omniture

Raikan Musim Memberi Dengan Hadiah Edisi Terhad Sempurna Daripada Johnnie Walker Blue Label

Johnnie Walker
2017-12-21 21:06 841

LONDON, 21 Disember 2017 /PRNewswire/ --

BOTOL EDISI TERHAD PERINGATI TAHUN ANJING  

Musim memberi hadiah kini semakin hampir, tetapi apa yang perlu dibeli untuk peminat wiski yang mempunyai segala-galanya? Dalam semangat perayaan yang sebenar, Johnnie Walker, Jenama Wiski Scotch No. 1[1] di dunia, melancarkan botol Johnnie Walker Blue Label edisi terhad dengan rekaan indah yang menjadi hadiah sempurna untuk diberikan sempena Tahun Baru Cina ini.

generated by system

Reka bentuk Tahun Baru Cina yang mewah tahun ini diinspirasikan oleh hubungan istimewa antara manusia dan anjing, dicipta dengan kerjasama artis Taiwan yang pernah memenangi pelbagai anugerah, Page Tsou. Pada tahun 2018, Reka Bentuk Tahun Baru Cina akan mengikuti Striding Man ke seluruh dunia ketika beliau meraikannya dengan tanglung, bunga api dan tarian naga. Teman baik manusia itu akan dianyam dalam seluruh rekaan bagi memperingati Tahun Anjing.

Page Tsou, artis yang memenangi anugerah berkata, "Ini merupakan satu penghormatan apabila ditugaskan untuk mencipta botol Johnnie Walker Blue Label Tahun Anjing. Reka bentuk istimewa tersebut mempunyai sejumlah empat ekor anjing, kesemuanya dipilih berdasarkan makna yang istimewa di Asia. Reka bentuk unik ini mengisahkan tentang Striding Man Johnnie Walker dan teman setia ketika mereka mengembara ke seluruh dunia membawakan kemakmuran dan bergembira dengan ketibaan Tahun Baru. Reka bentuk ini juga mengandungi pelbagai simbol kekayaan dan kemakmuran, menjadikan botol ini amat unik dan hadiah sempurna untuk diberikan sempena Tahun Baru Cina ini."

Johnnie Walker Blue Label ialah Scotch hebat yang dihasilkan oleh pasukan kecil yang terdiri daripada 12 pembuat wiski, diketuai oleh Pakar Pengadun Tahunan Terbaik sebanyak dua kali, Jim Beveridge[2]. Mereka memilih wiski malt dan bijirin tunggal yang amat unik, setiap satu dipilih disebabkan oleh kualiti dan sifatnya yang luar biasa.

Hanya satu dalam 10,000 tong bagi wiski unik yang matang dengan sempurna dan dimatangkan dalam simpanan Johnnie Walker mempunyai kekayaan dan rasa bagi menghasilkan Johnnie Walker Blue Label, hasilnya ialah Scotch dengan nota madu, buah-buahan segar, rempah yang beraneka dan rasa berasap yang jelas.

Mengulas tentang perjalanan runcit yang eksklusif, Dayalan Nayager, Pengarah Urusan, Global Travel berkata, "Sempena musim perayaan ini, hebat rasanya apabila berupaya mencipta hadiah unik daripada jenama wiski yang begitu ikonik. Reka bentuk indah pada botol Johnnie Walker Blue Label Tahun Anjing Edisi Terhad menonjolkan kualiti wiski di dalam botol. Ia merupakan hadiah sempurna untuk para pelancong bagi meraikan saat istimewa tahun ini."

Hadiahi diri anda atau insan istimewa dengan hadiah eksklusif tahun ini. Kini, para pelancong boleh membeli botol Johnnie Walker Blue Label Tahun Anjing Edisi Terhad di kedai-kedai bebas cukai terpilih di seluruh dunia, dengan harga GBP175 RRSP bagi botol 1 liter.

[1]The IWSR 2017- berdasarkan data jumlah dan nilai 2016  

[2] Pertandingan Wiski Antarabangsa 2015, 2016  

Nikmati Johnnie Walker secara berhemah

http://www.DRINKiQ.com

Source: Johnnie Walker
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages New products/services