omniture

Symsoft Umum SMSC Awan Hibrid Global Terbesar

Symsoft
2017-12-21 18:54 776

STOCKHOLM, 21 Disember 2017 /PRNewswire/ --

  • Platform geo-lewah Symsof langkaui 20 bilion pesanan ringkas A2P tahunan.

Symsoft AB, pengendali bahagian CLX Communications AB (Publ) (XSTO: CLX), hari ini mengumumkan SMSC Awan hibrid mereka kini membawa lebih 20 bilion transaksi SMS A2P setiap tahun untuk CLX Communications.

Jumlah trafik SMS A2P yang dibawa oleh SMSC Awan hibrid Symsoft meningkat dengan pesat beberapa bulan kebelakangan ini. Hal ini didorong oleh beberapa pemerolehan strategik oleh CLX. Dalam usaha untuk menyelaraskan operasi dan untuk menawarkan kualiti dan prestasi terbaik dalam industri, CLX menggabungkan trafik dalam satu platform lewah geografi tunggal yang disediakan oleh Symsoft.

SMSC Awan hibrid merupakan yang pertama seumpamanya dan memanfaatkan kedua-dua nod platform fizikal dan berasaskan awan, termasuk Amazon Web Services (AWS), demi menyediakan perkhidmatan yang tiada tandingan. Platform ini digunakan merentasi pelbagai Zon Ketersediaan AWS bagi menjamin perkhidmatan yang cemerlang dan meminimumkan kependaman untuk pelanggan dengan pelbagai keperluan di seluruh dunia.

Johan Rosendahl, Pengarah Urusan Symsoft, mengulas, "SMSC Awan hibrid Symsoft merupakan elemen penting dalam CLX disebabkan ia berupaya mengembangkan dan membangunkan Perkhidmatan CPaaS Tahap 1 mereka untuk perusahaan-perusahaan di seluruh dunia. Dengan memanfaatkan penyedia infrastruktur awan yang amat disegani, kami dapat menyediakan perkhidmatan SMS A2P berkualiti tertinggi di seluruh dunia dengan pantas dan menjimatkan kepada sesiapa sahaja yang ingin memindahkan infrastruktur mereka kepada awan. Memandangkan seni bina kami bersifat modular, boleh diskala dan terbukti, SMSC Awan hibrid bersiap sedia mendepani pertumbuhan berterusan A2P SMS," sambung Rosendahl.

Robert Gerstmann, Pengarah Urusan CLX Communications mengulas, "Jumlah keseluruhan CLX yang dibawa oleh SMSC Awan hibrid Symsoft meningkat empat kali ganda sejak dua tahun lalu. Pertumbuhan ini berpotensi membawakan cabaran penskalaan yang mungkin mengehadkan kebolehan kami untuk berkembang maju sepantas yang kami rancang. Namun begitu, saya berasa gembira untuk mengesahkan bahawa Symsoft berupaya memenuhi semua keperluan kami. Pelaburan kami dalam platform SMSC Awan hibrid digandingkan dengan perkongsian dipercayai yang terjalin dengan Symsoft, AWS dan lain-lain, menandakan kini kami mempunyai kelebihan daya saing yang unik dalam segmen komunikasi awan," simpul Gerstmann.

Latar Belakang Symsoft 

Symsoft ialah rakan kongsi yang dipercayai oleh lebih 70 pengendali merentasi empat benua. Kami menyediakan perisian serta perkhidmatan yang inovatif, mantap dan boleh diskala untuk pelanggan kami dalam segmen BSS Masa-Sebenar, Perkhidmatan Bernilai Tambah, Pencegahan Penipuan dan Keselamatan Pengisyaratan. Dengan menggabungkan aplikasi dalam portfolio kami dan memanfaatkan pengalaman yang luas membolehkan kami menyediakan penyelesaian hujung ke hujung untuk pengendali tradisional, pengendali maya dan pendaya dan juga Penyedia Perkhidmatan IoT. Bagi memenuhi keperluan pelanggan kami, penyelesaian kami disediakan pada premis, sebagai perkhidmatan terurus atau dalam infrastruktur awan.

Kami mencipta nilai buat pelanggan kami dengan mengukuhkan kedudukan kompetitif mereka dengan mengurangkan tempoh untuk dipasarkan, menyediakan akses kepada aliran pendapatan baharu, menyekat penipuan dan mencapai pengurangan ketara dalam kos pemilikan menerusi pilihan pelaksanaan yang anjal dan juga pelbagai tahap perkhidmatan.

Symsoft ialah pengendali bahagian CLX Communications AB (publ.) - XSTO:CLX (http://www.clxcommunications.com ) yang tersenarai dalam bursa saham Nasdaq di Stockholm.

Untuk mengetahui lebih lanjut sila layari: http://www.symsoft.com

Latar Belakang CLX 

CLX Communications (CLX) ialah penyedia bertaraf global yang utama bagi perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi berasaskan awan untuk syarikat perusahaan dan pengendali rangkaian mudah alih. Perkhidmatan komunikasi mudah alih daripada CLX memungkinkan syarikat berkomunikasi dengan pantas, selamat dan menjimatkan kos di seluruh dunia bersama pelanggan dan peranti terhubung - Internet Komunikasi Benda (IoT).

Penyelesaian CLX menyediakan komunikasi yang penting dalam perniagaan ke seluruh dunia melalui perkhidmatan pesanan ringkas mudah alih (SMS), perkhidmatan suara dan perkhidmatan sambungan mudah alih untuk IoT. CLX mencapai pengembangan yang menguntungkan sejak syarikat ditubuhkan. Syarikat ini beribu pejabat di Stockholm, Sweden dan turut berada di lebih 20 negara. Saham CLX Communications didagangkan di NASDAQ Stockholm - XSTO:CLX.

Untuk mengetahui lebih lanjut sila layari: http://www.clxcommunications.com

Source: Symsoft
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services