omniture

GAC Motor Bawa Model Kereta Kemegahan ke Pameran Kereta Antarabangsa Dubai 2017

GAC Motor
2017-11-16 05:24 1058

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 16 November 2017 /PRNewswire/ -- GAC Motor, pembuat kereta utama China, mempamerkan model-model kereta kemegahannya di Pameran Kereta Antarabangsa Dubai yang berprestij pada 14 November. Model-model termasuk GS7, GS3, GS8, GA8, GS4 dan SUV elektrik pertamanya GE3 telah dipamerkan di Pusat Perdagangan Dunia.

Para Tetamu di acara pelancaran GS7 dan GS3 Dubai
Para Tetamu di acara pelancaran GS7 dan GS3 Dubai

En. Lei Jin, Kaunselor Komersil dari Konsulat Jeneral Seksyen Ekonomi dan Komersil Republik Rakyat China di Dubai; Shehab Gargash, Ketua Pegawai Eksekutif Gargash Enterprises; dan En. Wendi Xia, Pengurus Besar Sinomach Automobile, menyertai acara ini dan melancarkan GS7 dan GS3 di Timur Tengah.

"Kami sangat gembira kembali ke Pameran Auto Dubai sekali lagi dengan barisan model hebat kami," kata Yu Jun, presiden GAC Motor. "Timur Tengah sentiasa menjadi tempat pasaran strategik bagi GAC Motor untuk mencapai jangkauan global sebagai pembuat kereta antarabangsa yang cemerlang dalam penyelidikan, pembuatan dan penjualan. Kami percaya model-model yang kami bawa ke pameran auto ini boleh memuaskan keperluan pelanggan yang luas yang berada dalam segmen pasaran pertengahan dan mewah."

Yu Jun, Presiden GAC Motor
Yu Jun, Presiden GAC Motor

Model-model GAC Motor telah melengkapkan ujian kembara jalan raya dalam cuaca dan persekitaran yang sukar.  Pelanggan Timur Tengah akan mendapat pengalaman memandu tanpa kompromi walaupun dalam musim panas apabila suhu boleh meningkat sehingga 50°C.

Dibangunkan di atas platform G-CPMA (Cross-Platform Modular Architecture) GAC Motor, GS7 merupakan SUV bersaiz sederhana yang direka untuk pelanggan yang mahukan pengalaman memandu yang bergaya dan riang. Ia membuat penampilan sulungnya di Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) pada bulan Januari dan telah mendapat jolokan "SUV Blokbuster Generasi Baharu" oleh The New York Times dan "Penampilan Sulung Dunia Mengagumkan" oleh Forbes di NAIAS. Ia dikuasakan oleh enjin 320T siri G GAC serba baharu yang menawarkan kuasa maksimum sehingga 148 kW (201.28 kuasa kuda) pada 1,750 RPM dan tork puncak 320Nm.

SUV GS7 Kemegahan GAC Motor
SUV GS7 Kemegahan GAC Motor

GS3, dengan rekabentuk yang mengikut perkembangan dan bergaya, kabin yang selesa, teknologi pintar dan pengalaman memandu yang menarik, merupakan model bergaya yang dibina untuk keluarga muda.   Ia juga dilengkapi dengan  teknologi pintar termasuk interaksi manusia-auto, ciri saling hubung pintar Carlife dan sistem navigasi suara 3D.  Ia membawa enjin 200T generasi kedua GAC Motor yang menawarkan tork puncak 202Nm pada 1,500 RPM.

Selain itu, SUV GS8 mewah yang dibangunkan sendiri oleh syarikat memenuhi piawaian anti-daya bumbung SUV Amerika Utara dan menakrif semula pasaran SUV mewah Cina.  Ia dilengkapi dengan i-4WD, sistem pemanduan pacuan empat roda atas permintaan untuk memastikan pengalaman memandu yang selesa dan selamat.

Untuk lebih memahami pandangan pasaran tempatan dan pemahaman serantau, GAC Motor telah membentuk kerjasama dengan pengedar kereta yang berpangkalan di Dubai, Gargash Motors untuk menyediakan perkhidmatan dan penyelesaian bersepadu, inovatif dan lebih baik kepada pelanggan tempatan. Shehab Gargash berkata kerjasama antara kedua-dua syarikat akan diperkukuhkan lagi.

GAC Motor telah memulakan strategi pasarannya di Dubai semenjak tahun 2014, dengan penekanan awal pada pasaran Timur Tengah. Timur Tengah sentiasa menjadi tempat pasaran strategik bagi GAC Motor untuk mencapai jangkauan global sebagai pembuat kereta antarabangsa yang cemerlang dalam penyelidikan, pembuatan dan penjualan. Sejak dari itu, ia telah membangunkan saluran jualan yang matang di tujuh buah negara dan wilayah di seluruh Timur Tengah, terutamanya di Bahrain dan Qatar, di mana GAC Motor telah menjadi jenama automobil No. 1 Cina.

Syarikat telah membangunkan pusat R&D Amerika Utara di Lembah Silikon, yang akan bertindak sebagai enjin utama pertumbuhan dalam strategi pasaran antarabangsanya. Pusat R&D Amerika Syarikat akan bertanggungjawab untuk pempentukan bakat dan teknologi canggih, membantu syarikat untuk mencapai jangkauan global yang lebih luas.  Syarikat merancang untuk memasuki pasaran Amerika Utara selewat-lewatnya pada tahun 2019, menurut Yu.

"Pada masa akan datang, GAC Motor akan terus menawarkan pengalaman automotif dengan meningkatkan daya hidup dan kreativiti kepada pelanggan globalnya, dengan membawa falsafah jenama 'inovasi, kualiti dan keseronokan' dan menerima teknologi canggih, kata Yu.

Latar Belakang GAC Motor

Ditubuhkan dalam tahun 2008, Guangzhou Automobile Group Motor CO., LTD (GAC Motor) ialah sebuah subsidiari GAC Group, yang membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti premium, mencapai 96 peratus kadar pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya pada tahun 2016, kadar yang tertinggi dalam kalangan semua jenama Cina bagi tempoh yang sama.  GAC Motor kini berada pada kedudukan teratas dalam kalangan semua jenama Cina selama lima tahun berturut-turut dalam Initial Quality StudySM (IQS) China 2017. Syarikat merancang untuk membentuk kapasiti pengeluaran sebanyak 500,000 kereta menjelang 2017 dan 1,000,000 kenderaan menjelang 2020.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor 
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor  
Twitter: https://twitter.com/gac_motor

Hubungi:
Sukie Wong
+86-186-8058-2829
GACMotor@126.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171115/1993485-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171115/1993485-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171115/1993485-1-c

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Transportation Awards Contracts Licensing/marketing agreements Trade show news