omniture

Huawei Cipta Sistem Saraf Bandar Pintar untuk Lebih 100 Bandar dengan ICT Baharu Utama

Huawei
2017-11-17 01:13 1154

Kongsi Amalan Global di SCEWC 2017 Barcelona

BARCELONA, Sepanyol, 17 November 2017 /PRNewswire/ -- Huawei mengambil bahagian dalam Kongres Dunia Ekspo Bandar Pintar 2017 (SCEWC) di Barcelona yang bertemakan "Menerajui ICT Baharu, Cipta Sistem Saraf Bandar Pintar", mengetengahkan sejauh mana Bandar Pintar boleh menjadi seperti organisma hidup yang berfungsi dengan lancar untuk terus belajar dan meningkatkan perkhidmatan bandar. Bersama-sama rakan kongsi global, Huawei menonjolkan penyelesaian ICT bersama untuk menghubungkan dunia digital dan fizikal merentasi pentadbiran bandar, perkhidmatan awam dan ekonomi perindustrian. Dengan menggunakan ICT baharu termasuk pengkomputeran awan, Data Besar, Internet Komunikasi Benda (IoT) dan Kepintaran Buatan (AI), penyelesaian ini memacu penyelarasan yang seragam, kolaborasi silang sektor dan analisis pintar bagi menjamin pengurusan perkhidmatan bandar yang berkesan.

Di samping SCEWC, Huawei menganjurkan Sidang Kemuncak Bandar Pintar Global, yang mana wakil-wakil daripada Kesatuan Eropah, organisasi pempiawaian antarabangsa, firma pakar runding yang terkemuka di dunia, institusi penyelidikan berkaitan dan Bandar Pintar terkemuka berkongsi pandangan dan pengalaman mereka dalam memacu pembangunan Bandar Pintar bersama lebih 400 pentadbir bandar dari seluruh dunia.

Huawei Cipta Sistem Saraf Bandar Pintar untuk jadikan bandar sebagai tubuh hidup yang organik

Menjadi Bandar Pintar melibatkan transformasi digital sesebuah bandar bagi menangani cabaran-cabaran dalam dunia fizikal. Permintaan terhadap sistem dipacu data ini yang menggabungkan pengurusan dan data IoT untuk membantu pihak berkuasa mengurus bandar dan membolehkan dunia fizikal dan digital disepadukan. Pembangunan Bandar Pintar memerlukan perubahan asas terhadap pentadbiran bandar dan bagi memastikan pembangunan berkembang, ia perlu menjadi keutamaan pihak kerajaan. Selain itu, penting untuk mewujudkan pasukan projek Bandar Pintar yang mantap dan berkebolehan serta pelaburan jangka panjang dan stabil, dan para pemimpin bandar juga perlu bekerjasama dengan penyedia digital terkemuka yang dapat memudahkan usaha transformasi.

Yan Lida, Presiden Huawei Enterprise Business Group berkata: "Bandar Pintar adalah seperti organisma hidup, yang dikuasakan oleh sistem saraf. Sistem saraf Bandar Pintar ini terdiri daripada "otak" [pusat kawalan] dan "saraf periferi" [rangkaian dan sensor], mengumpulkan maklumat pada masa sebenar tentang status bandar, menghantar data, membolehkan "otak" menganalisis dan membuat keputusan bermaklumat, menyampaikan perintah maklum balas dan seterusnya melaksanakan tindakan pintar. Ini mewujudkan hubungan lancar antara dunia fizikal dan digital. Dengan memanfaatkan ICT baharu seperti pengkomputeran awan, IoT dan AI, Huawei komited untuk mencipta sistem saraf mantap yang dapat memberi kuasa kepada Bandar Pintar. Menerusi inovasi kami dan pelaburan dalam pelbagai teknologi, kami dapat membangunkan platform terbuka untuk Bandar Pintar, yang serasi dengan pelbagai peranti dan menyokong berbagai-bagai aplikasi. Kami menyasarkan untuk menjadi tanah subur yang menyokong pembangunan Bandar Pintar yang tangkas dan mampan. Huawei ialah salah satu daripada sebilangan kecil penyedia penyelesaian ICT dalam industri yang dapat menawarkan penyelesaian awan-paip-peranti hujung-ke-hujung, memimpin laluan untuk menghubungkan dunia fizikal dan digital. Kami akan terus bekerjasama dengan ekosistem rakan kongsi kami bagi mencipta reka bentuk berkualiti tertinggi yang dapat memenuhi keperluan pentadbir bandar dan mampu mencapai matlamat unggul Bandar Pintar – untuk mendayakan tadbir urus yang baik, menggalakkan pembangunan industri dan memberi manfaat kepada orang ramai."

Yan Lida, Presiden Huawei Enterprise BG, menyampaikan ucapan perasmian di Sidang Kemuncak Bandar Pintar Global Huawei.
Yan Lida, Presiden Huawei Enterprise BG, menyampaikan ucapan perasmian di Sidang Kemuncak Bandar Pintar Global Huawei.

Huawei Lancar Pusat Operasi Pintar untuk Khalayak Dunia

Semasa Sidang Kemuncak Bandar Pintar Global, Huawei melancarkan Pusat Operasi Pintar (IOC), satu penyelesaian yang berfungsi sebagai "otak" untuk Bandar Pintar, yang menghubungkan dunia digital dan dunia fizikal.

