omniture

Pemegang Bon Agraria Peru Puji Tindakan OECD Tangguhkan Keputusan Keahlian Terhadap Peru

Peruvian-American Bondholders for Justice (PABJ)
2017-12-20 03:21 417

WASHINGTON, 20 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Siaran akhbar berikut dikeluarkan bagi pihak Pemegang Bon Peru-Amerika untuk Keadilan (PABJ):

Pemegang Bon Peru Amerika untuk Keadilan (PABJ), sebuah kumpulan khusus bagi pembayaran balik secara adil bon reformasi agraria Peru yang gagal dibayar, mengeluarkan kenyataan berikut pada hari ini berhubung keputusan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) untuk menangguhkan keputusan sama ada untuk mengundang Peru menyertai organisasi berkenaan:

"Kami memuji keputusan OECD untuk menangguhkan keputusan keahlian Peru. Seperti yang dibincangkan dalam laporan yang dikeluarkan oleh PABJ pada 4 Disember 2017, ketidakgiatan, perdayaan dan penipuan Peru berserta kegagalan mereka untuk menyelesaikan bon reformasi agraria yang gagal dibayar terus menunjukkan kegiatan rasuah sistemik yang berpanjangan, yang memberi kesan kepada kredibiliti dan kelayakan negara untuk menyertai senarai negara yang telahpun berada dalam OECD.

"Peru mengekspropriasi 23 juta ekar tanah daripada penduduk antara tahun 1969 dan 1979, dan penduduk dipaksa menerima bon reformasi agraria sebagai pertukaran bagi tanah mereka. Dalam kebanyakan kes, bon-bon tersebut tidak pernah dibayar semula, dan mereka yang mendapat bayaran balik baru-baru ini memperoleh jumlah wang yang kecil untuk setiap ekar."

"Memilih untuk tidak menawarkan pencalonan kepada Peru dalam OECD pada ketika ini ialah pilihan yang tepat, khususnya berdasarkan dakwaan serius yang timbul terhadap beberapa ahli berpangkat tinggi dalam kerajaan Peru sejak beberapa minggu lalu."

"Ini termasuk:

  • Selepas menyangkal dengan tegas bahawa beliau menerima dana daripada syarikat pembinaan Brazil, Odebrecht, yang terperangkap dengan skandal rasuah terbesar di Amerika Latin, Presiden Peru Pedro Pablo Kuczynski akhirnya mengakui bahawa beliau merupakan penasihat kewangan mereka; Kongres Peru menyiarkan dokumen yang menunjukkan syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan Presiden dibayar sebanyak $4.8 juta pada ketika beliau menyandang jawatan Perdana Menteri atau Menteri Ekonomi dan Kewangan.
  • Tiga ahli mahkamah tertinggi di Peru, Tribunal Perlembagaan, mungkin berhadapan dengan penyingkiran dan sekatan lain pada hari-hari berikutnya oleh Kongres (Hakim Eloy Espinosa mungkin berhadapan dengan risiko penyingkiran kekal dan penggantungan selama 10 tahun daripada fungsi awam) berhubung tuduhan rasuah – dan seorang lagi (mantan Presiden Tribunal Oscar Urviola) sedang disiasat berhubung kes pemalsuan yang mana perlindungan telah dibuat bagi mengubah keputusan mahkamah berhubung bon-bon reformasi agraria.

"Ciri-ciri utama bagi sesebuah negara yang tersenarai dalam OECD adalah komitmen terhadap ketelusan, pembangunan ekonomi dan melanjutkan dasar dan penyelesaian bagi meningkatkan kualiti hidup penduduk. Kenyataan misi OECD juga mengisytiharkan mereka 'memulakan langkah untuk menyukarkan hidup pengganas, pengelak cukai, ahli perniagaan yang tidak jujur dan lain-lain yang mana tindakan mereka melemahkan pewujudan masyarakat yang adil dan bersifat terbuka.'

"Selain tuduhan terkini berhubung rasuah dalam pentadbiran semasa, sejarah Peru yang gagal mendedahkan hutang bon reformasi agraria kepada OECD dan IMF menunjukkan mereka termasuk dalam kategori negara-negara yang ingin dielakkan oleh OECD."

"Kami menyeru OECD untuk terus menangguhkan kelayakan keahlian Peru sehingga ia memenuhi kesemua keperluan kelayakan, khususnya yang berkaitan dengan kedaulatan undang-undang, rasuah dan amalan pembayaran balik hutang."

Source: Peruvian-American Bondholders for Justice (PABJ)
Keywords: Banking/Financial Service Advocacy Group Opinion