omniture

Penyedia Logistik Utama Buka Kemudahan Usaha Sama Baharu Bernilai USD 20 Juta di Bahrain

Bahrain Economic Development Board (EDB)
2017-11-18 00:59 822

MANAMA, Bahrain, 18 November 2017 /PRNewswire/ --

Pelaburan sokong peluasan operasi serantau dalam pasaran bahan kimia dan petrokimia  

nogaholding, cabang pelaburan dan pembangunan perniagaan National Oil and Gas Authority (NOGA) di Bahrain dan Schmidt Heilbronn hari ini merasmikan kemudahan usaha sama baharunya, Schmidt Logistics Bahrain.

generated by system

Kemudahan bernilai USD 20 juta ini akan mencipta sekitar 100 pekerjaan dalam sektor logistik (langsung dan tidak langsung). Terletak di Zon Logistik Bahrain, ia akan menyokong operasi zon yang semakin berkembang, khususnya dalam pasaran logistik bahan kimia dan petrokimia.

T.Y.T. Shaikh Mohamed bin Khalifa Al Khalifa, Menteri Minyak dan Pengerusi nogaholding berkata: "Kami ingin mengucapkan tahniah kepada Schmidt atas pelancaran kemudahan Usaha Sama baharu kami di Bahrain, yang mana terdapatnya permintaan tinggi terhadap perkhidmatan yang amat khusus ini.

"Kemudahan baharu kami akan memberi impak positif yang penting terhadap industri-industri bahan kimia dan petrokimia serantau dan memudahcarakan pengangkutan barangan dengan lebih pantas dan mudah di sekitar GCC. Melalui kerjasama kami bersama Schmidt kami berbangga kerana dapat menyokong penubuhan kemudahan ini, dan kami akan terus memberi sokongan untuk operasi-operasinya pada masa depan."

En. Thomas Schmidt, Ketua Pegawai Eksekutif dan Rakan Pengurusan Schmidt Group, berkata: "Perkembangan baharu ini memperlihatkan pertumbuhan hebat yang kami saksikan dalam industri logistik serantau. Ia turut menonjolkan keyakinan kami terhadap Bahrain sebagai salah satu pangkalan operasi strategik utama kami di Rantau Teluk. Awalnya, kami memilih untuk menempatkan sebahagian besar perkhidmatan kami di Bahrain disebabkan oleh jaringan pengangkutan yang kukuh dengan negara-negara jiran, infrastruktur logistik yang sangat baik dan juga peraturan yang menyokong.

"Kini kami berada di kedudukan yang berupaya untuk menjana keuntungan selanjutnya terhadap kelebihan daya saing ini dan memperluas tawaran serantau kami."

T.Y.T. Khalid Al Rumaihi, Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Ekonomi Bahrain (EDB) mengulas dalam acara tersebut:

"Sektor pembuatan dan logistik ialah salah satu sektor yang paling kukuh di Kerajaan Arab Saudi dan Bahrain berupaya menarik lebih USD 200 juta pelaburan dalam sektor ini pada separuh pertama tahun ini – pelaburan yang akan mencipta lebih 1,000 peluang pekerjaan sepanjang tempoh tiga tahun akan datang. Pelaburan bersama seperti Schmidt Logistics Bahrain membolehkan pertumbuhan bagi industri bertaraf dunia ini dan menarik syarikat-syarikat yang mempunyai kepakaran khusus serta kemahiran operasi ke Bahrain bagi menyokong rantaian bekalan, mencipta peluang pekerjaan berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan."

Usaha bersama daripada nogaholding, Kementerian Pengangkutan dan Telekomunikasi, EDB Bahrain, Majlis Tertinggi bagi Alam Sekitar dan Hal Ehwal Kastam membawa kepada pewujudan Schmidt Logistics Bahrain.

Zon Logistik Bahrain menawarkan penubuhan dan kadar operasi yang kompetitif, perkhidmatan khusus untuk aktiviti-aktiviti import/eksport dan eksport semula, masa pemulihan yang cekap dan jarak yang berdekatan dengan hab pengangkutan seperti Pelabuhan Khalifa Bin Salman dan Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain. Terletak secara strategik di tengah-tengah Rantau Teluk, Bahrain menawarkan syarikat-syarikat logistik antarabangsa dengan pangkalan yang sesuai untuk melancarkan operasi serantau mereka.

Hubungi: Pasukan Komunikasi Global EDB Bahrain, globalcommunications@bahrainedb.com

Source: Bahrain Economic Development Board (EDB)
Keywords: Banking/Financial Service Oil/Energy Transportation Utilities Joint ventures