omniture

Bangunan Empire State Dan iHeartMedia 'Jadikan Ia Terasa Seakan Krismas' Dengan Pertunjukan Muzik-kepada-Cahaya Perayaan Tahunan Tampilkan Gwen Stefani

Empire State Realty Trust, Inc.
2017-12-15 02:07 517

NEW YORK, 14 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT) dan iHeartMedia hari ini mengumumkan pertunjukan muzik-kepada-cahaya perayaan Bangunan Empire State (ESB) akan menampilkan bintang handalan global Gwen Stefani dan lagu hit perayaan beliau You Make it Feel Like Christmas, judul lagu daripada album musim perayaan pertama seumpamanya daripada beliau. Pereka lampu tersohor Marc Brickman mencipta persembahan musim cuti yang akan dipersembahkan buat julung kalinya pada 19 Disember ini dan akan disegerakkan secara langsung setiap malam pada jam 7 malam melalui Z100 iHeartMedia New York dan 106.7 Lite fm sehingga 25 Disember.


Baru-baru ini Stefani mengunjungi Bangunan Empire State untuk "membuka suis" dalam majlis pencahayaan di lobi Fifth Avenue yang terkenal di ESB. Acara tersebut dimulakan dengan "ESB Unwrapped," sambutan sepanjang musim yang menampilkan hiasan musim perayaan yang memukau di tingkap-tingkap Fifth Avenue ESB serta lobi Art Deco, penampilan mengejut oleh para selebriti, pemain piano memainkan seleksi lagu kegemaran musim perayaan dan pertunjukan cahaya pesta perayaan.

"Saya sayangkan New York dan saya sukakan Krismas, jadi ini bukan sekadar impian menjadi kenyataan," kata Gwen Stefani. "Saya tidak percaya saya berpeluang menjadi sebahagian daripada pertunjukan cahaya perayaan menerusi lagu yang ditulis oleh Blake Shelton bersama-sama saya dan ia akan dikoreografikan mengikut cahaya pada bangunan legenda yang hebat ini."

"Pastinya pertunjukan muzik-kepada-cahaya perayaan tahun ini akan menjadi pertunjukan terbaik setakat ini," kata Anthony E. Malkin, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif ESRT. "Setiap tahun kami menantikan tujuh malam yang menerangi langit di New York dan semangat orang ramai seluruh dunia tatkala kami menyambut musim cuti yang hiruk pikuk. Saya berasa teruja kerana tahun ini kami dapat melakukannya bersama Gwen Stefani."

Mulai 19 Disember hingga 25 Disember, para peminat dapat mengikuti pertunjukan muzik-kepada-cahaya perayaan dengan mendengar Z100, dan 106.7 Lite FM pada jam 7 malam EST, atau dengan menstrim stesen-stesen tersebut secara langsung melalui perkhidmatan muzik penstriman semua-dalam-satu dan radio digital secara langsung iHeartMedia. Persembahan memukau akan dapat disaksikan pada waktu-waktu berkenaan oleh pengunjung dan pelancong dari pelbagai sudut pandang di sekitar Bandar Raya New York dan kawasan tiga negeri.

Bagi menyertai keriangan ini, gunakan hashtag #ESBUnwrapped pada saluran media sosial. Video seluruh pertunjukan akan disiarkan dalam saluran YouTube Bangunan Empire State (www.youtube.com/esbnyc) sejurus selepas acara tersebut untuk dinikmati oleh mereka di seluruh dunia.

