omniture

Syarikat Penjanaan Air Atmosfera Pertama jadi Rakan Kongsi Forum Perniagaan-Dasar-Sains PBB mengenai Alam Sekitar

Heaven Springs
2017-12-15 03:22 883

HONG KONG, 15 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Demi merealisasikan visi hebat "Bumi Tanpa Pencemaran", Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) mengadakan Perhimpunan Alam Sekitar PBB kali ke-3 di Nairobi, Kenya pada 4 hingga 6 Disember. Sebagai badan membuat keputusan peringkat tertinggi di dunia untuk alam sekitar, lebih 4,000 ketua negara, menteri, pemimpin perniagaan, pegawai PBB dan wakil masyarakat sivil menghadiri Perhimpunan berkenaan. Heaven Springs Dynasty Harvest Group yang berpangkalan di Hong Kong merupakan syarikat sumber air pertama yang diundang menjadi Ahli Pengasas Jawatankuasa Pemandu dan Rakan Kongsi Forum Perniagaan-Dasar-Sains PBB mengenai Alam Sekitar. Forum ini dipengerusikan bersama oleh En. Miroslav Lajak, Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan En. Edgar Gutierrez Espeleta, Presiden Perhimpunan Alam Sekitar PBB.

En. Miroslav Lajcak, Presiden Perhimpunan Agung PBB; Dr. Edgar Gutierrez, Presiden, Perhimpunan Alam Sekitar PBB; En. Petteri Taalas, Setiausaha Agung, Pertubuhan Meteorologi Dunia; Abdallah Mokssit, Setiausaha, Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim; Dato' Sri Prof Ng Tat Yung
En. Miroslav Lajcak, Presiden Perhimpunan Agung PBB; Dr. Edgar Gutierrez, Presiden, Perhimpunan Alam Sekitar PBB; En. Petteri Taalas, Setiausaha Agung, Pertubuhan Meteorologi Dunia; Abdallah Mokssit, Setiausaha, Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim; Dato' Sri Prof Ng Tat Yung

Dato' Sri Prof Ng Tat Yung, Pengasas Heaven Springs Dynasty Harvest Group, mengetuai delegasi yang terdiri daripada Dr. Stanley Leung, Naib Presiden Kanan, Dr. Johnny Ip, Naib Presiden dan En. Kit Yen, Penolong Presiden Kumpulan tersebut bagi menghadiri acara berkenaan.

Selaku perintis dan pemimpin dunia bagi penjanaan air atmosfera, Heaven Springs Dynasty Harvest Group memegang lebih 80 paten antarabangsa di bawah sistem PCT WIPO dari 152 negara dan wilayah. Ia adalah khusus untuk menyediakan air minuman yang lestari dan selamat menerusi teknologi terkemukanya di dunia.

En. Miroslav Lajak, Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengunjungi reruai Heaven Springs Dynasty Harvest selepas sidang pleno pembukaan Ekspo Inovasi Lestari UNEA dan amat terkejut dengan penemuan teknologi berkenaan, "Saya tidak percaya! Tahniah!" Selain itu, lebih 30 menteri dan duta mengunjungi reruai tersebut semasa Perhimpunan berkenaan. Kebanyakan mereka amat terkejut dengan teknologi penjanaan air atmosfera baharu ini dan berkata ia merupakan satu penyelesaian yang berkesan bagi menyelesaikan masalah kekurangan dan pencemaran air di dunia.

Bagi mencapai visi hebat umat manusia – "di mana terdapatnya air, di situ adanya air minuman yang selamat", Heaven Springs Dynasty Harvest Group bersama-sama NGO lain memulakan "Perikatan Hak Pembangunan Air Atmosfera" dan menyeru penyertaan dan sokongan daripada pelbagai negara untuk melabur, bekerjasama dan membangunkan industri penjanaan air atmosfera.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://en.heavensprings.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171212/2013070-1

Source: Heaven Springs
Keywords: Entertainment Environmental Products & Services Contracts Trade show news