omniture

Bandar Korea Selatan bakal rasmi pesta memancing dalam ais tahunan pada 6 Januari

NARA Foundation
2017-12-25 11:13 1110

HWACHEON, Korea Selatan, 25 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Lebih daripada sejuta pelawat dijangkakan akan mengharungi cuaca dengan kemungkinan suhu di bawah sifar pada 6 Januari untuk menyertai perasmian pesta memancing dalam ais, yang dianjurkan oleh NARA Foundation, di pekan Hwacheon Korea Selatan berhampiran sempadan Korea Utara, kata penganjur pada hari Khamis.

Foto fail 2017 ini menunjukkan para pelawat menyaksikan sancheoneo, sejenis ikan trout gunung, ketika Pesta Ais Hwacheon Sancheoneo tahunan
Foto fail 2017 ini menunjukkan para pelawat menyaksikan sancheoneo, sejenis ikan trout gunung, ketika Pesta Ais Hwacheon Sancheoneo tahunan

Pernah digelar oleh CNN sebagai salah satu daripada "Tujuh Keajaiban Musim Sejuk", Pesta Ais Hwacheon Sancheoneo dijadualkan berlangsung sehingga 28 Januari di Sungai Hwacheon dalam bandar bergunung-ganang dengan nama yang sama yang terletak 120 kilometer di timur laut Seoul.

Seramai sehingga sejuta orang akan membanjiri bandar tersebut, yang mempunyai penduduk seramai 27,000, untuk menjatuhkan tali melalui lubang dalam ais dan menangkap "sancheoneo" – spesies ikan trout yang hidup hanya dalam air tawar berkualiti tinggi.

Mengenakan kemeja T dan seluar pendek, para pelawat melompat ke dalam air berais untuk menangkap ikan dengan tangan kosong semasa wilayah tersebut dilanda gelombang sejuk, dengan merkuri turun serendah -10 darjah Celsius.

Dua daripada faktor kejayaan pesta itu ialah cuaca beku di wilayah Hwacheon, di mana sungai-sungai membeku paling awal di negara itu, dan tarikan alam semula jadi yang terpelihara dengan baik di wilayah tempat sancheoneo hidup.

Diadakan buat kali pertama dalam tahun 2003, pesta itu kini merupakan yang ke-15 dalam bulan Januari sebelum kerajaan menggelarnya sebagai salah sebuah pesta paling berpotensi dalam tahun 2006 dan mengekalkan gelaran pesta paling mewakili Korea Selatan untuk kali keempat berturut-turut dalam bulan Januari tahun ini.

Pesta Korea Selatan ini telah menarik lebih daripada sejuta pelancong, termasuk pelancong asing, untuk 11 tahun berturut-turut, menyertai senarai empat pesta terkenal di dunia seiiring dengan Pesta Salji Sapporo, Pesta Ais dan Arca Salji Antarabangsa Harbin China dan Karnival Musim Sejuk Quebec Kanada.

Seramai 102,000 orang dari luar, tertinggi setakat ini, melawat pesta 2017 ini pada bulan Januari. Banyak saluran berita asing yang melaporkan fenomena citra pelancong berkumpul di atas ais yang mencuba nasib untuk menangkap ikan.

Pesta sancheoneo bulan Januari akan menutup tirai 12 hari sebelum Olimpik Musim Sejuk 2018 akan diadakan pada 9 – 25 Februari di bandar-bandar berhampiran PyeongChang, Gangneung dan Jeongseon, semuanya terletak dalam Wilayah Gangwon.

Para penganjur telah mempromosi pesta ini di pameran melancong antarabangsa seluruh dunia berikutan perjanjian mereka dengan agensi-agensi pelancongan di negara-negara Asia Tenggara untuk mempromosi pesta musim sejuk itu.

"Kami akan memberikan usaha tertinggi kami untuk mempersiapkan acara ini supaya dapat menyediakan orang asing serta rakyat Korea dengan pengalaman musim sejuk Korea yang tidak akan dapat dilupakan."

Perhubungan media:
Yoo, Sung-Young
nara3005@gmail.com
+82-33-441-7574

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171221/2020452-1

Source: NARA Foundation
Keywords: Sporting Events Sports Travel