omniture

Awan Huawei di Kedudukan Tertinggi Pasaran Awan e-Kerajaan China

Huawei
2017-11-16 21:54 590

BEIJING, 16 November 2017 /PRNewswire/ -- IDC mengeluarkan laporan penilaian IDC MarketScape mengenai pasaran dan vendor awan e-Kerajaan China. Penyelesaian e-Kerajaan Awan Huawei berada dalam kuadran Pemimpin dengan kekuatan yang mendominasi. Secara khususnya, produk ini diiktiraf untuk kekuatan komprehensifnya yang memberi kelebihan dan susun atur strategik yang dapat menangani masa hadapan. Menurut laporan, penyelesaian e-Kerajaan Awan Huawei berada di kedudukan teratas dalam tiga dimensi utama: keupayaan, strategi, dan prestasi pasaran semasa. Keputusan ini menunjukkan pengiktirafan industri kepada Awan Huawei.

Awan Huawei terdiri daripada awan peribadi dan awan awam dan menyokong penggunaan fleksibel dalam bentuk awan hibrid. Penyelesaian awan ini terutamanya untuk lapisan IaaS, tetapi dalam beberapa projek, diperluas kepada PaaS dan Data Besar untuk perkhidmatan kerajaan. Penyelesaian ini menyediakan pelbagai pemilihan model perniagaan untuk pelanggan kerajaan, termasuk pembinaan kendiri, pajakan, dan bayar-guna, bagi membantu pelanggan mempercepatkan proses transformasi digital mereka.

Bagi menyediakan keperluan segera pelanggan kerajaan untuk pembinaan prasarana yang intensif, saling kendali data, dan aplikasi pintar, Penyelesaian e-Kerajaan Awan Huawei memberi tumpuan kepada senario perkhidmatan seperti: rangkaian perkhidmatan e-Kerajaan, platform transaksi sumber awam, pengaktifan awan sistem maklumat geografi (GIS), pemantauan operasi ekonomi, platform perkongsian dan pertukaran data kerajaan, awan e-Kerajaan dua peringkat, pusat data awan e-Kerajaan, dan Data Besar e-Kerajaan.

Pada masa kini, Huawei menyediakan penyelesaian awan e-Kerajaan untuk para pelanggan kerajaan dengan 16 peringkat kementerian, 15 peringkat wilayah (seperti di Beijing, Shanghai, Tianjin, dan Jiangxi), dan lebih dari 200 perbandaran atau daerah / kawasan (seperti di Guangzhou dan Shenzhen). Di luar China, Huawei juga memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 100 pelanggan kerajaan dari lebih 80 buah negara. Di samping itu, Huawei telah melancarkan banyak OpenLabs di seluruh dunia, membantu menyokong inovasi bersama dalam teknologi awan dan Data Besar dengan pelanggan dan lebih daripada 300 rakan ekosistem. Sebagai satu-satunya ahli platinum dan ahli lembaga OpenStack di Asia, Huawei telah menjadi penyumbang utama dalam projek sumber terbuka, meningkatkan hubungan dengan rakan kongsi dan meningkatkan kewibawaan Huawei pada skala antarabangsa.

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Survey, Polls & Research