omniture

Vezt Tawar Peminat Muzik Peluang Miliki Sebahagian Hak Lagu Hit

Vezt Inc.
2017-11-16 03:06 448

Peminat dan Artis Kongsi Pemilikan dan Royalti menerusi Initial Song Offering™ Revolusioner

LOS ANGELES, 16 November 2017 /PRNewswire/ -- Masa depan pemilikan muzik telah tiba dan kami ingin mengundang anda untuk menjadi sebahagian daripada sejarah. Bermula pada 16 November pada jam 9:00 AM UTC, para peminat muzik di luar Amerika Syarikat akan berpeluang memiliki sebahagian daripada hak lagu legenda "Jodeci Freestyle" seperti yang dirakam oleh Drake. Dengan mengambil bahagian dalam Initial Song Offering™ (ISO), (proses pengewangan baharu yang inovatif oleh syarikat), para peminat muzik akan berkongsi pemilikan dan royalti masa depan yang dihasilkan oleh karya harta intelek ini.

"Kami berasa amat teruja untuk mengalu-alukan para peminat muzik bagi mengambil bahagian dalam bentuk pemilikan muzik baharu yang inovatif ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif Vezt Steve Stewart. "Ini berbeza daripada penstriman atau memuat turun lagu single. Para peminat ini akan benar-benar memiliki sebuah lagu dan layak mendapat royalti yang dihasilkan oleh lagu tersebut sepanjang 3 tahun akan datang."

Butiran ISO "Jodeci Freestyle"  

  • Vezt akan menyediakan pegangan hak cipta sebanyak 10% bagi lagu "Jodeci Freestyle."
  • Masa adalah terhad! ISO akan bermula jam 9:00 AM UTC pada hari Khamis, 16 November 2017 dan ditutup selepas 100 pembelian.
  • 100 individu pertama yang membeli mata wang kripto Vezt (VZT) akan menerima bahagian prorata pegangan hak cipta sebanyak 10% yang disediakan oleh Vezt.
  • VZT dibeli daripada laman sesawang syarikat (https://vezt.co).Hanya penduduk bukan AS sahaja yang layak.
  • Terma-terma penuh boleh didapati pada bahagian akhir siaran media ini.

"ISO ialah satu proses baharu yang revolusioner, memberikan artis dan pemegang hak untuk mengawal lagu baharu atau sedia ada mereka, serta membolehkan mereka dengan mudah memanfaatkan hasil karya mereka dengan memilih bahagian lagu-lagu ini bagi tawaran untuk jualan," kata Ketua Pegawai Kewangan Robert Menendez. "Vezt ialah pasaran baharu untuk lagu dan memberi peluang kepada artis untuk mencipta lebih banyak muzik."

Gambaran Keseluruhan: Bagaimana ISO Berfungsi
Para artis dan pemegang hak memilih sebanyak mana yang mereka ingin kumpulkan daripada sebahagian lagu mereka, menetapkan terma perkembalian dan juga menetapkan tarikh untuk ISO.

  • Pembeli hak (termasuk peminat, golongan profesional bidang muzik dan jenama) melalui Vezt membeli hak lagu semasa ISO dan para artis menerima wang yang dimasukkan ke akaun mereka.
  • Maklumat hak lagu dikodkan melalui rantaian blok Vezt.
  • Kemudian, royalti lagu dikumpulkan daripada Organisasi Hak Persembahan ("PRO") di 137 negara seluruh dunia, selain STEM.is, yang mengumpul royalti persembahan digital daripada Spotify, iTunes, YouTube, Pandora, dsb.
  • Vezt memindahkan perolehan tersebut kembali kepada pembeli-hak, mewujudkan pasaran baharu, dengan tanpa had penciptaan muzik baharu dan menarik oleh para artis.

Terma-terma ISO Penuh "Jodeci Freestyle"  

  • ISO akan bermula jam 9:00 AM UTC pada hari Khamis, 16 November 2017 dan ditutup selepas 100 pembelian.
  • 100 individu pertama yang membeli mata wang kripto Vezt (VZT) sepanjang tempoh ini akan menerima bahagian prorata sebanyak 10% daripada hak cipta lagu tersebut.
  • VZT dibeli daripada laman sesawang syarikat (https://vezt.co) dan hanya penduduk bukan AS sahaja yang layak.
  • Peserta perlu menghantar paparan skrin resit dompet digital mereka kepada ISO@vezt.co dan menghantar emel maklumat perhubungan untuk tujuan ID.
  • Jumlah hak yang diberikan kepada peserta akan diprorata, berdasarkan sebanyak mana mata wang kripto Vezt yang dibeli oleh mereka. Lebih banyak mata wang kripto yang dibeli, lebih banyak hak lagu yang akan dimiliki oleh peserta.
  • Pembeli hak tidak akan dapat melesenkan lagu tersebut atau menghalang orang lain daripada melesenkan lagu tersebut, memandangkan mereka tidak memiliki hak majoriti.

Latar Belakang Vezt Inc.
Vezt membolehkan peminat muzik berkongsi pemilikan dengan artis menerusi lagu-lagu kegemaran mereka. Ditubuhkan pada tahun 2016, syarikat ini beribu pejabat di Los Angeles, California dan menerima pembiayaan daripada Binary Capital dan pemimpin-pemimpin Global Trust Group. Lihat laman sesawang www.vezt.co dan profil Twitter @veztinc untuk maklumat lanjut.

Media Sosial

https://www.facebook.com/veztinc/

https://twitter.com/VeztInc

https://www.instagram.com/VeztInc/

Logo - http://mma.prnewswire.com/media/604416/Vezt_Inc_Logo.jpg

 

Source: Vezt Inc.
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Music New products/services