omniture

TPMS Bakal Kurangkan 14,5 Juta Tan CO2 Setiap Tahun - dan Banyak Nyawa

NIRA Dynamics AB
2017-12-22 00:32 912

LINKÖPING, Sweden, 22 Disember 2017 /PRNewswire/ --

Pemasangan TPMS mandatori dalam semua kereta adalah efektif, menurut kajian OICA seluruh EU baharu. 

Sejak tahun 2014, kereta-kereta baharu di EU perlu dilengkapi dengan Sistem Pengawasan Tekanan Tayar (TPMS). Terdapat dua jenis sistem iaitu dTPMS berasaskan perkakas dan iTPMS berasaskan perisian. Tujuan kajian adalah untuk mengkaji sama ada kedua-dua jenis TPMS menjalankan fungsinya, iaitu tayar yang dipam dengan baik, mengurangkan emisi CO2 dan meningkatkan keselamatan lalu lintas.

generated by system

generated by system

Dengan kerjasama OICA, NIRA Dynamics bersama-sama Dunlop Tech, TÜV Nord dan TÜV Süd memeriksa hampir 1500 kereta di Sweden, Jerman dan Sepanyol antara bulan Disember 2016 dan Ogos 2017. Tekanan pengepaman, dimensi dan suhu tayar, keadaan beban dan kelengkapan TPMS bagi kereta yang dipilih secara rawak di stesen-stesen minyak serta pusat membeli belah dikumpulkan.

"Ini merupakan kali pertama kajian sedemikian merangkumkan kenderaan dengan dTPMS, iTPMS dan kenderaan tanpa TPMS. Terdapat lobi yang kuat yang mendakwa iTPMS berkualiti rendah berbanding dTPMS, mungkin disebabkan margin keuntungan yang lebih tinggi bagi sistem berasaskan perkakas, tetapi tanpa menyatakan bukti berbentuk fakta. Bersama-sama OICA, kami hanya ingin mengetahui fakta sebenar dan menamatkan perbincangan ini buat selama-lamanya. Dengan itu, kami mula mengumpul data daripada dunia sebenar dan turut melibatkan rakan-rakan kongsi lain bagi memastikan segala-galanya dilakukan dengan tepat dan betul," kata Jörg Sturmhoebel daripada NIRA Dynamics.

Keputusan penting adalah kereta yang dilengkapi TPMS, bebas teknologi, mempunyai purata tekanan pengempaman tayar 3% lebih tinggi berbanding kereta tanpa TPMS. Dengan tayar yang dipam dengan betul bergolek dengan lebih ringan, ini membawa kepada pengurangan penggunaan bahan api kira-kira sebanyak 0,3%. Nilai ini mungkin rendah, tetapi buat semua kereta penumpang di EU, ini akan membawa kepada pengurangan kira-kira 14,5 juta tan emisi CO2 setiap tahun.

Dari segi keselamatan, pemasangan TPMS mengurangkan jumlah tayar yang amat rendah angin sebanyak lebih 50%. Tayar yang amat rendah angin yang didapati dalam kajian ini adalah sama ada terdapat pada semua kereta tanpa TPMS atau telahpun dikesan oleh TPMS di dalam kereta, tetapi pemandu memilih untuk mengabaikan amaran berkenaan. Meskipun segelintir pemandu tidak memahami kepentingan penyelenggaraan tayar, TPMS akan menyelamatkan sekurang-kurangnya 60 nyawa dan lebih 3000 kecederaan setiap tahun di EU.

Maklumat lanjut dan latar belakang disediakan di https://itpmsadvantage.com/

LATAR BELAKANG NIRA: Ditubuhkan pada tahun 2001 dan beribu pejabat di Sweden, NIRA Dynamics ialah peneraju bagi pelakuran sensor, menyediakan perkhidmatan bernilai tambah yang berkesan kos untuk keselamatan, bantuan pemandu lanjutan, dan fungsi  autonomi dalam industri kenderaan global. Para pelanggan terdiri daripada beberapa pengeluar kereta yang terkemuka di dunia, seperti Audi, Volkswagen, Seat, Skoda, Volvo, Fiat dan Renault.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Johan Hägg, Ketua Pemasaran dan Jualan
Telefon: +46-700-454056
E-mel: johan.hagg@niradynamics.se

Source: NIRA Dynamics AB
Keywords: Auto Transportation Travel Survey, Polls & Research