omniture

ESMO Terbitkan Kertas Kedudukan Baharu terhadap Penjagaan Sokongan dan Paliatif

European Society for Medical Oncology (ESMO)
2017-12-16 01:07 641

LUGANO, Switzerland, 16 Disember 2017 /PRNewswire/ --

ESMO, organisasi profesional terkemuka untuk onkologi perubatan, menerbitkan kertas kedudukan mengenai penjagaan sokongan dan paliatif, menarik perhatian kepada jurang yang semakin berubah dan berkembang antara keperluan pesakit kanser dan penyediaan sebenar penjagaan yang berpusatkan pesakit.

"Kajian-kajian baharu menunjukkan bahawa mungkin terdapat jurang antara tanggapan doktor tentang apa yang dianggap penting bagi pesakit, dan apa yang pesakit benar-benar perlukan. Dengan kertas kedudukan ini, kami ingin menarik perhatian kepada fakta bahawa, selain rawatan anti-tumor, pesakit kanser memerlukan sokongan fizikal, psikologi, sosial, rohani, di setiap peringkat penyakit, bermula dari diagnosis," kata penulis utama Karin Jordan, Penyelaras Fakulti ESMO.

Matti Aapro, pengarang bersama, Mantan Presiden MASCC, berkata: "Kajian terbaru menunjukkan bahawa penjagaan paliatif dan sokongan bukan sahaja meningkatkan rawatan: ia menyumbang kepada penggunaan sumber yang sedia ada dengan lebih baik, mengelakkan pembaziran dan juga mengurangkan kos rawatan."

Hasil yang dilaporkan daripada pesakit seharusnya sangat digalakkan seperti yang ditunjukkan berkaitan dengan kualiti kehidupan yang lebih baik, kemasukan ke hospital yang berkurangan bahkan meningkatkan penerusan hidup, berbanding dengan penjagaan yang biasa.

"Kami berharap kertas kerja ini akan menyumbang untuk membangunkan kebudayaan umum dan penerimaan penjagaan yang menyokong dan paliatif, di seluruh dunia," kata Aapro. "Keperluan pesakit yang asas seperti lega nyeri masih belum dipenuhi secara meluas. Pendidikan adalah penting untuk memastikan penjagaan sokongan penting dapat diakses oleh semua pesakit kanser, di mana-mana."

Kandungan kertas kedudukan ESMO:

  • Intervensi dan latihan penting penjagaan yang berpusatkan pesakit
  • Penjagaan akhir hayat
  • Peranan pasukan berbilang bidang
  • Mengintegrasikan sumber penjagaan kesihatan
  • Penyelidikan dan sumber dalam penjagaan sokongan dan paliatif

Cerita penuh: http://bit.ly/2AiD5qG

ESMO ialah organisasi profesional terkemuka untuk onkologi perubatan. Dengan 17,000 ahli mewakili golongan profesional onkologi dari 150 negara di seluruh dunia, ESMO ialah persatuan rujukan untuk pendidikan dan maklumat onkologi.

media@esmo.org
+ 41-91-973-19-07

Source: European Society for Medical Oncology (ESMO)
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Publishing/Information Service