omniture

THOMAS SABO Bawakan Jam Tangan Rekaan Baharu untuk Musim Bunga/Panas 2018

THOMAS SABO GmbH & Co.KG
2017-12-14 22:19 711

LAUF AN DER PEGNITZ, Jerman, 14 Disember 2017 /PRNewswire/ --

Wajah Berhias dan Reka Bentuk Retro sebagai Kod Gaya Baharu

THOMAS SABO memperkenalkan generasi baharu jam tangan: 'Rebel at Heart Women' dan 'Rebel at Heart Men' merupakan dua siri yang menggunakan unsur-unsur baharu dan progresif bagi menunjukkan hala tuju kepada kod-kod gaya musim ini.

generated by system

generated by system

Reka bentuk enam jam tangan wanita menggabungkan secara halus unsur-unsur Rock 'n' Roll. Bagi menonjolkan kuasa feminin baharu, rivet pada bingkai dan mahkota memecah kebiasaan, namun tidak mengetepikan unsur keanggunan. Gelang keluli tahan karat yang direka khusus menerusi gaya piramid yang terperinci memberi gaya tersendiri. Rebel at Heart Women – berdasarkan produk dan kempen yang diadakan, namanya menyatakan segala-galanya.

Lima jam tangan Rebel at Heart Men amat menawan hati hasil keseimbangan bentuk dan pembahagian bentuknya itu. Struktur yang klasik dan reka bentuk minimalis dalam gaya retro dapat diharmonikan dengan pelbagai gaya fesyen. Menerusi gelang keluli tahan karat atau kulit vintaj berkualiti tinggi, model-model dalam pelbagai warna – antaranya dengan gaya warna mengikut ton– adalah jam tangan yang versatil, dengan bakat unggul terhadap ketelitian.

Bermula pada pertengahan Januari 2018, jam tangan ini boleh didapati di semua Kedai THOMAS SABO, di http://www.thomassabo.com/ dan melalui rakan kongsi terpilih.

Sila muat turun bahan imej untuk tujuan penyuntingan anda di sini.

Latar Belakang THOMAS SABO  

THOMAS SABO ialah salah sebuah syarikat peneraju dunia bagi barang kemas dan jam tangan yang mereka bentuk, menjual dan mengedarkan produk gaya hidup untuk wanita dan lelaki. Syarikat ini, ditubuhkan pada tahun 1984 oleh Thomas Sabo di Lauf an der Pegnitz, bahagian selatan Jerman, mengendalikan sekitar 300 kedai sendiri di kesemua lima benua dengan menggaji kira-kira 1,860 kakitangan. THOMAS SABO turut bekerjasama secara global dengan kira-kira 2,800 rakan kongsi dagangan serta pengendali syarikat penerbangan dan kapal persiaran yang terkemuka.

Maklumat perhubungan akhbar     

THOMAS SABO GmbH & Co. KG
Felizia Kindermann
Ketua Perhubungan Awam Antarabangsa & Korporat
+49912397150
press@thomassabo.com

Source: THOMAS SABO GmbH & Co.KG
Keywords: Fashion Jewelry Precious Metals Retail New products/services