omniture

Lukisan Leonardo da Vinci 'Salvator Mundi' Dijual dengan harga USD 450.3 juta pada hari Rabu seperti Diramal oleh Artprice (USD 450/500 juta)

Artprice.com
2017-11-17 13:57 708

PARIS, 17 November 2017 /PRNewswire/ --

thierry Ehrmann: Sekali lagi Artprice telah menunjukkan kefahamannya tentang pasaran seni, setelah meramalkan hasil dalam lingkungan $450 - 500 juta. Satu ramalan yang tepat dengan Salvator Mundi dijual pada $450.3 juta, seperti yang dilapor oleh AOF Press Agency pagi ini."

#Artprice #DaVinci

Sebuah lukisan oleh seniman Italy LEONARDO DA VINCI, 'Salvator Mundi", dijual pada harga $450.3 juta pada hari Rabu di Christies's New York, memecah rekod dunia bagi lukisan termahal pernah dijual.

Ehrmann menyatakan bahawa hasil ini hanya kurang sedikit daripada hasil pasaran lelong Perancis dalam setahun: $579 juta untuk 69,500 lot yang dijual dalam tahun 2016. Ini juga mengenai nilai jualan keseluruhan segmen Old Masters di sepanjang 12 bulan: $558 juta dalam tahun 2016. Zaman seni ini yang ditakrifkan sebagai Old Masters telah menjadi segmen terkecil Pasaran Seni, jauh di bawah Seni Kontemporari, $1.1 bilion pada tahun 2016.

Selepas urutan penawaran yang berlangsung selama 19 minit, Salvator Mundi (Penyelamat Dunia), lukisan Da Vinci terakhir yang masih berada dalam tangan orang persendirian, merobohkan rekod lelongan Fine Art sepanjang zaman yang disandang oleh Les Femmes d'Alger Pablo Picasso pada harga $179.4 juta dalam tahun 2015.

Dengan jualan malam tadi, Christie memecah tradisi dengan menggabungkan zaman artistik, dengan itu mengesahkan sifat jualan Seni Kontemporari & Selepas Perang yang sangat menakjubkan dan hakikat bahawa Seni Kontemporari kini merupakan penggerak utama pasaran seni.

Hak cipta thierry Ehrmann 1987/2017

Latar Belakang Artprice: 

Artprice menyambut ulang tahun ke-20nya, editorial oleh thierry Ehrmann, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Artprice. https://www.actusnews.com/fr/ARTPRICE/cp/2017/10/04/artprice-celebrates-its-20th-birthday-editorial-by-thierry-ehrmann-founder-and-ceo-of-artprice

Artprice disenaraikan di Eurolist oleh Euronext Paris, SRD belian sahaja dan Euroclear: 7478 - Bloomberg: PRC - Reuters: ARTF.

Artprice ialah peneraju global dalam harga hasil seni dan bank data indeks seni. Ia mempunyai lebih daripada 30 juta indeks dan hasil lelongan merangkumi lebih daripada 662,000 seniman.  Artprice Images® memberikan akses tanpa had kepada sumber Pasaran Seni terbesar di dunia: pustaka dengan 126 juta gambar atau cetakan karya seni dari tahun 1700 hingga ke hari ini, berserta nota dan ulasan daripada sejarawan seni Artprice.

Artprice kekal memperkayakan data banknya dengan maklumat daripada kira-kira 6,300 pengendali lelong di seluruh dunia dan menyiarkan aliran berterusan bagi penunjuk pasaran seni untuk agensi-agensi berita utama di dunia serta kira-kira 7,200 penerbitan akhbar antarabangsa.  Bagi 4,500,000 ahlinya, Artprice memberi akses kepada Pasaran Seragam (Standardised Marketplace) yang utama di dunia untuk pembelian dan penjualan karya seni. Artprice sedang menyediakan rantaian bloknya bagi Pasaran Seni. Laporan Tahunan Pasaran Seni Global Artprice bagi tahun 2016

2017: http://imgpublic.artprice.com/pdf/rama2016_en.pdf

Laporan Tahunan Pasaran Seni Kontemporari Artprice bagi tahun 2016 - akses percuma di https://www.artprice.com/artprice-reports/the-art-market-in-2016

Siaran akhbar Artprice: http://serveur.serveur.com/Press_Release/pressreleaseen.htm dan https://twitter.com/artpricedotcom

Berita Artmarket:

http://twitter.com/artpricedotcom 
https://www.facebook.com/artpricedotcom
https://plus.google.com/+Artpricedotcom/posts
http://artmarketinsight.wordpress.com/

Terokai alam semesta alkimia Artprice http://web.artprice.com/video, yang beribu pejabat di Muzium Seni Kontemporari yang terkenal, Abode of Chaos http://goo.gl/zJssd  

https://vimeo.com/124643720 

Facebook: https://www.facebook.com/la.demeure.du.chaos.theabodeofchaos999

Muzium Seni Kontemporari Abode of Chaos oleh thierry Ehrmann, penulis, pengarca, seniman, gambar https://www.flickr.com/photos/home_of_chaos/sets/72157676803169034

Hubung: Josette Mey - emel: ir@artprice.com

Source: Artprice.com
Related Stocks:
EuronextParis:PRC
Related Links:
Keywords: Art