omniture

Projek Kemasyarakatan 'Stars of Christmas' OUE Bawakan Sorakan Krismas kepada Lebih 1,500 Penerima

Penunggang sukarelawan motosikal Harley-Davidson dan kereta Maserati pimpin aktiviti Toy Run sampaikan hadiah Krismas kepada para penerima sumbangan program
OUE Limited
2017-12-19 21:59 767

SINGAPURA, 19 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Stars of Christmas, satu program kemasyarakatan tahunan yang diperjuangkan oleh OUE Limited (SGX-ST: "OUE") bersama-sama Mandarin Orchard Singapore dan Marina Mandarin Singapore, menyambut tahun kelapannya dalam membawakan keriangan Hari Krismas kepada para penerima sumbangan daripada organisasi-organisasi bukan untung yang menyediakan program serta perkhidmatan untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik, serta kanak-kanak kelainan upaya dan mereka yang menghidap penyakit.

Kanak-kanak daripada Pusat Khidmat Keluarga Thye Hwa bergambar bersama penunggang sukarelawan Harley-Davidson dan Maserati
Kanak-kanak daripada Pusat Khidmat Keluarga Thye Hwa bergambar bersama penunggang sukarelawan Harley-Davidson dan Maserati

 

En Thio Gim Hock (paling kanan), Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan OUE Limited, melepaskan sekumpulan penunggang sukarelawan sempena Toy Run Stars Christmas 2017
En Thio Gim Hock (paling kanan), Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan OUE Limited, melepaskan sekumpulan penunggang sukarelawan sempena Toy Run Stars Christmas 2017

Memimpin barisan rakan sokongan tahun ini untuk Stars of Christmas ialah Komoco Motorcycles Pte Ltd(Harley-Davidson of Singapore -- Satu-satunya Pengedar Sah)Tridente Automobili Pte Ltd (Maserati -- Satu-satunya Pengedar Sah) dan Community Chest -- cabang pengumpulan dana dan penglibatan bagi Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan.

Stars of Christmas 2017 mendapat sokongan Yayasan Kanser Kanak-kanak, Club RainbowKK Women's and Children's Hospital, serta pelbagai organisasi kebajikan kanak-kanak di bawah Community Chest.

Program dengan tiga bahagian ini dimulakan dengan majlis penggantungan bintang-bintang Krismas di kawasan lobi Mandarin Orchard Singapore, diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif OUE dan Pengarah Urusan Kumpulan, En. Thio Gim Hock. Pokok-pokok Krismas gergasi di Mandarin Orchard Singapore dan Marina Mandarin Singapore dihiasi dengan bintang-bintang yang menunjukkan maklumat penerima sumbangan, agar orang awam boleh memilih bintang-bintang tersebut dan membeli hadiah Krismas sewajarnya.

Pada 15 Disember, para penerima sumbangan Stars of Christmas 2017 bersama-sama ibu bapa, adik-beradik dan penjaga mereka, turut menjadi tetamu kehormat majlis makan tengah hari Krismas yang dianjurkan oleh Pengerusi Eksekutif OUE, Dr Stephen Riady. Kanak-kanak turut disertai oleh kakitangan OUE dan syarikat-syarikat bersekutunya bagi menikmati hidangan makan tengah hari Krismas dan hiburan di Mandarin Orchard Singapore, selain menampilkan kunjungan daripada Santa yang membantu menyampaikan hadiah-hadiah Krismas tersebut.

Stars of Christmas 2017 diakhiri dengan aktiviti Toy Run yang amat dinanti-nantikan pada sebelah pagi 16 Disember, bersama-sama para penunggang sukarelawan dalam sekumpulan motosikal Harley-Davidson dan kereta Maserati bagi membuat persembahan perayaan di hadapan Orchard Road, Mandarin Gallery. Kanak-kanak dan penjaga daripada Pusat Khidmat Keluarga Thye Hwa Kwan, bersama-sama kakitangan daripada OUE Limited dan Mandarin Orchard Singapore, menyorak para penunggang tatkala konvoi mereka memulakan perjalanan untuk menyampaikan hadiah-hadiah Krismas kepada ramai penerima.

Sehingga 1,500 penerima sumbangan menerima hadiah menerusi program kemasyarakatan Stars of Christmas OUE tahun ini.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171218/2017106-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171218/2017106-1-b

Source: OUE Limited
Keywords: Auto Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Transportation Travel Children-related news Corporate Social Responsibility Not for profit