omniture

Mesyuarat dan gabungan media digital Pulsus Healthtech bantu pendidikan perubatan berterusan golongan perubatan

Pulsus Group
2017-10-18 15:01 1042

Pulsus Group dedahkan jadual persidangan 2018

LONDON dan SINGAPURA, 18 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Pulsus Group komited untuk bekerjasama dengan komuniti perubatan dan pembuat dasar bagi menambah baik pendidikan penjagaan kesihatan global melalui persidangan-persidangan perubatan dan saintifik globalnya. Dengan legasi kecemerlangan selama 30 tahun dalam bahan penerbitan perubatan dan sokongan daripada komuniti perubatan global, Pulsus telah menjadualkan lebih 200 mesyuarat di lebih 20 negara pada tahun 2018.

Sememangnya sukar untuk mengadakan perbincangan saintifik tanpa kehadiran platform digital dan media sosial pada alaf ini memandangkan ia membentuk bahagian yang sentiasa tersedia dalam masyarakat global hari ini. Pada masa kini, mana-mana mesyuarat serantau tidak lagi tertumpu secara serantau; semua mesyuarat kini bersifat global melalui media digital. Platform digital dan media sosial boleh memanfaatkan kemajuan terkini dalam penyelidikan sains perubatan untuk komuniti khusus dan terpencil dalam era global ini memandangkan ia membantu menular maklumat melalui kaedah yang interaktif bagi melibatkan audiens. Mesyuarat persatuan secara tradisional tidak berupaya memenuhi kehendak era maklumat. Oleh kerana kebanyakan persatuan perubatan kecil dan besar bersifat serantau, budaya mesyuarat ortodoks mereka tidak lagi sesuai dalam era digital. Mesyuarat perubatan Pulsus dapat merapatkan jurang masalah ini menerusi platform globalnya.

Persidangan Pulsus Group dipromosikan menerusi laman-laman Rangkaian Sosial utama seperti Facebook, LinkedIn, Twitter, YouTube dan Vimeo bagi meningkatkan keterlihatan global para ilmuwan dan penyelidik yang mengambil bahagian dalam Persidangan Pulsus. Para peserta berpeluang membolehkan abstrak dan artikel lengkap diterbitkan milik mereka dalam jurnal akses terbuka berwasit masing-masing dengan Nombor Pengenalan Objek Digital tertentu disediakan oleh CrossRef, yang akan memberi pengiktirafan istimewa kepada penyelidik baharu. Persidangan Perubatan Pulsus menguar-uarkan profil peserta berserta pencapaian mereka melalui persidangan kami dan juga laman-laman jurnal.

Mesyuarat Perubatan Pulsus turut menyediakan kredit Pendidikan Perubatan Berterusan (CME), Kredit CPD, kredit CE dan kredit CNE, yang penting untuk mengekalkan kecekapan.

Ciri-ciri istimewa Mesyuarat Perubatan Pulsus: 

  • e-Poster bernilai $49 
  • Pendaftaran delegasi pelajar pada kadar $99
  • Pertandingan poster terbaik dan Anugerah Saintis Muda
  • Berdasarkan analisis kami, setiap profil/abstrak mendapat 10,000 kunjungan setahun -  ia merupakan ciri unik bagi mesyuarat Pulsus.

Pulsus ialah syarikat perkhidmatan maklumat kesihatan dan penjagaan kesihatan. Pulsus Group, berserta lebih 1000 kakitangannya, beribu pejabat di Singapura, Pulsus Group mempunyai pejabat-pejabat di London (UK), Ontario, (Kanada) dan Hyderabad (India).

Pulsus Group
Telefon: +44-203-769-1765 e-mel:contact@pulsus.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/584775/PULSUS_Logo.jpg

Source: Pulsus Group
Keywords: Education Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Survey, Polls & Research