omniture

Herta: Projek Bandar Selamat Dengan Pengecaman Wajah di Phuket

Herta
2017-12-15 17:19 813

BARCELONA, Sepanyol, 15 Disember 2017 /PRNewswire/ --

Herta jamin keselamatan Phuket dengan pengecaman wajah

Syarikat pengecaman wajah antarabangsa, Herta dianugerahkan dengan projek untuk memasang penyelesaian mereka di bandar Phuket, Thailand.

generated by system

Projek Bandar Selamat ini dilaksanakan dengan kerjasama Point IT. Herta menyediakan penyelesaian pengecaman wajah untuk projek tersebut, yang turut menyertakan keperluan lain seperti pusat arahan, sistem kad pintar, pautan rangkaian berkelajuan tinggi dan pengecaman plat lesen automatik.

Tumpuan projek ini adalah untuk menjamin keselamatan bandar dan menjadikannya lebih selamat untuk penduduk melalui pelaksanaan yang inovatif ini. Di pusat pemeriksaan keselamatan, pihak polis menggunakan telefon bimbit mereka untuk mengambil gambar semua penumpang dalam kenderaan yang memasuki bandar tersebut. Kemudian, strim gambar/video dipindahkan melalui AP tanpa wayar kepada rangkaian sistem NEXT BioSurveillance Herta. Setiap kali subjek yang disenarai hitam dikesan, sistem tersebut menghantar penggera kepada telefon bimbit pihak pengawal keselamatan.

"Kami amat berbangga dapat menyediakan penyelesaian pengecaman wajah yang terkemuka demi keselamatan seluruh bandar. Ia merupakan satu peluang hebat yang akan membawakan lebih banyak projek di bandar-bandar lain sepanjang bulan-bulan akan datang. Kami amat yakin prestasi perisian Herta, keupayaan teknologi dan pengalaman globalnya akan dapat menangani keperluan penting projek-projek bandar selamat seperti Phuket," kata Javier Rodríguez, Ketua Pegawai Eksekutif Herta. "Rakan kongsi kami Point IT mempunyai pemahaman tempatan yang hebat dan terbukti merupakan rakan kongsi yang cemerlang. Kami amat yakin ini merupakan langkah-langkah pertama untuk membawa nilai baharu kepada projek-projek bandar selamat ke seluruh dunia."

Latar Belakang Herta  

Herta ialah peneraju dunia bagi pembangunan penyelesaian pengecaman wajah yang amat canggih. Berpangkalan di Barcelona dan mempunyai pejabat-pejabat di Madrid, London dan Los Angeles, syarikat menawarkan penyelesaian berorientasikan pelanggan akhir yang pantas, tepat dan mantap untuk pengawasan video, kawalan akses dan keperluan pemasaran. Projek-projek antarabangsa termasuk aplikasi bandar selamat, lapangan terbang, stesen kereta api dan metro, penjara, bank, kasino, stadium sukan, pusat membeli belah, ketenteraan, polis dan juga forensik. Herta mempunyai rakan kongsi di 50 negara dan lebih 150 penyepadu yang diperakui di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut di http://www.hertasecurity.com/en.

 

Source: Herta
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Homeland Security Internet Technology Contracts