omniture

Country Garden Forest City menang anugerah SCAHSA tahun kedua berturut-turut

Diiktiraf para pegawai kanan PBB
Country Garden Holdings
2017-11-17 22:35 987

NEW YORK, 17 November 2017 /PRNewswire/ -- Pada 31 Oktober (Waktu Standard Timur AS), majlis Anugerah Bandar Mampan dan Penempatan Manusia (SCAHSA) 2017 diadakan di New York. Country Garden Forest City memenangi anugerah Model Taman Industri Bangunan Hijau Global menerusi taman industrinya yang berkhidmat untuk industri pembinaan. Ini merupakan tahun kedua berturut-turut Forest City mendapat penghormatan ini.

Forest City memenangi anugerah Model Taman Industri Bangunan Hijau Global untuk taman industrinya yang berkhidmat untuk industri pembinaan
Forest City memenangi anugerah Model Taman Industri Bangunan Hijau Global untuk taman industrinya yang berkhidmat untuk industri pembinaan

Forest City terima satu lagi penghormatan daripada Ibu Pejabat PBB

Forum Penempatan Manusia Global (GFHS) ialah sebuah pertubuhan bukan untung, dengan Status Perundingan Khas dalam Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (ECOSOC). Pertubuhan ini komited terhadap bandar mampan dan penempatan manusia untuk semua. Anugerah SCAHSA yang diperkenalkan oleh GFHS ialah penetap trend bagi pembinaan bandar di mana-mana jua yang mementingkan pembangunan mampan. Forest City, Wuyi County China dan Kota Surabaya Indonesia adalah antara projek-projek berjaya yang dihantar dari 23 negara dan wilayah seluruh dunia. Forest City memenangi Anugerah Penempatan Manusia Global SCAHSA bagi Perancangan dan Rekaan sempena Forum Penempatan Manusia Global ke-11 (GFHS - XI).

Forest City, dengan memanfaatkan sepenuhnya sumber-sumber teknikalnya, mencipta taman industri bertumpu pembinaan seluas 1.7 kilometer persegi, bagi menggalakkan pembangunan industri bangunan pintar dan meningkatkan ketepatan dan kualiti bangunan, kata Dr. Wang Jiying, naib pengurus besar untuk perniagaan luar negara di Country Garden.

Dr. Arab Hoballah (kanan), mantan Ketua Cawangan Industri Gaya Hidup, Bandar dan Industri Mampan di UNEP menyampaikan anugerah Model Taman Industri Bangunan Hijau Global kepada Forest City
Dr. Arab Hoballah (kanan), mantan Ketua Cawangan Industri Gaya Hidup, Bandar dan Industri Mampan di UNEP menyampaikan anugerah Model Taman Industri Bangunan Hijau Global kepada Forest City

Konsep Forest City diiktiraf oleh pegawai-pegawai PBB

Forest City telah membawa industri pembinaan tradisional ke peringkat seterusnya, dan hasilnya, menerima pengiktirafan daripada banyak ahli profesional termasuk Mara Angelica Murillo Correa, pegawai kanan program untuk urusan antara kerajaan di Pejabat New York Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP), Dr. Arab Hoballah, ahli juri SCAHSA dan mantan Ketua Cawangan Industri Gaya Hidup, Bandar dan Industri Mampan di UNEP, berserta Lu Haifeng, Ketua Setiausaha GFHS. 

Taman industri Forest Park, dengan kawasan lantai kasar berkeluasan kira-kira 1.6 juta meter persegi, terletak secara strategik di bahagian barat laut Forest City, bersebelahan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan terletak sejauh kira-kira 10 km dari Island One Forest City.

Taman ini bakal berkembang menjadi kemudahan pengeluaran komprehensif dan moden yang terkemuka untuk produk pembinaan dengan capaian merentasi Asia mahupun di seluruh dunia dengan menggabungkan seluruh rantaian industri, termasuk kejuruteraan pembinaan, pemasangsiapan PC, logistik dan pengangkutan, pemprosesan komponen, pemasangan dan pembinaan serta penyelidikan dan pembangunan berasaskan sains. Fasa pertama bagi kilang pemasangsiapan PC moden telahpun siap dan kini menduduki tempat pertama di seluruh Asia dari segi kapasiti bangunan tunggal. Fasa kedua taman ini kini sedang dibangunkan, termasuk dua kilang khas, setiap satunya bersaiz hampir sama dengan kemudahan yang telah siap dalam fasa pertama. Setelah kedua-dua kilang siap, taman ini dijangka menjadi kemudahan pengeluaran perindustrian terbesar di dunia untuk produk pembinaan mengikut kapasiti keseluruhan.

Selain itu, Forest City akan menyediakan beberapa kemudahan sokongan dan sistem pengangkutan air yang hebat, kesemuanya dijangka beroperasi pada tahun 2019, dengan tujuan untuk mewujudkan pangkalan pengeluaran yang benar-benar berbentuk industri bagi industri pembinaan sepanjang tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

Taman industri Forest City berkhidmat untuk industri pembinaan
Taman industri Forest City berkhidmat untuk industri pembinaan

Forest City rangkul pelbagai anugerah terkenal di dunia

Forest City telah merangkul pelbagai anugerah bertaraf antarabangsa sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Beberapa contoh anugerah, pada tahun 2016, projek ini diberi penghormatan menerusi Anugerah Merit BSLA, salah satu anugerah reka bentuk paling berprestij di AS. Bangunan yang mewakili projek, International Clubhouse, dianugerahkan dengan Pra-Pensijilan Emas LEED-CS oleh U.S. Green Building Council (USGBC). Forest City turut menerima Anugerah Kepimpinan Inovasi Produk Baharu dalam Industri Pembangunan Hartanah Asia Pasifik Frost & Sullivan 2016.

Gambar berkumpulan para penyampai dan pemenang Anugerah Bandar Mampan dan Penempatan Manusia 2017
Gambar berkumpulan para penyampai dan pemenang Anugerah Bandar Mampan dan Penempatan Manusia 2017

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171115/1993512-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171115/1993512-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171115/1993512-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171115/1993512-1-d

Source: Country Garden Holdings
Keywords: Construction/Building Environmental Products & Services Real Estate Awards Conservation/Recycling Not for profit