omniture

A.S. Watson Pilih UST Global sebagai salah satu Rakan Pembangunannya untuk Penyelesaian Digital Era Baharu

UST Global
2017-12-15 20:10 857

HONG KONG, 15 Disember 2017 / PRNewswire / -

Fokus pada AI, Pembelajaran Mesin dan Automasi

A.S. Watson, peruncit kesihatan dan kecantikan antarabangsa terbesar di dunia, telah memilih UST Global, sebuah syarikat perkhidmatan teknologi digital terkemuka, sebagai salah satu rakan teknologinya untuk penyelesaian digital zaman baharu bagi syarikat itu. Bidang tumpuan teknologi utama adalah AI (Kecerdasan Buatan), Pembelajaran Mesin dan Automasi.

generated by system

A.S. Watson Group, melalui transformasi digital sedang berusaha untuk membina asas runcit yang mantap untuk memacu pertumbuhan selanjutnya melalui organisasi yang lebih bijak dan lebih cekap.

Malina Ngai, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan A.S. Watson, menjelaskan mengapa syarikat memperkenalkan pendekatan perkongsian. "Kami percaya setiap rakan kongsi teknologi yang kami pilih untuk bekerjasama bukanlah sekadar vendor. Hubungan pelanggan-vendor tradisional ialah hubungan jangka pendek yang kurang ketelusan dan kesinambungan. Program Perkongsian dirancang untuk mengubah hubungan kontrak jangka pendek dengan hubungan strategik jangka panjang untuk mencipta kemenangan bagi kedua-dua pihak. Pelantikan kumpulan pertama Rakan Kongsi Teknologi seluruh dunia kami menunjukkan keazaman kami untuk mempercepatkan transformasi digital kami, yang membolehkan A.S. Watson Group membina asas runcit kami untuk meningkatkan pertumbuhan selanjutnya menerusi organisasi yang lebih pintar dan lebih cekap. Matlamat kami yang mengutamakan pelanggan dan memberikan mereka kepuasan masih diteruskan. Kami menyedari bahawa pelanggan kami berubah dengan pesat dan teknologi telah menjadi bahan yang semakin penting untuk menyampaikan matlamat kami," katanya.

Alexander Varghese, Ketua Pegawai Tadbir, UST Global, berkata "Di UST Global, kami merupakan pemacu inovasi yang fokus kepada menyediakan teknologi canggih untuk pelanggan global kami yang besar. Kami teruja untuk bekerjasama dengan A.S. Watson dan berterima kasih kepada mereka kerana menerima kami ke dalam syarikat mereka."

Gilroy Mathew, Ketua - APAC, UST Global, berkata, "Bekerjasama dengan A.S. Watson akan benar-benar memperkukuhkan kedudukan kami di rantau APAC dan di Hong Kong sebagai sebuah geo. Kami bertekad untuk menyelesaikan masalah perniagaan para pelanggan kami, dan berharap untuk mengubah A.S. Watson ke peringkat seterusnya dengan inovasi melibatkan AI, Pembelajaran Mesin dan Automasi."

Pablo Tachil, Pengarah - Digital, UST Global, berkata, "Kami mempunyai keistimewaan menjadi sebahagian daripada perjalanan transformasi digital di A.S. Watson, termasuk inisiatif canggih yang berterusan menggunakan Kecerdasan Buatan dan Pembelajaran Mesin yang menjadi teras kepada penyelesaian yang dibangunkan bersama."

Latar Belakang A.S. Watson Group

Ditubuhkan di Hong Kong pada tahun 1841, A.S. Watson Group merupakan peruncit kesihatan dan kecantikan antarabangsa terbesar di dunia dengan lebih 13,700 kedai di 24 pasaran. Setiap tahun, lebih daripada tiga bilion pelanggan dan ahli membeli belah dengan 13 jenama runcitnya, di kedai dan dalam talian. Untuk tahun fiskal 2016, A.S. Watson Group merekodkan pendapatan HKD 151.5 bilion. Kami mempunyai lebih daripada 130,000 pekerja di seluruh dunia.

A.S. Watson Group juga merupakan ahli konglomerat multinasional CK Hutchison Holdings Limited yang terkenal di dunia, yang mempunyai lima perniagaan teras - pelabuhan dan perkhidmatan berkaitan, runcit, infrastruktur, tenaga dan telekomunikasi di lebih 50 buah negara.

Latar Belakang UST Global

UST Global® ialah syarikat teknologi digital terkemuka yang menyediakan perkhidmatan pengkomputeran dan digital yang maju kepada perusahaan swasta dan awam yang besar di seluruh dunia. Perkhidmatan teknologi inovatif dan program sosial perintis menjadikan kami unik. UST Global beribu pejabat di Aliso Viejo, California dan beroperasi di 25 negara. Pelanggan kami termasuk syarikat Fortune 500 dalam perkhidmatan perbankan dan kewangan, penjagaan kesihatan, insurans, runcit, teknologi tinggi, perkilangan, perkapalan, dan telekom. UST Global percaya dalam pembinaan hubungan perniagaan yang berpanjangan dan strategik melalui model penglibatan global yang tangkas dan pelanggan yang menggabungkan pakar & sumber tempatan dengan kos, skala, dan kelebihan kualiti operasi global.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.ust-global.com

Perhubungan Media UST Global:
Divya Singh
divya.singh@ust-global.com
+ 91-8552944004

Sumber: UST Global

Source: UST Global
Keywords: Computer/Electronics Retail