omniture

Pengunjung Taman Tema Cina Akan Belanjakan Empat Kali Ganda Lebih Tinggi terhadap Makanan dan Minuman Jika Teknologi Dipertingkat Menurut Omnico

Omnico
2017-12-15 09:36 507

BASINGSTOKE, England, 15 Disember 2017 /PRNewswire/ -- 68% daripada pengunjung taman tema Cina akan membelanjakan sehingga empat kali ganda lebih daripada biasa terhadap makanan dan minuman sekiranya mereka boleh menggunakan aplikasi mudah alih untuk memesan lebih awal, menurut kajian oleh Omnico.

65% akan membelanjakan sehingga empat kali ganda daripada biasa sekiranya mereka boleh menggunakan aplikasi imbas kendiri pada telefon bimbit atau kios skrin sentuh bagi membuat pesanan di outlet makanan, manakala 57% berkata teknologi ini akan membawa kepada peningkatan yang serupa terhadap apa yang mereka belanjakan ke atas barangan. Angka-angka ini adalah sebahagian daripada Barometer ROI Taman Tema Omnico, yang menyoal selidik 1,973 pengguna dari China, Malaysia dan Jepun yang mengunjungi taman tema dalam tempoh dua tahun lalu, berserta 1,360 pengguna AS dan UK.

"Kajian kami mengesahkan bahawa teknologi titik-jualan yang canggih boleh mengubah penjanaan pendapatan di taman-taman tema Asia," kata Mel Taylor, Ketua Pegawai Eksekutif, Omnico. "Kami sedia maklum bahawa pengunjung inginkan teknologi yang dapat menjadikan kunjungan mereka lebih mudah dan kini kami dapat menyaksikan sejauh mana inovasi-inovasi sedemikian akan memberi impak yang amat positif terhadap keuntungan."

53% daripada pengunjung taman tema Malaysia, sebagai contoh, akan membelanjakan sehingga empat kali ganda daripada jumlah biasa terhadap makanan dan minuman sekiranya mereka boleh membuat pesanan terlebih dahulu menggunakan aplikasi mudah alih, diikuti 43% pengunjung Jepun.

49% responden Malaysia berkata perbelanjaan terhadap barangan boleh meningkat empat kali ganda melalui aplikasi imbasan kendiri atau kios layan diri, berbanding 45% pengunjung Jepun.

Amalan beratur umumnya tidak digemari, dengan 78% responden daripada ketiga-tiga negara berkata mereka sering atau sekali sekala membuat keputusan untuk tidak membeli makanan dan minuman di taman tema kerana perlu beratur. 64% responden mempunyai pandangan yang sama berhubung pembelian runcit dan sanggup keluar barisan daripada terus beratur.

Para pengunjung juga berkata perbelanjaan mereka meningkat sekiranya panduan dan pengalaman realiti maya, atau sistem pengesahan dikuasakan kepintaran buatan digunakan bagi menjadikan kunjungan mereka lebih mudah. Di China, 62% berkata mereka sanggup berbelanja empat kali ganda lebih tinggi berbanding biasa pada tiket masuk sekiranya taman tema berkenaan mempunyai teknologi-teknologi ini, berbanding 52% di Malaysia dan 36% di Jepun.

Secara keseluruhan, Barometer ROI Taman Tema mendedahkan pelaksanaan teknologi-teknologi yang menggembirakan pelanggan celik teknologi masa kini dapat memberikan keputusan yang ketara kepada pengendali taman tema.

Muat turun laporan penuh di sini: http://www.omnicogroup.com/insights/omnico-theme-park-roi-barometer/

Latar Belakang Omnico:  

Teknologi berasaskan Awan daripada Omnico memberi kuasa kepada POS dan penyelesaian penglibatan pelanggan dalam sektor-sektor peruncitan, destinasi dan juga hospitaliti.

http://www.omnicogroup.com

Sumber: Omnico

Source: Omnico
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Beverages Computer/Electronics Consumer Electronics Food/Beverages Travel Survey, Polls & Research