Infrastruktur asas IOC terdiri daripada pusat data teragih dan rangkaian bandar merata yang mengumpul, menyepadukan dan berkongsi maklumat bandar, mendayakan keterlihatan masa sebenar bandar tersebut. IOC menggunakan Platform Komunikasi Bersepadu (ICP) yang membolehkan kolaborasi pintar mencakupi fungsi-fungsi bandar dan penghantaran kecemasan bagi semua perkhidmatan. Dengan menggunakan Data Besar, pembelajaran mesin dan teknologi AI, ICO dapat memberikan pandangan berharga untuk memudahkan perancangan bandar dan pengurusan perkhidmatan yang penting seperti pengangkutan dan keselamatan.

Huawei turut menyediakan jalur lebar berwayar dan tanpa wayar, platform IoT dan LiteOS – sistem operasi yang selamat, ringan dan pintar, yang berfungsi sebagai sistem saraf periferi, mengumpul data untuk membantu otak membuat keputusan, yang mencetuskan perubahan dalam dunia fizikal.

Evolusi Bandar Pintar Memerlukan Saling Hubungan E2E dan Rakan Digital Utama yang Dapat Menawarkan Sokongan Menyeluruh

Menerusi 13 OpenLabs di seluruh dunia, Huawei dan rakan-rakan kongsinya melaksanakan inovasi bersama untuk membangunkan ekosistem yang mampan dan memacu penyelesaian Bandar Pintar yang disetempatkan. OpenLabs menawarkan platform Infrastruktur ICT sehenti hujung-ke-hujung terbuka yang membolehkan rakan kongsi menguji dan mengesahkan penyelesaian Bandar Pintar mereka dalam persekitaran rangkaian sebenar, memanfaatkan penyelidikan, pemasaran dan penyerahan penyelesaian dan mengalami amalan terbaik dan penyelesaian untuk Bandar Pintar. Huawei komited untuk membangunkan platform inovatif untuk membolehkan rakan-rakan kongsi sentiasa mengembangkan teknologi mereka dan syarikat terus melabur dalam pembangunan ekosistem yang berkembang maju.

Dengan keupayaan ICT yang lengkap dan ekosistem yang mantap, Huawei dapat menyediakan sokongan ICT yang menyeluruh kepada pentadbir bandar. Pada masa kini, penyelesaian Bandar Pintar Huawei menyediakan perkhidmatan kepada lebih 120 bandar di lebih 40 negara di seluruh dunia. Di China sahaja, Huawei mengambil bahagian dalam pembangunan 26 kriteria penilaian Bandar Pintar, menerajui 9 pembangunan daripadanya.

Huawei menonjolkan penyelesaian Bandar Pintar yang komprehensif bersama-sama SAP, Honeywell, Hexagon, Chinasoft International, Esri, RuiCheng Technology dan rakan industri yang lain dalam SCEWC, termasuk yang berikut:

  • Huawei memanfaatkan platform IoT, sistem operasi LiteOS dan teknologi canggih seperti IoT Jalur Sempit (NB-IoT), eLTE-IoT dan AI untuk membangunkan sistem pengesanan merata. Aplikasi pintar, seperti tong sampah pintar, lampu jalan pintar, sistem siraman pintar, bangunan pintar, pemeteran pintar dan penjagaan kesihatan pintar, meningkatkan kecekapan pentadbiran bandar, keselamatan awam dan punca pendapatan orang ramai. Pentadbiran bandar yang dapat digambarkan dan kolaboratif serta tindak balas kecemasan yang dipertingkat dan juga kecekapan pembuatan keputusan dapat dicapai dengan sokongan IOC, yang terdiri daripada pusat data awan, platform sokongan perkhidmatan Data Besar dan platform pembolehan aplikasi ICT.
  • Teknologi awan Huawei menyokong pembangunan perkhidmatan pentadbiran yang inovatif untuk kerajaan dan perkhidmatan awam yang inovatif untuk penduduk. Perkhidmatan-perkhidmatan termasuk, tetapi tidak terhad kepada kerajaan pintar, penjagaan kesihatan pintar, pendidikan pintar, bekalan elektrik pintar dan pengangkutan pintar dapat meningkatkan tahap kepuasan orang awam.
  • Huawei melancarkan Penyelesaian Kampus Pintar untuk memacu evolusi dan pembangunan perindustrian, menggalakkan penyepaduan antara pendigitan dan kepintaran. Di Dunhuang, China, pusat data awan Huawei, platform Data Besar dan teknologi IoT dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan pelancongan Jalan Sutera dan juga perkhidmatan awam pintar. Pada tahun 2016, bilangan pelancong tahunan meningkat kepada 8 juta orang, pertumbuhan sebanyak 32% berbanding pada tahun 2015. Tempat-tempat menarik kini berupaya menjadi tuan rumah kepada lebih 40% pelancong dengan pengurangan 20% kakitangan perkhidmatan.

HUBUNGI: 
Li Qiwei (Kiwi)
Tel: +86-755-28780808
Emel: liqiwei2@huawei.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171115/1993293-1

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services