omniture

Yangon beroperasi dengan Penyelesaian Pengurusan Lalu Lintas Hikvision

Hikvision Digital Technology
2017-10-18 11:20 1047

HANGZHOU, China, 18 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Hikvision, pembekal utama dunia bagi produk dan penyelesaian pengawasan video, kini menjamin aliran kenderaan yang selamat dan membantu meningkatkan piawaian pemanduan di Yangon, Myanmar (dahulunya Burma), melalui penyelesaian pengurusan lalu lintas bersepadu pintar seluruh kawasan yang dipasang di seluruh bandar.

Latar belakang

Ekoran sekatan ekonomi yang dikenakan terhadap Myanmar dilonggarkan pada tahun 2011, pembangunan pesat puluhan ribu kenderaan beralih kepada jalan raya di bandar dan sejak bertahun-tahun lamanya, Yangon, (populasi seramai 7 juta) mengalami kesesakan lalu lintas besar-besaran.

Lalu lintas yang begitu sesak di jalan raya Yangon disebabkan oleh kesesakan kenderaan yang biasa dan pada tahun 2007, terdapat kira-kira 180,000 kenderaan di jalan raya bandar-bandar, dan pada tahun 2014, angka tersebut meningkat hampir sekali ganda. Akibat kesesakan lalu lintas dan piawaian pemanduan yang lemah, pada tahun 2013, bandar tersebut mengalami hampir 3,000 perlanggaran kenderaan dan 509 maut akibatnya.

Jawatankuasa Pembangunan Bandar Yangon (YCDC) mendapati aliran lalu lintas yang semakin sesak menyebabkan peningkatan pelanggaran peraturan lalu lintas, seperti melanggar lampu isyarat merah dan melakukan pusingan-U yang menyalahi undang-undang – menyebabkan peningkatan kesesakan dan risiko kemalangan yang lebih tinggi. Bagi menangani isu-isu ini, YCDC mengeluarkan tender bagi mempelawa syarikat-syarikat untuk menyediakan penyelesaian berasaskan teknologi yang berkesan.

Bidaan yang berjaya oleh China Railway 21st Bureau Company Ltd, mengesyorkan penyelesaian pengurusan lalu lintas daripada Hikvision. Berperanan sebagai perunding teknikal dalam projek DICTCS (Reka Bentuk, Pemasangan, Pentauliahan Sistem Kawalan Lalu Lintas), Hikvision bekerjasama dengan China Railway 21st Bureau Company Ltd dan YCDC bagi memperincikan penyelesaian kawalan lalu lintas yang dapat menjamin keupayaan prestasi sistem, operasi yang lancar dan juga pengembangan yang dijamin untuk masa depan.

Teknologi terbukti di lapangan

Bagi mengawal sistem lalu lintas seluruh bandar, Hikvision membekalkan ITS (Sistem Pengurusan Video pintar), yang direka khusus untuk kegunaan pengurusan lalu lintas. Platform yang utama dalam industri ini menggabungkan fungsi pusat pemeriksaan kenderaan, pengesanan pelanggaran peraturan, pengawasan video, pengesanan peletakan kenderaan yang menyalahi undang-undang, kawalan persimpangan dan juga penyepaduan data. 

Elemen utama dalam sistem pengurusan lalu lintas yang diletakkan di 154 persimpangan yang dikawal lampu isyarat, ialah Platform Kawalan Komprehensif ITS Hikvision, merangkumi pelayan data yang menyenggara Pengurusan, pangkalan data, penstriman, penyimpanan, Keadaan Lalu Lintas dan Peranti Lalu Lintas.

Demi memastikan aliran lalu lintas yang lebih baik, di tempat-tempat tumpuan seluruh bandar, teknologi Pengawal Isyarat Lalu Lintas digunakan bagi menguatkuasakan pelbagai peraturan lalu lintas. Apabila kenderaan yang melanggar undang-undang melepasi titik semakan yang dilengkapi ITS, sistem ini mengambil gambar dan secara automatik menghubungkan dengan data penting, termasuk LPR dan angka kelajuan kepada imej bukti.

