omniture

SolarWorld: Syurga Dikuasakan Suria

SolarWorld Industries GmbH
2017-12-25 09:29 759

BONN, Jerman, 25 Disember 2017/PRNewswire/ -- SolarWorld membekalkan modul suria dengan kapasiti 150 kWp untuk sebuah stesen kuasa hibrid di pulau Ellaidhoo, Maldives. Pada masa akan datang, tetamu di Hotel Ellaidhoo Maldives akan dibekalkan dengan tenaga suria yang bersih, dan sebagai hasilnya, sifat unik terumbu karang akan terpelihara. Resort hotel ini diperakui dengan Green Globe.

Penyelesaian suria monohabluran berkualiti tinggi yang disediakan oleh SolarWorld membolehkan pulau ini memenuhi keperluan para pelancong tanpa bunyi dan pencemaran yang tidak diingini. Kekurangan ruang di pulau ini, yang hanya berkeluasan 60.000 meter persegi, dan jaraknya yang sangat hampir dengan laut, bermakna modul suria diperlukan dengan kecekapan dan ketahanan yang tinggi. Itulah sebabnya kontrak ini dianugerah kepada SolarWorld Partner, Alpha Solar Energy Systems (SolarTherm). SolarWorld ialah yang pertama membangunkan apa yang dikenali sebagai "teknologi PERC" untuk sel suria yang berkecekapan tinggi ke kematangan perindustrian, dan terkenal kerana modul solar  yang panjang jangka hayat dan  yang sangat berkualiti.

Dr.-Ing. E.h. Frank Asbeck, Pengarah Urusan SolarWorld Industries GmbH: "Di Maldives, perubahan cuaca telah menjadi realiti yang dirasai setiap hari. Di sini, sebuah syurga sedang berdepan dengan risiko. Ini semakin menjadikan peralihan bekalan tenaga tempatan daripada bahan api fosil kepada tenaga suria suatu perkara penting. Namun, kita hanya boleh menyelamatkan syurga-syurga ini sekiranya langkah yang sama diambil di seluruh dunia. Sistem tenaga suria SolarWorld bersedia untuk menghadapi cabaran ini: andal, berprestasi tinggi dan diperbuat di Jerman daripada sumber pengeluaran yang mampan."

Secara keseluruhannya, tapak pengeluaran SolarWorld memberikan 75 MW modul suria pada kepada rantau Asia Selatan untuk penjanaan kuasa bersih untuk pelancongan, industri dan bangunan kediaman.

Gambar dan maklumat lanjut di http://www.solarworld.de/en/press/solarpoweredparadise

Hubungi
SolarWorld Industries GmbH
Martin-Luther-King-Str. 24
53175 Bonn, Jerman
Tel.: +49(0)3731/301-4624
press@solarworld.de 
http://www.solarworld.de

Source: SolarWorld Industries GmbH
Keywords: Alternative Energies Green Technology Oil/Energy Utilities