omniture

Midea Anjur Perbincangan Meja Bulat sempena Forum Fortune Global 2017 Fokus pada Perubahan Industri Dipacu Inovasi

Midea Kitchen Appliance Division
2017-12-14 00:46 507

GUANGZHOU, China, 14 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Pengeluar perkakas pengguna yang terkemuka, Midea mengadakan perbincangan meja bulat bersama ketua-ketua syarikat Fortune 500 sempena Forum Fortune Global 2017 ("Forum"), bagi berkongsi pandangan tentang strategi-strategi inovatif syarikat-syarikat multinasional. Perbincangan meja bulat ini disertai oleh Paul Fang, pengerusi dan presiden Midea Group, J. Erik Fyrwald, Ketua Pegawai Eksekutif Syngenta International dan Yousef Al-Benyan, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SABIC.

Midea Hosts Roundtable at Fortune Global Forum 2017
Midea Hosts Roundtable at Fortune Global Forum 2017

"Sebuah syarikat yang benar-benar bersifat global seharusnya menyusun strategi berdasarkan penelitian mereka terhadap trend global. Kami percaya masyarakat sedang menuju ke arah era interaksi manusia-mesin yang optimum, dan apa yang perlu dilakukan oleh Midea pada masa kini adalah untuk sentiasa berada di hadapan," kata Fang di meja bulat.

Midea melabur sebanyak lebih 20 bilion yuan (US$ 3.02 bilion) terhadap usaha penyelidikan & pembangunan (R&D) sejak lima tahun lalu. Midea Kitchen Appliance Division (Midea KA), salah satu penyedia penyelesaian dapur terbesar dan paling berjaya di dunia, menubuhkan tiga pusat R&D di China, A.S. dan Itali masing-masing bagi menekankan R&D umum yang mendalam, teknologi canggih serta produk pintar dan juga reka bentuk yang estatik.

Dengan matlamat untuk mencipta produk-produk mesra pengguna yang boleh dimuatkan dengan mudah pada sebarang dapur, Media terus membangunkan teknologi-teknologi yang inovatif untuk perkakas dapur harian. Salah satu kes yang membuahkan hasil ialah teknologi pembersihan wap, yang mengubah cara hud dapur dibersihkan sejak dilancarkan pada tahun 2012. Teknologi ini membolehkan perkakas tersebut melakukan cucian sendiri melalui sedutan air bertekanan tinggi dan pengegasan suhu tinggi, yang membolehkan wap mencuci bahagian dalam hud dapur.

Midea seterusnya membangunkan Eagle Eye menggunakan teknologi penderiaan pintar, membolehkan pengguna melihat tahap kekeruhan pada skrin, mencapai peralihan daripada pemberitahuan pasif kepada pengesanan dan pembersihan aktif.

Di samping itu, teknologi-teknologi revolusioner daripada syarikat menjadikan aktiviti memasak lebih mudah berbanding sebelumnya. Perkakas tersebut disokong oleh algoritma memasak canggih selain teknologi penderiaan pintar yang boleh mengesan suhu, kelembapan dan jenis makanan yang disediakan. Interaksi suara juga disertakan dalam beberapa perkakas dapur agar pengguna dapat mempelajari seni memasak pada platform pintar dengan mudah.

"Menumpu pada interaksi manusia-mesin, Midea bermatlamat untuk menjadi peneraju dalam bidang pembuatan pintar, teknologi kediaman pintar, realiti maya (VR), interaksi ucapan dan sebagainya, membangunkan produk pintar baharu yang akan memenangi hati pelanggan," ujar Coffee Song, Pengarah Pemasaran, Syarikat Jualan Luar Negara Midea KA.

Latar Belakang Midea Kitchen Appliance Division

Midea Kitchen Appliance Division merupakan syarikat yang berkaitan Midea Group, salah satu pengeluar perkakas rumah terbesar di China. Ditubuhkan pada tahun 1968, Midea ialah salah satu pembekal perkakas dapur terbesar di dunia dengan hasil jualan tahunan melebihi US$ 2.7 bilion, dan merupakan pengeluar ketuhar gelombang mikro No. 1 dan mesin pencuci pinggan No. 3 di dunia. Ia beroperasi di tiga tapak pengeluaran dan dua pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) di China selain tapak pengeluaran di Belarus dan sebuah pusat R&D di Bologna, Itali.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171212/2013106-1

 

Source: Midea Kitchen Appliance Division
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news