omniture

Carrier Meraikan Ulang Tahun Penyaman Udara Moden ke-115

UTC Climate, Controls & Security
2017-10-16 10:00 1065

KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 Oktober, 2017 /PRNewswire/ -- Tiada persamaan yang ketara di antara panggung wayang, kilang pemprosesan dan bangunan pejabat sehinggalah wujudnya era teknologi hawadingin yang moden.

Dengan wujudnya era ini,  kesemuanya telah berkembang pesat dengan memanfaatkan kawalan  udara dan lembapan yang tepat bagi memenuhi setiap piawaian tahap keselesaan yang hendak dicapai

Kini, setelah 115 tahun meraikan ulang tahun era teknologi hawadingin moden, Carrier mementerai lagi kemajuan inovatif yang terkini dan pencapaian yang memaktubkan teknologinya sehinggalah ke hari ini.

 Carrier (Malaysia) Sdn Bhd. (Carrier Malaysia) merupakan sebahagian daripada Konsessi Carrier yang menerupakan peneraju dunia dalam penyelesaian pemanasan, penyamanan udara dan penyejukan berteknologi tinggi, sebahagian daripada UTC Climate, Controls & Security dan di bawah naungan United Technologies Corp.  (NYSE: UTX).

"Carrier akan terus membangunkan produk dan berterusan menerokai ciptaan baharu bagi merentas sempadan teknologi pintar. Selain daripada memberi penyamanan udara dan keselesaan, produk yang dihasilkan oleh Carrier merupakan antara produk paling cekap kuasa yang boleh didapati hari ini, " kata Victor Yu, Pengarah Urusan, Carrier Malaysia.
"Dengan  semangat kegigihan yang mantap, kejuruteraan yang bertaraf dunia dan komitmen inovasi yang berterusan, Carrier kini menjadi lebih "cool" berbanding sebelum ini dan berasa amat teruja dalam menyampaikan penyelesaian bagi memastikan keselesaan manusia sejagat pada masa kini dan masa hadapan."

Berikut adalah tujuh sebab untuk meraikan Carrier, pengubah industri dalam teknologi penyaman udara.

7. Produk yang mampan. Sejak tahun 2000,  produk keluaran Carrier telah mengurangkan pelepasan karbon dioksida lebih daripada 225juta metrik tan melalui kemajuan dalam kecekapan tenaga.  Ini setara dengan penyingkirkan lebih daripada 47juta pengangkutan awam di jalan raya dalam tempoh setahun.  Hebat bukan?

6. Pengasas Syarikat, Wills Carrier. Semangat Willis Carrier, pencipta penyamanan udara moden, tetap diwarisi dan dipelihara dengan baik di williscarrier.com dan di Twitter. Ikuti Willis di laman sesawangnya dan laman Twitternya dimana beliau berkongsikan sejarah dan peristiwa-peristiwa penting mengenai perkembangan penyamanan udara moden

5. Penerajuan Kebolehmampanan. Pengokol emparan AquaEdge™ 19DV, bercirikan kepintaran Greenspeed™ dan PUREtec™ dengan bahan penyejuk yang bertahap pemanasan global rendah merupakan salah satu contoh komitmen Carrier yang terkini yang berlandaskan kepada kepimpinan melalui pembangunan penyelesaian kecekapan kuasa, kestabilan dan tanggungjawab terhadap alam sekitar

4. Bangunan Pintar Pusat UTC. Carrier dengan produk peneraju industrinya, akan digunakan dalam Bangunan Pintar Pusat Pelanggan UTC, memberikan pengalaman baru yang amat berbeza kepada pelanggan, sedia dibuka pada akhir tahun ini di Palm Beach Gardens, Florida

3. Memupuk dialog global. Carrier yakin bahawa dialog global dapat mengimbang semula teknologi terbina dengan alam sekitar. Carrier juga yakin bahawa perkembangan konsep bangunan hijau, yang mengunakan produk penyamanan udara berkecekapan tinggi akan dipercepatkan melalui pendidikan. Dalam usaha mencapai inisiatif tersebut, Carrier mengadakan Siri Kuliah Kebolehmampanan Ulung (Distinguished Sustainability Lecture Series), dengan harapan perbincangan pada hari ini akan memacu kemajuan teknologi dan membentuk keputusan yang akan dibuat pada masa hadapan. Setakat hari ini, sessi kuliah telah dihadiri oleh lebih 3,850 profesional melalui 31 kuliah di 19 bandar merentasi 15 negara. Sessi kuliah yang berikutnya akan diadakan pada akhir tahun ini di Indonesia dan India.

2. Pengekalan makanan agar sentiasa segar. Penyaman udara moden telah mengukir laluan untuk teknologi penyejukan Carrier bagi kargo pengangkutan dan penghantaran yang berkawalan suhu. Carrier memahami bahawa maksud "segar" bukan sekadar bahan mentah yang baru  dituai atau hasil produk yang baru dicipta.  Ia juga melibatkan kaedah penyimpanan produk-produk tersebut semasa dalam proses penghantaran.   Carrier menyediakan penyelesaian penyejukan pengangkutan yang dilengkapi dengan kawalan suhu dan kelembapan yang jitu, demi memelihara semua jenis kargo yang mengangkut bahan mudah rosak tanpa mengira destinasinya

1. Inovasi secara berterusan. Hakikatnya, teknologi penyaman udara masa hadapan sedang dibangunkan pada masa sekarang. Pada tahun 2016, United Technologies telah membelanjakan sebanyak USD3.7B dalam bidang pembangunan, pembiayaan penyelidikan syarikat dan pelanggan, yang memangkin inovasi baru kepada pelbagai produk sistem aero-angkasa serta bangunan yang antaranya termasuk sistem pemanasan, penyamanan dan penyejukan.

Ketahui lebih lanjut  tentang warisan inovasi Carrier, serta fakta sejarah penyamanan udara moden di "Weathermakers to the World" atau  layari WillisCarrier.com.  Juga boleh ikuti @WillisCarrier  di Twitter  dan di media sosial menggunakan hashtag #carriercool.

Mengenai Carrier

Diasaskan oleh pencipta penyaman udara moden, Carrier adalah peneraju dunia dalam penyelesaian pemanasan, penyamanan dan penyejukan berteknologi tinggi. Carrier menyediakan penyelesaian yang mampan, mengintegrasikan produk cekap tenaga, kawalan bangunan serta perkhidmatan tenaga untuk sektor kediaman, komersial, peruncitan, pengangkutan dan penyegaran makanan.  Carrier adalah sebahagian daripada UTC Climate, Controls & Security, sebuah unit di bawah United Technologies Corp., yang merupakan pembekal unggul sistem dalam industri aero-angkasa dan bangunan di seluruh dunia.  Untuk maklumat lanjut, sila layari www.carrier.com atau ikuti @Carrier di Twitter.

Hubungi:
Hor Mei Peng
+65 6410-0111
Meipeng.hor@utc.com

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20170801/1908203-1LOGO

Source: UTC Climate, Controls & Security
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Household Products Household/Consumer/Cosmetics HVAC