omniture

Pemegang Bon Peru Inginkan Maklum Balas Terhadap Laporan Kritik Keahlian Peru Dalam OECD

Agrarian Debt Bondholders Association (ABDA)
2017-12-14 19:47 383

Laporan menyebutkan Keingkaran Peru Terhadap Bon Tanah Berdaulat, Pelaporan Kewangan yang Kurang Mantap, Kedaulatan Undang-undang yang Lemah Serta Kebimbangan Pematuhan Terhadap "Nilai Teras" OECD

LIMA, Peru, 14 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Siaran akhbar berikut dikeluarkan bagi pihak Persatuan Pemegang Bon Hutang Agraria (ABDA):

Lebih seminggu lalu, pada 3 Disember 2017, pelbagai kumpulan pemegang bon bukan untung mewakili keluarga-keluarga warisan Peru menghantar surat dan laporan kepada Setiausaha Agung OECD Angel Gurría yang mempersoalkan permintaan Peru untuk menjadi ahli dalam Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD). Laporan tersebut – ditulis oleh Dr. Hans J. Blommestein, yang pernah menjadi ketua Pengurusan Hutang Awam dalam OECD dari tahun 2001 hingga 2016 – mendapati tindakan Peru berhubung keingkaran selektif yang berlarutan terhadap Bon-bon Reformasi Agraria berdaulat seharusnya menghalangnya daripada menyertai kelab eksklusif yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin ekonomi dunia itu. Laporan tersebut turut menyebutkan kegagalan Peru untuk melaporkan dengan betul keingkaran berkenaan kepada organisasi-organisasi antarabangsa dan pihak pengawal selia serta "kelemahan dalam integriti awam….khususnya komitmennya terhadap kedaulatan undang-undang, hak asasi manusia dan juga ketelusan."

Setakat ini, organisasi kami, yang mempunyai ribuan keluarga Peru dan Amerika Peru sebagai ahli, tidak menerima maklum balas substantif daripada Peru.

Hari ini, kami mengulangi permintaan kami terhadap analisis yang saksama dan objektif berhubung keingkaran selektif Peru terhadap Bon-bon Reformasi Agraria, dengan jawapan kepada lima soalan asas yang munasabah:

  1. Adakah Bon-bon Reformasi Agraria merupakan hutang berdaulat Peru yang sah?
  2. Adakah Peru melaporkan hutang Bon Reformasi Agraria kepada IMF? Sekiranya ya, berapakah jumlah yang dilaporkan oleh Peru? Sekiranya tidak, mengapakah Peru tidak melaporkan hutang tersebut?
  3. Adakah Peru akan mendedahkan jumlah hutang dan bentuk pertimbangan yang sanggup dibayar olehnya kepada pemegang bon individu sebelum pemegang bon individu berkenaan menghapuskan hak yang membolehkan mereka mengambil tindakan undang-undang buat selama-lamanya dan menyerahkan bon mereka kepada proses pentadbiran yang panjang?
  4. Berapakah jumlah hutang Bon Reformasi Agraria yang telah dibayar oleh Peru kepada pemegang bon di bawah Dekri Tertinggi yang dikeluarkan pada Januari 2014, Februari 2017 dan Ogos 2017? Berapa peratuskah tunggakan keseluruhan Bon Reformasi Agraria setakat 1 Januari 2014 yang dipilih untuk mengambil bahagian dalam pelbagai Dekri Tertinggi ini?
  5. Adakah Dekri Tertinggi yang disebutkan di atas berdasarkan keputusan palsu mahkamah yang dikeluarkan pada Julai 2013 oleh Tribunal Perlembagaan Peru?   

Kami juga menyedari bahawa, seperti yang dilaporkan oleh El Comercio, Perdana Menteri Peru Mercédes Aráoz mendakwa telah memberi maklum balas kepada OECD pada 5 Disember tetapi tidak memberi salinan kepada kami. Sebagai organisasi yang komited terhadap ketelusan, kami berharap OECD dapat menyediakan maklum balas Peru itu kepada umum.

Ramón Remolina – ABDA
Alfredo Adrianzen – ADAEPRA
Luis Huguet Nicolini - ADAEPRA

 

 

 

 

Source: Agrarian Debt Bondholders Association (ABDA)
Keywords: Banking/Financial Service Not for profit