Kadar kelajuan kenderaan dirakam oleh radar atau dengan membahagikan persimpangan jalan raya manakala aliran lalu lintas yang lancar dijamin oleh Sistem Pengesanan Lampu Merah yang Beroperasi. Berfungsi serentak dengan pengesanan Isyarat Lampu Isyarat, teknologi kamera Hikvision memberikan video bukti bagi pelanggaran lampu isyarat, dengan imej-imej digunakan bagi tujuan pemberitahuan pelanggaran. Ia turut memantau kualiti aliran lalu lintas bandar sepanjang masa.

Pengesanan pelanggaran

Kamera-kamera Hikvision digunakan di bandar bagi mengawasi tempat meletak kenderaan melalui Sistem Pengesanan Tempat Letak Kereta Menyalahi Peraturan. Kamera kubah kelajuan lalu lintas mengambil gambar mana-mana kenderaan yang diletak secara tidak sah dan sistem ini berupaya mengurus pelanggaran peraturan pemanduan yang biasa berlaku, seperti penyalahgunaan persimpangan, pemanduan salah arah, pemesongan arah, perubahan lorong yang dilarang, lintasan lorong, pengiraan lalu lintas dan pengesanan pemanduan undur.

Bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di tempat tumpuan, sistem ini membekalkan pengguna jalan raya dengan status lalu lintas terkini, melapor aliran lalu lintas pada monitor gergasi Paparan Panduan Lalu Lintas tepi jalan.

Data dorong tingkah laku & aliran lalu lintas lebih baik

Data sistem yang sangat berharga ini membolehkan pasukan pengurusan lalu lintas mengurangkan kesesakan, meningkatkan aliran lalu lintas dan memastikan pengalaman perjalanan pengguna jalan raya yang terbaik. Pengawasan kamera jaringan jalan raya seluruh bandar dipaparkan di bilik kawalan pada dinding monitor video LCD HD Hikvision.

"Pelaksanaan Reka Bentuk, Pemasangan dan Tempahan Hikvision untuk Sistem Kawalan Lalu Lintas komprehensif di Yangon dengan subsistem bersepadu Hikvision membolehkan kami mendapat akses kepada maklumat lalu lintas dan pelanggaran lampu isyarat merah secara langsung," jelas Than Win, Naib Ketua Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan Bandar Yangon. "Subsistem Hikvision memperlihatkan kejayaan yang boleh dicapai bagi mengawal masalah ketidakpatuhan dengan undang-undang lalu lintas."

"Yangon ialah bandar antarabangsa pertama di luar China yang menggunakan Penyelesaian Pengurusan Lalu Lintas DICTCS Hikvision, berserta ratusan sistem yang berjaya dipasang di bandar-bandar seluruh China," Tony Xu, Pengurus Projek Hikvision mengesahkan. "Hasil daripada penyelesaian Hikvision yang inovatif, teknologi yang digunakan dapat memastikan aliran lalu lintas Yangon yang ditambah baik secara meluas dapat membantu objektif pembangunan YCDC,  untuk menyokong dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi dan industri bandar."

Latar Belakang Hikvision

Hikvision ialah penyedia terkemuka dunia bagi produk dan penyelesaian pengawasan video yang inovatif. Mempunyai tenaga kerja penyelidikan & pembangunan (R&D) paling mantap dalam industri, syarikat memajukan teknologi-teknologi teras pengekodan audio dan video, pemprosesan imej video dan storan data berkaitan, selain teknologi-teknologi berpandangan ke hadapan seperti pengkomputeran awan, data besar dan pembelajaran mendalam. Selain industri pengawasan video, Hikvision mengembangkan perniagaannya kepada teknologi kediaman pintar, pengautomatan industri dan industri-industri elektronik automotif demi mengekalkan pembangunan jangka panjang. Tatkala mencipta nilai untuk pelanggannya, Hikvision mengendalikan 28 subsidiari rantau luar negara di seluruh dunia bagi mencapai kehadiran global yang sebenar. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi kami di www.hikvision.com .

Source: Hikvision Digital Technology
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Transportation Trucking and Road Transportation