omniture

Siri Honor X Raih Pencapaian Penting Jualan 40 Juta Unit Dengan Sokongan Hebat Daripada Pengguna Seluruh Dunia

Honor
2017-12-22 11:05 838

SHENZHEN, China, 22 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Honor, e-jenama telefon pintar yang terkemuka, mengumumkan pada Ulang Tahun ke-4nya bahawa siri Honor X, termasuk telefon pintar daripada siri Honor 4X hingga Honor 7X, mencapai prestasi jualan yang luar biasa dengan lebih 40 juta unit terjual dalam pasaran global. Siri Honor X menawarkan ciri-ciri premium yang terkini pada tahap yang boleh diakses oleh para pengguna seluruh dunia. Honor 7X yang terkini menunjukkan komitmen ini dengan membuat penampilan sulung global dengan jayanya bagi telefon pintar tanpa bingkai terkini, yang menawarkan nilai hebat buat para pengguna.

Siri Honor X capai prestasi jualan luar biasa dengan lebih 40 juta unit terjual dalam pasaran global.
Siri Honor X capai prestasi jualan luar biasa dengan lebih 40 juta unit terjual dalam pasaran global.

Honor 7X mempunyai skrin 18:9 tanpa bingkai hujung-ke-hujung yang dapat meningkatkan pengalaman tontonan serta permainan mudah alih dengan ketara. Peranti kebanggaan baharu ini dikonfigurasi dengan hebat untuk beroperasi dengan lancar, menjadikannya teman ideal untuk pengguna ketika mereka bekerja, berkomunikasi dan bermain.

Honor 7X dilancarkan di China pada Oktober 2017 dan baru-baru ini ia turut tersedia untuk pengguna seluruh dunia. Di China, telefon pintar baharu tersebut mencapai keputusan jualan yang luar biasa semasa "Hari Bujang", festival membeli belah tahunan yang paling penting, pada 11 November tahun ini. Sebanyak 300,000 unit Honor 7X dijual dalam tempoh dua jam pertama pada Hari Bujang melalui Tmall.com, platform runcit dalam talian yang terbesar di China yang dikendalikan oleh Alibaba, menjadikan telefon pintar menempati kedudukan teratas bagi jualan paling laris secara keseluruhan dengan julat harga antara RMB 1,000 hingga 1,999.

Telefon pintar baharu turut menerima maklum balas pengguna dan hasil jualan yang positif di serata dunia. Berbanding Honor 6X, jualan Honor 7X adalah dua kali ganda lebih tinggi pada dua minggu pertama pelancaran globalnya di London, iaitu pada 5 Disember.

Di India, Honor 7X menerima tindak balas yang luar biasa daripada para pengguna. Tiga pusingan jualan kilat dengan bilangan Honor 7X yang terhad diumumkan di India sebaik pelancaran globalnya, manakala 20,000 unit telah terjual dalam masa sejam bagi setiap jualan kilat berkenaan.

Di Rusia, yang mana Honor merupakan antara tiga jenama telefon pintar terbaik, jualan Honor 7X adalah tiga kali ganda lebih tinggi berbanding Honor 6X sepanjang dua minggu pertama pelancaran globalnya, mempercepatkan kadar momentum yang sudahpun mantap di negara.

Di Amerika Syarikat, Honor 7X mencapai pertumbuhan 250% bagi pesanan prabayar mulai 5 Disember hingga 14 Disember berbanding jualan Honor 6X semasa 10 hari pertama pelancaran sulungnya.

Telefon pintar ini juga sedia untuk dibeli daripada pasaran-pasaran terpilih, termasuk Eropah (United Kingdom, Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol, Poland, Ukraine dan Turki), Rusia, Amerika Syarikat, Timur Tengah (Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi dan Iran), India serta Malaysia.

Menerusi pengalaman tontonan skrin penuh yang tiada tandingan pada takat harga yang amat kompetitif, Honor 7X mendapat sokongan daripada pengguna seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut tentang Honor 7X, sila layari http://www.hihonor.com/global/products/mobile-phones/honor7x/index.html.

Latar Belakang Honor 

Honor ialah sebuah e-jenama telefon pintar terkemuka yang bernaung di bawah Huawei Group. Seiring dengan slogannya "Untuk yang Berani" ("For the Brave"), jenama dicipta bagi memenuhi keperluan pengguna digital menerusi produk-produk yang dioptimumkan dengan fungsi internet, yang menawarkan pengalaman pengguna yang unggul, menginspirasikan aksi, memupuk daya kreativiti dan memperkasa golongan muda untuk mencapai impian mereka. Dengan berbuat demikian, Honor telah menjadikannya unik dengan menonjolkan keberaniannya melakukan perkara berbeza serta mengambil langkah yang diperlukan untuk mengalu-alukan kehadiran teknologi dan juga inovasi terkini untuk pelanggannya.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Honor secara dalam talian di www.hihonor.com atau ikuti kami melalui:

https://www.facebook.com/honorglobal/ 
https://twitter.com/Honorglobal 
https://www.instagram.com/honorglobal/ 
https://www.youtube.com/honorglobal

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Burson-Marsteller Hong Kong

Reed Li 
+852 2963 6719 
reed.li@bm.com

Alice Du 
+852 2963 6767 
alice.du@bm.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171221/2020446-1

Source: Honor
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Telecommunications Telecommunications Equipment Wireless Communications