omniture

Penghantaran modul YTD JA Solar ke India capai 1GW dalam tahun 2017

JA Solar Holdings Co., Ltd.
2017-12-25 10:52 1003

BEIJING, 25 Disember 2017 /PRNewswire/ -- JA Solar Holdings Co., Ltd. ("JA Solar"), salah sebuah pengeluar terbesar produk kuasa suria berprestasi tinggi di dunia, hari ini mengumumkan bahawa penghantaran modul pada tahun 2017 syarikat telah mencapai kapasiti 1GW setakat tahun ini (YTD). Sebagai pengeluar kuasa suria kedua terbesar dengan 10% bahagian pasaran di India, JA Solar telah menjadi syarikat kuasa suria yang berkembang pesat di negara ini dalam tempoh dua tahun lalu.  

Modul 1GW yang dihantar ke India mewakili kapasiti penjanaan elektrik sebanyak kira-kira 1.7 bilion kWh, yang boleh mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 1.47 juta tan setahun. Ini juga menandakan pencapaian penting dalam menggalakkan pembangunan tenaga baharu dalam negara. Sejak penghantaran modul pertama ke India dalam tahun 2011, JA Solar telah berkembang dengan cepat di rantau ini dengan mewujudkan perkongsian strategik dengan pembangun tempatan, syarikat-syarikat EPC, pengeluar kuasa bebas dan rakan kongsi penting yang lain. Syarikat percaya bahawa kualiti cemerlang dan keandalan tinggi modulnya, digabung dengan kedudukan kewangan yang kukuh dan jaringan jualan dan perkhidmatan global yang luas terus memacu penerimaan pasaran dan meraih reputasi cemerlang di kalangan para pelanggan.

JA Solar mencapai kualiti ini dengan memanfaatkan barisan pengeluarannya yang maju dan makmal R&D yang ekstensif. Sebagai contoh, dengan teknologi dan skala pengeluaran sel bertaraf dunia, JA Solar merupakan syarikat pertama di dunia yang menggunakan teknologi cetakan dua kali untuk semua barisan pengeluaran sel. Syarikat juga mencapai pengeluaran besar-besaran 100% sel tahan-PID dan anti PID dua-85 untuk semua modul. Selain itu, komponen-komponen terbaik dalam kelasnya membolehkan modulnya lulus ujian keandalan jangka panjang dan ketahanan alam sekitar. Modul JA Solar memberikan prestasi cemerlang dalam pelbagai keadaan persekitaran yang teruk yang merupakan ciri pasaran India.

"India muncul sebagai salah sebuah pasaran PV terbesar dunia dan JA Solar berada di kedudukan terbaik untuk terus memperoleh bahagian pasaran di rantau ini. Kami tetap memberi tumpuan untuk meneruskan inovasi selanjutnya dalam teknologi PV suria untuk meningkatkan kecekapan sel dan modul lebih jauh lagi. Kami percaya ini akan membolehkan kami terus menyediakan pelanggan kami dengan modul yang tinggi keandalan dan perkhidmatan unggul," kata En. Baofang Jin, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif JA Solar.

JA Solar ialah pengeluar terkemuka dunia bagi wafer, sel dan modul silikon yang digunakan dalam sistem PV suria. Menjelang akhir tahun 2017, kapasiti pengeluaran untuk setiap kategori dijangka mencecah 3 GW, 6.5 GW dan 7 GW masing-masing. Diasaskan pada tahun 2005, JA Solar mempunyai jumlah penghantaran kumulatif lebih daripada 25 GW. Syarikat menjalankan perniagaan di lebih daripada 100 negara di seluruh dunia.

Source: JA Solar Holdings Co., Ltd.
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities