omniture

Venture Global LNG Umum Kejayaan Penutupan Tawaran Persendirian $108.6 Juta: Jumlah Pendanaan Agregat Cecah $470 Juta

Venture Global LNG
2017-10-17 13:03 964

WASHINGTON, 17 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Venture Global LNG, Inc. mengumumkan ia telah mengumpul modal tambahan kira-kira sebanyak $108.6 juta, menjadikannya pusingan ketujuh pelaburan ekuitinya. Tawaran persendirian Peraturan D ini menjadikan pendanaan agregat syarikat berjumlah $470 juta.

Hasil kutipan transaksi ini akan membiayai aktiviti-aktiviti pembangunan berterusan Venture Global LNG untuk kemudahan eksport LNG yang dicadangkan di Louisiana. Syarikat turut membangunkan kedua-dua kemudahaan 10 MTPA Calcasieu Pass di Teluk Mexico dan kemudahan LNG 20 MTPA Plaquemines di Plaquemines Parish menggunakan teknologi pencecairan berkecekapan tinggi dan berskala pertengahan.

Sebagai tindak balas kepada kenaikan modal, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Bob Pender berkata, "Ekoran pelaksanaan terkini Perjanjian Jual Beli ("SPA") 20 tahun yang dimeterai bersama Edison (sebahagian daripada EDF Group), berserta SPA 20 tahun dimeterai dengan Shell North America LNG, tawaran persendirian ini memberikan keyakinan tinggi kepada pembeli kami dari segi kebolehan kami untuk menyediakan LNG berkos paling rendah dari Amerika Utara untuk pasaran global."  

Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Mike Sabel menambah, "Pihak pelabur dan pelanggan LNG terus mengiktiraf strategi inovatif dan pelaksanaan berkualiti kami tatkala kami, bersama-sama rakan strategik kami GE Oil & Gas, LLC, sebahagian daripada Baker Hughes, sebuah syarikat GE ("BHGE"), membangunkan dua projek LNG yang utama di Amerika Utara."

Morgan Stanley & Co. LLC dan Goldman Sachs & Co. LLC membantu syarikat berhubung tawaran persendirian ini.

Latar Belakang Venture Global LNG

Venture Global LNG merancang untuk menjadi pengeluar LNG jangka panjang dan berkos rendah, dari lembangan pengeluaran gas asli di A.S. Strategi Venture Global LNG diperkukuh oleh rangkaian produk BHGE yang amat cekap dan andal. Venture Global kini membangunkan terminal-terminal eksport LNG di Calcasieu Pass dan Plaquemines Parish, Louisiana dengan kapasiti berjumlah 30 MTPA. Maklumat lanjut boleh didapati di www.venturegloballng.com.

Source: Venture Global LNG
Keywords: Banking/Financial Service Gas Oil/Energy Utilities