan menekankan reka bentuk dan pembuatan sebagai asasnya. Selain 1,200 bilik pameran jangka panjang di pusat membeli belah mega, lebih 800 pempamer sementara yang baharu turut mengambil bahagian dalam pameran di ruang utama. Terdapat lebih lapan kategori pameran mencakupi lampu hiasan, lampu komersial, lampu kediaman, lampu & teknologi LED, lampu luar, barangan elektrik & elektronik, peralatan lampu dan aksesori lampu.

GILF kali ke-20 ini juga terus mempromosikan pasaran luar negara dengan memperluas skala kumpulan pengunjung luar negara dan meningkatkan kualiti pembeli. Para pengunjung luar negara boleh membuat prapendaftaran secara dalam talian bagi menjimatkan 100 RMB yuran kemasukan di tapak. Para pengunjung yang membuat prapendaftaran boleh menikmati lebih banyak perkhidmatan bantuan perjalanan seperti program pembeli dihoskan, permohonan visa serta perkhidmatan tempahan hotel secara percuma. Sila layari laman sesawang rasmi http://www.gzlightingfair.com/en bagi mendapatkan semua perkhidmatan eksklusif GILF ke-20.

Secara keseluruhan, Pameran Lampu Antarabangsa China (Guzhen) kali ke-20, pameran yang berlangsung selama lima hari dengan enam sub-lokasi berserta hampir 2,000 pempamer dan lebih 20 seminar serta forum profesional sepanjang tempoh pameran, bakal menyajikan anda dengan kejutan yang tidak diduga.

Belum terlambat untuk menyaksikan acara bermutu; jumpa di perhimpunan lampu besar-besar pada 30 Oktober - 3 November 2017 dalam musim luruh keemasan ini.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan butiran lanjut, sila hubungi kami melalui: shay.gao@ubmsinoexpo.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171012/1964628-1

Source: China (Guzhen) International Lighting Fair
Keywords: Computer/Electronics Construction/Building Consumer Electronics Electronic Components Furniture & Furnishings Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news