omniture

Wanita Pertama Sierra Leone dan BEINGMATE Lancar Projek Derma untuk Kanak-kanak Afrika

BEINGMATE
2017-10-16 10:21 761

FREETOWN, Sierra Leone, 16 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Wanita Pertama Sierra Leone, Puan Sia Nyama Koroma dan Syarikat Cina-BEINGMATE bersama-sama melancarkan projek derma susu tepung bagi menggalakkan perkembangan kesihatan wanita dan kanak-kanak di Afrika. Sementara itu, sebuah majlis diadakan di Presidential Lodge yang disaksikan oleh Duta Cina ke Sierra Leone En. Wu Peng, pemangku Duta Sierra Leone ke China Puan Kumba Momoh, Puan Mariatu Kargbo, Duta Muhibah, serta para pemimpin dari Kementerian Kesihatan, MSWGCA, MOHS, dsb.

Produk tersebut akan menyediakan pemakanan tambahan untuk lebih 20,000 kanak-kanak berumur 1-5 tahun dan juga ibu-ibu yang menyusu.

Puan Foh, Puan Koroma dan Encik Wu Peng di majlis sumbangan
Puan Foh, Puan Koroma dan Encik Wu Peng di majlis sumbangan

Wanita Pertama Puan Koroma berkata, "tugas pertama saya adalah berusaha mengurangkan kadar kematian wanita di Afrika, saya sedia maklum kepentingan zat pemakanan kepada kanak-kanak, maka hadiah hari ini adalah satu hadiah berharga. Saya menghargai usaha Maria dalam projek ini dan pelbagai sumbangan beliau terhadap negara. BEINGMATE menjadi peneraju bagi industri bayi Cina dengan tahap kesedaran SCR yang tinggi, susu tepung ini akan memberi lebih banyak nutrisi untuk kanak-kanak kami. Saya sangat berterima kasih atas sokongan hebat BEINGMATE bagi pihak suami saya – Presiden Koroma, kakitangan pejabat saya, para ibu dan kanak-kanak di Sierra Leone."

En. Wu Peng menyatakan bahawa Kanak-kanak ialah masa depan manusia sejagat. BEINGMATE ialah salah satu jenama Cina terkemuka dalam membekalkan produk dan perkhidmatan untuk bayi. Kerajaan Sierra Leone dan kepimpinan mantap Tuan Yang Terutama, Presiden Dr. Ernest Bai Koroma telah memberi sumbangan hebat dalam memastikan penduduk Sierra Leone mendapat akses kepada makanan yang mencukupi. Sumbangan ini menunjukkan bukan sekadar semangat persaudaraan antara kedua-dua negara, tetapi juga memperlihatkan tanggungjawab sosial BEINGMATE.

En. Frank Wang, Pengarah BEINGMATE International, menyatakan kekaguman atas usaha berterusan Puan Koroma bagi menggalakkan perkembangan kesihatan wanita dan kanak-kanak di Afrika, "BEINGMATE ialah penyedia makanan dan perkhidmatan untuk bayi yang terkemuka di China. Sejak 25 tahun lalu, BEINGMATE bekerjasama erat dengan syarikat-syarikat yang terkenal dunia, agensi-agensi kerajaan dan institut-institut penyelidikan bagi menghasilkan makanan bayi berkualiti tinggi. Dengan semangat KASIH SAYANG, BEINGMATE amat gembira dapat bekerjasama dengan Puan Koroma bagi meningkatkan kualiti kehidupan keluarga dan menginspirasikan kanak-kanak di Afrika untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih bahagia."

Puan Mariatu Kargbo dan Encik Frank Wang mengagih-agihkan susu tepung kepada kanak-kanak
Puan Mariatu Kargbo dan Encik Frank Wang mengagih-agihkan susu tepung kepada kanak-kanak

Ini merupakan projek derma Afrika yang pertama oleh BEINGMATE, yang juga amat penting terhadap perkembangan kesihatan wanita dan kanak-kanak di Sierra Leone. Seterusnya, BEINGMATE akan melancarkan derma di negara-negara SAARC untuk terus membantu pemakanan tambahan bayi global.

Latar Belakang BEINGMATE: 

BEINGMATE Baby & Child Food Co., Ltd. ("BEINGMATE") ditubuhkan pada tahun 1992, ialah penyedia produk dan perkhidmatan untuk bayi yang terkemuka di China. Ia komited untuk terus membangunkan, mengeluarkan dan terlibat dalam penyediaan produk dan perkhidmatan untuk ibu, kanak-kanak dan bayi secara saintifik dan selamat. Ia menubuhkan 8 pangkalan sumber susu di "Jalur Sumber Susu Emas Global" termasuk China, Ireland, Switzerland, Finland, Australia, New Zealand, dsb. Dengan semangat KASIH SAYANG, BEINGMATE membantu kanak-kanak menjalani kehidupan dengan cara yang sihat dan memberi sumbangan terhadap pembangunan mampan manusia sejagat.

BEINGMATE 2017: 

2017.01: Terpilih dalam kes Harvard Business School;

2017.06: Tandatangani MOU sumbangan susu tepung dengan SAARC-CCI bagi membantu kanak-kanak di negara-negara SAARC;

2017.08: Produk BEINGMATE disenaraikan sebagai "0001-0009" dalam senarai formula kelulusan pertama yang diumumkan oleh FDA Cina selepas dasar baharu;

2017.10: 39 daripada IMF BEINGMATE diluluskan oleh FDA Cina untuk dasar baharu;

2017.10: BEINGMATE melancarkan projek derma bersama Wanita Pertama Sierra Leone;

Setakat ini, BEINGMATE menyumbang lebih RMB1b barangan dan dana kepada masyarakat sejak ditubuhkan.

Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20171012/1965004-1-a
Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20171012/1965004-1-b

Source: BEINGMATE
Keywords: Food/Beverages Health Care/Hospital Children-related news Corporate Social Responsibility Women-related news