omniture

Tunghsu Optoelectronic, penyedia aplikasi Grafena Cina Utama, tandatangani Perjanjian Kerjasama dengan Institusi-institusi di 5 Negara Asia

Tunghsu
2017-12-15 03:28 692

BEIJING, 15 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Pada 12 Disember, Tunghsu Optoelectronic menandatangani Perjanjian Kerjasama untuk Bersama-sama Membangunkan Bandar-bandar Pintar bersama institusi-institusi berkaitan di Jepun, Thailand, Malaysia, Indonesia dan Mongolia bagi membentuk satu perkongsian strategik. Sementara itu, Tunghsu Optoelectronic turut menandatangani Kontrak Agensi Eksklusif dan Kontrak Jualan bernilai lebih RMB 10 juta bersama Okura Co., Ltd. untuk Lampu LED Kuasa Tinggi Termolisis Grafena.

Inisiatif "Jalur dan Jalan" menyediakan peluang-peluang yang lebih strategik untuk syarikat-syarikat. Pihak-pihak yang terlibat dalam kontrak tersebut memutuskan untuk membina komuniti pembangunan demi mewujudkan platform pengurusan IoT untuk sebuah bandar pintar yang disepadukan dengan pengurusan tenaga pintar, pentadbiran bandar pintar, perlindungan bandar pintar, komunikasi pintar dan pengangkutan pintar demi merealisasikan pengurusan haba pintar, lampu pintar, perjalanan pintar dan bagi mempercepatkan penubuhan bandar-bandar pintar, berdasarkan teknologi-teknologi grafena baharu dan penggunaan kenderaan tenaga baharu yang meluas, selain data besar, pengkomputeran awan dan juga Internet.

Tunghsu Optoelectronic ialah pengeluar dan pembekal terkemuka bagi peralatan pintar berkualiti tinggi di China, yang merupakan sebuah syarikat senaraian awam dan subsidiari Tunghsu Group. Perniagaan-perniagaan yang dijalankan termasuk penyelidikan & pembangunan (R&D) serta pengeluaran bahan-bahan paparan optoelektronik, pengeluaran peralatan dan penyepaduan sistem berkualiti tinggi, pengindustrian aplikasi grafena, R&D serta pengeluaran kenderaan tenaga baharu, pembinaan bandar-bandar pintar, dsb. Dalam hal berkenaan, pembinaan bandar-bandar pintar mempunyai ciri berbeza, didorong oleh industri aplikasi grafena.

Source: Tunghsu
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Oil/Energy Utilities Contracts