omniture

Air China, Star Alliance dan Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital Meterai Memorandum Persefahaman Sambut Ulang Tahun Keahlian ke-10 Air China

Air China
2017-12-15 19:24 708

BEIJING, 15 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Pada 13 Disember 2017, Lembaga Ketua Eksekutif (CEB) Star Alliance telah bertemu di Beijing. Pertemuan ini dihadiri oleh syarikat-syarikat penerbangan Star Alliance dari 28 negara dan wilayah yang berhimpun untuk menyambut ulang tahun ke-10 Air China selaku ahli Star Alliance. Semasa mesyuarat, Star Alliance dan Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital memeterai satu Memorandum Persefahaman (MOU) berhubung penempatan semula syarikat penerbangan ahli. Pihak-pihak ini bersetuju untuk bekerjasama bagi mengubah Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital menjadi hab bertaraf dunia dan meningkatkan pengalaman penumpang.

Star Alliance ditubuhkan pada tahun 1997, dan merupakan perikatan syarikat penerbangan pertama di dunia. Sejak dua puluh tahun lalu, Star Alliance berkembang pesat daripada 5 ahli pengasas kepada 28 keahlian semasa. Ini membolehkan Star mengendalikan laluan ke 1,330 destinasi di 192 negara, di samping menikmati akses kepada lebih 1,000 ruang istirehat di seluruh dunia. Dengan berkongsi jaringan laluan dan ruang istirehat syarikat penerbangan ahli dan menempatkan semula ahli ini dalam bangunan terminal yang sama, Star berupaya menawarkan perjalanan yang selesa dan hubungan penerbangan yang lancar untuk penumpang seluruh dunia.

Pada tahun 2007, Air China secara rasminya menjadi ahli Star Alliance, membuka lembaran baharu dalam fasa pembangunannya. Ini merangsang penyepaduan Air China, dan seterusnya, sektor penerbangan awam China, dengan ekonomi global. Sejak sepuluh tahun lalu, Air China bekerjasama erat dengan Star Alliance dan ahli-ahlinya bagi memperoleh hasil yang saling menguntungkan. Dengan berkongsi pilihan laluan dan perkhidmatan darat, syarikat penerbangan ahli berupaya menyediakan perkhidmatan yang lebih baik untuk penumpang, sambil mengurangkan kos dan meningkatkan tahap kecekapan. 

Semasa mesyuarat Lembaga Ketua Eksekutif (CEB) Star Alliance, Zhao Xiaohang, naib presiden Air China mengulas, "Ketika kami menyambut ulang tahun ke-10 kami sebagai ahli Star Alliance, saya berbesar hati kerana terlibat dalam inisiatif ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital bagi menjamin pembangunan jangka panjang Star Alliance. Menuju masa depan, Air China, Star Alliance dan Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital akan terus mengukuhkan jalinan kerjasama mereka tatkala kita menuju dekad seterusnya."

Menurut Christian Draeger daripada Star Alliance, "Beijing ialah hab lapangan terbang penting untuk Star Alliance. Selain itu, pembukaan Lapangan Terbang Daxing baharu di Beijing memberi peluang kepada kami untuk mengukuhkan komitmen kami terhadap Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital. Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) ini menyediakan asas yang kami perlukan untuk memberikan pengalaman penumpang yang hebat dan mencapai kadar pertumbuhan selanjutnya di Beijing."

Du Qiang daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital menambah, "Ini merupakan hasil yang saling menguntungkan untuk ketiga-tiga pihak. Menerusi komitmen daripada Star Alliance ini, kami dapat memperoleh sumber yang diperlukan untuk meningkatkan pengalaman penumpang di lapangan terbang."

Menurut MOU, ketiga-tiga pihak akan bekerjasama untuk menempatkan semula syarikat penerbangan Star Alliance dalam bangunan terminal yang sama di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital. Di samping itu, turut dipersetujui bahawa lebih banyak kemudahan layan diri akan ditambah demi meningkatkan pengalaman penumpang, termasuk daftar masuk laluan tepi jalan, penurunan bagasi layan diri dan kios penandaan diri. Dengan berkongsi kemudahan lapangan terbang, memperkemas pemindahan dan menambah baik hubungan antara syarikat penerbangan ahli, Star Alliance akan berupaya menawarkan ciri kemudahan yang lebih hebat kepada penumpang.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20170522/1857452-1LOGO

Source: Air China
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Travel Licensing/marketing agreements