omniture

JA Solar Catat Rekod Dunia Baharu Kuasa Output untuk Modul 60-sel Dipasang oleh sel PERC mono-Si

JA Solar Holdings Co., Ltd.
2017-12-15 04:58 796

BEIJING, 15 Disember 2017 /PRNewswire/ -- JA Solar Holdings Co., Ltd., salah satu pengeluar terbesar dunia bagi produk kuasa solar berprestasi tinggi, hari ini mengumumkan kuasa output bagi modul-modul PV 60-sel yang dipasang oleh sel PERC mono-Si telah melebihi 325W. Kuasa output sebenar 326.67 W diukur dan disahkan oleh TUV SUD telah mencatat rekod dunia baharu untuk modul-modul PV mono-Si 60-sel.

Sebagai salah satu pengeluar produk PV terbesar di dunia, JA Solar memainkan peranan penting dalam membangunkan teknologi PV yang canggih melalui penciptaan dan juga inovasi. Pada tahun 2010, Syarikat memfailkan permohonan ciptaan bagi struktur sel PERC perindustriannya dan kaedah pengeluaran, paten telah diberikan oleh Pejabat Paten dan Tanda Dagangan Biro Harta Intelek Kebangsaan Cina pada tahun 2012. Pada tahun 2013, JA Solar menjadi syarikat pertama yang memecah sempadan bagi penukaran-kecekapan 20% untuk versi perindustrian sel solar PERC menggunakan proses perlogaman cetakan skrin, dan memulakan proses pengeluaran besar-besaran bagi sel dan modul berasaskan PERC tahun berikutnya. JA Solar turut memegang hak harta intelek untuk sel PERC dwimuka menerusi paten Cina yang diberikan oleh Biro Harta Intelek Kebangsaan China pada tahun 2016.

Teknologi PERC semakin menjadi pendekatan penting untuk produk PV berprestasi tinggi sejak beberapa tahun lalu. Menurut SEMI PVITR, produk PERC akan menyumbang sebanyak 40% daripada jumlah penghantaran produk menjelang tahun 2020. Kemajuan teknologi PERC selain penggunaan teknologi yang meluas memberi kesan yang penting terhadap penjanaan tenaga berkuasa solar dari segi pengurangan kos tenaga disederhanakan dan pariti grid. Pada masa kini, purata output kuasa bagi modul PV 60-sel dipasang dengan sel PERC mono-Si yang ditawarkan oleh JA Solar ialah 300W. Rekod dunia yang baru dicatatkan ini adalah hasil komitmen utuh JA Solar terhadap penambahbaikan prestasi yang berterusan, selain usaha penyelidikan & pembangunan (R&D) yang mantap serta dorongan khusus untuk memajukan teknologi PV. Ia juga adalah hasil persediaan untuk menangani cabaran teknologi bagi inisiatif "Front Runner" sebagai contoh untuk industri PV yang ditetapkan oleh kerajaan Cina. PERC telah menjadi produk kegemaran inisiatif tersebut sejak ia mula diperkenalkan secara rasminya. Pada tahun 2016, JA Solar menyediakan modul PV 422MW dengan 40% daripadanya merupakan PERC mono-Si untuk fasa demonstrasi 1GW pertama sempena inisiatif "Front Runner" ini sebagai pembekal modul terbesar dalam projek berkenaan.

"Mencatat rekod dunia baharu bagi kuasa output melebihi 325W daripada modul PV mono-Si 60-sel adalah pencapaian luar biasa yang didayakan oleh teknologi PERC," kata Dr. Wei Shan, Ketua Pegawai Teknologi JA Solar. "Ia juga menjadi bukti usaha tiada tandingan yang diberikan oleh JA Solar yang memberi tumpuan untuk membangunkan produk PV berkecekapan tinggi dan berkesan kos demi memenuhi permintaan yang terus meningkat terhadap tenaga bersih melalui inovasi berteknologi dan penambahbaikan prestasi secara berterusan, selain komitmen dan tradisi JA Solar untuk menyediakan produk PV berprestasi tinggi kepada pelanggan kami dengan tahap kualiti dan keandalan yang tinggi."

Source: JA Solar Holdings Co., Ltd.
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities