omniture

Litar Yas Marina dan FLASH Entertainment Hari Ini Umum Artis Terakhir Bakal Buat Persembahan sempena Konsert Selepas Perlumbaan Yasalam

Yas Marina Circuit
2017-10-17 02:42 849

ABU DHABI, UAE, 17 Oktober 2017 /PRNewswire/ --

Bintang Muzik Kendrick Lamar Lengkapkan Barisan Artis Konsert Selepas Perlumbaan Abu Dhabi Grand Prix Yasalam

Artis rakaman Top Dawg Entertainment, Kendrick Lamar disahkan sebagai artis terkenal yang bakal membuat persembahan di du Arena pada hari Jumaat, 24 November, seraya melengkapkan barisan penuh hiburan bertaraf dunia selama empat hari itu sempena FORMULA 1 ETIHAD AIRWAYS ABU DHABI GRAND PRIX 2017.

generated by system

Lamar akan turut serta bersama DJ Calvin Harris yang terkenal di peringkat antarabangsa untuk membuat persembahan pada hari Khamis 23 November, penyanyi rock yang berpangkalan di UK, Mumford & Sons untuk membuat persembahan pada hari Sabtu 25 November, berserta ikon global P!NK untuk melabuhkan tirai konsert pada hujung minggu iaitu pada hari Ahad 26 November.

Sebagai seorang penduduk asal California, Lamar pernah meraih sejumlah anugerah sepanjang tempoh kerjaya beliau, termasuk tujuh Anugerah Grammy. Beliau memulakan langkah perjalanan dalam bidang muzik pada usia remaja dengan nama pentas K-Dot, dan serta merta meraih pengiktirafan pada tahun 2011 ekoran pelancaran Section 80.

Pengumuman dibuat apabila pihak penganjur turut mendedahkan bahawa tambahan 1,000 tiket tiga-hari tambahan untuk Abu Dhabi Hill boleh mula dibeli. Bermula pada harga AED 995 tiket ini memberi akses kepada pemegang tiket untuk menyertai aktiviti Berjalan Kaki Di Laluan Pit Hari Khamis (Thursday Pit Lane Walk), perlumbaan sepanjang empat hari selain Konsert Selepas Perlumbaan Yasalam sepanjang empat hari. Litar Marina Yas menggesa orang ramai untuk membeli tiket secepat mungkin memandangkan ini merupakan tawaran terhad untuk kategori tiket yang popular.

Al Tareq Al Ameri, Ketua Pegawai Eksekutif Litar Yas Marina berkata: "Pengumuman hari ini menandakan kini kami mempunyai satu lagi acara hujung minggu dengan barisan penuh bintang terkenal bagi memastikan ribuan pengunjung yang hadir bagi menikmati acara sukan dan hiburan hujung minggu terbesar dan terbaik di rantau ini dapat mengalami pengalaman yang luar biasa."

"Selain keterujaan di landasan perlumbaan, Abu Dhabi Grand Prix kesembilan kami menawarkan sesuatu buat semua. Sama ada anda merupakan peminat setia F1, pencinta muzik atau tercari-cari aktiviti hujung minggu bersama keluarga yang menakjubkan, anda tidak akan kecewa."

Seperti biasa, satu-satunya cara untuk menikmati keempat-empat persembahan Konsert Selepas Persembahan Yasalam adalah dengan membeli tiket Abu Dhabi Grand Prix.

Tiket-tiket boleh didapati di dalam talian melalui http://www.yasmarinacircuit.com, melalui Pusat Panggilan Litar Yas Marina (800 927) atau +971 (0) 2 659 9800, serta Kedai-kedai Etihad dan Virgin Megastores dan juga melalui aplikasi telefon pintar YasHUB serta kedai Facebook: http://www.facebook.com/yasmarinacircuit

 

Source: Yas Marina Circuit
Keywords: Entertainment Music Sporting Events Sports