Latar Belakang Bangunan Empire State
Tersergam setinggi 1,454 kaki di Midtown Manhattan (dari tapak ke antena), Bangunan Empire State, yang dimiliki oleh Empire State Realty Trust, Inc., merupakan "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." Dengan pelaburan baharu yang dibuat dalam kecekapan tenaga, prasarana, kawasan awam dan kemudahan, Bangunan Empire State telah menarik minat penyewa kelas pertama daripada pelbagai industri di seluruh dunia. Teknologi penyiaran bangunan pencakar langit yang mantap menyokong semua stesen televisyen dan radio FM utama dalam pasaran metropolitan New York. Bangunan Empire State diiktiraf sebagai bangunan kegemaran Amerika dalam satu tinjauan yang dijalankan oleh Institut Arkitek Amerika, manakala Balai Cerap Bangunan Empire State merupakan salah satu daripada tarikan paling digemari di dunia dan sebagai destinasi pelancongan nombor 1 di rantau ini. Untuk maklumat lanjut tentang Bangunan Empire State, sila layari www.empirestatebuilding.com, www.facebook.com/empirestatebuilding, @EmpireStateBldg, www.instagram.com/empirestatebldg, http://weibo.com/empirestatebuilding,  www.youtube.com/esbnyc atau www.pinterest.com/empirestatebldg/.

Latar Belakang Empire State Realty Trust
Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT), dana amanah pelaburan hartanah (REIT) yang terkemuka memiliki, mengurus, mengendalikan, mengambil alih, dan menetapkan semula kedudukan hartanah pejabat dan perniagaan di Manhattan dan kawasan sekitar metropolitan New York, termasuk Bangunan Empire State, bangunan paling terkenal di dunia. Beribu pejabat di New York, New York, portfolio pejabat dan perniagaan Syarikat meliputi 10.1 juta kaki persegi bagi kawasan boleh sewa, setakat 30 September 2017, merangkumi 9.4 juta kaki persegi kawasan boleh sewa bagi 14 hartanah pejabat, termasuk sembilan di Manhattan, tiga di Fairfield County, Connecticut dan dua di Westchester County, New York; serta kira-kira 700,000 kaki persegi kawasan boleh sewa bagi portfolio perniagaan.

Latar Belakang iHeartMedia New York
iHeartMedia New York memiliki dan mengendalikan WHTZ-FM, WKTU-FM, WAXQ-FM, WWPR-FM, WLTW-FM, WOR-AM. Dengan lebih satu perempat daripada satu bilion pendengar bulanan di A.S. dan lebih 122 juta pengikut sosial, iHeartMedia mempunyai capaian negara terbesar bagi mana-mana outlet radio atau televisyen di Amerika. Selaku peneraju bagi sambungan berbilang platform, ia turut berkhidmat untuk lebih 150 pasaran tempatan melalui 858 stesen radio milik sendiri, dan stesen radio serta kandungan milik syarikat boleh didengari menerusi AM/FM, radio digital HD, radio satelit, melalui Internet di iHeartRadio.com  dan melalui laman sesawang stesen radio syarikat, menerusi aplikasi mudah alih iHeartRadio, papan pemuka kereta yang dipertingkat, tablet, produk boleh pakai dan telefon pintar, serta konsol permainan.

iHeartRadio, platform radio digital iHeartMedia ialah perkhidmatan audio digital paling pantas berkembang di A.S. dan menawarkan pengguna dengan ribuan stesen radio secara langsung, stesen artis khas peribadi yang diwujudkan hanya melalui satu lagu atau artis baharu dan podcast serta personaliti utama. Dengan lebih 1.4 bilion muat turun, iHeartRadio memperoleh 100 juta pengguna berdaftar lebih pantas berbanding mana-mana perkhidmatan radio atau muzik digital lain.

Platform-platform iHeartMedia termasuk penyiaran radio, dalam talian, mudah alih, digital dan media sosial, podcast, personaliti dan individu berpengaruh, konsert dan acara langsung, sindikasi, perkhidmatan penyelidikan muzik dan perwakilan media bebas. iHeartMedia ialah sebahagian daripada iHeartMedia, Inc. (PINK: IHRT). Layari iHeartMedia.com untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang syarikat.


 

Foto - http://mma.prnewswire.com/media/619142/Empire_State_Realty_Trust_Gwen_Stefani.jpg
Foto - http://mma.prnewswire.com/media/619143/Empire_State_Realty_Trust_Stefani_lights.jpg

 

 

 

Source: Empire State Realty Trust, Inc.
Related Stocks:
NYSE:ESRT OTC:IHRT
Related Links:
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Music Real Estate Contracts