omniture

Platform pemasaran restoran global REDTABLE luaskan saluran jualan dari Tanah Besar China ke seluruh Asia

K-ICT Born2Global Centre
2017-12-26 15:45 828

SEOUL, Korea Selatan, 26 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Platform pemasaran restoran global REDTABLE baru-baru ini menandatangani kontrak pembekalan dengan agensi pelancongan terkemuka dalam talian di Taiwan, Jepun, dan Singapura untuk menyediakan pelanggan di seluruh Asia dengan produk pelancongan makanan Korea.

REDTABLE will be expanding its sales channels from Greater China to encompass all of Asia through its new contracts with KKDAY, VOYAGIN, and BEMYGUEST.
REDTABLE will be expanding its sales channels from Greater China to encompass all of Asia through its new contracts with KKDAY, VOYAGIN, and BEMYGUEST.

Pusat K-ICT Born2Global mengumumkan yang anak syarikatnya REDTABLE akan meluaskan saluran jualan dari Tanah Besar China sehingga meliputi seluruh Asia menerusi kontrak baharunya dengan KKDAY, VOYAGIN, dan BEMYGUEST.

Dengan menggunakan teknologi analitik miliknya dan juga dengan mengumpulkan data besar global, REDTABLE memperkenalkan restoran-restoran yang popular dalam kalangan orang Korea kepada para pelancong asing. Ia juga menyediakan perkhidmatan tempahan yang membolehkan pelanggan membuat tempahan dan pembayaran menggunakan telefon pintar mereka.

Agensi pelancongan dalam talian Taiwan yang terkenal, KKDAY ialah sebuah platform pelancongan berasaskan web yang menjual lawatan harian, pas kenderaan, dan tiket untuk persembahan serta pelbagai jenis pengalaman pelancongan yang lain kepada pelancong FIT. Ia bekerjasama dengan lebih 300 syarikat rakan kongsi dan menawarkan lebih 6,000 produk pelancongan.

VOYAGIN ialah sebuah platform pelancongan dalam talian yang menawarkan lawatan bersiar-siar, tiket ke tempat-tempat menarik, dan tempahan restoran berbintang Michelin di lebih 50 buah negara, termasuk Jepun, Singapura, Korea, dan Indonesia.

BEMYGUEST ialah sebuah platform tempahan aktiviti dan lawatan dalam talian berpangkalan di Singapura. Para pelancong dari pelbagai negara mengguna dan menikmati aktiviti, kawasan tarikan pelancong, dan produk lawatan harian yang dijual menerusi BEMYGUEST.

Ketua Pegawai Eksekutif REDTABLE Do Hae-Yong berkata, "Lebih 50% pelancong Jepun dan Asia Tenggara sedang belajar mengenai makanan Korea menerusi media sosial dan travelog. Dengan minat terhadap makanan Korea yang semakin meluas di seluruh dunia, lebih ramai pelancong membuat tempahan awal di restoran-restoran Korea, sama seperti mereka membuat tempahan untuk tiket penerbangan dan hotel."

REDTABLE menerima anugerah pada Pertandingan Perusahaan Pelancongan 2017 yang diadakan oleh Organisasi Pelancongan Korea (KTO) dan kini mengendalikan saluran jualan pelancongan makanan terbanyak di kalangan syarikat korporat Korea. Saluran jualannya termasuk: agensi pelancongan utama China, iaitu Ctrip, Tuniu, TongCheng, Qiongyou, dan Alitrip; Dianping, laman sesawang yang menyediakan ulasan restoran terbesar di China; syarikat perdagangan sosial Meituan; dan KLOOK sebuah platform yang menjual pakej aktiviti pelancongan di seluruh Asia Tenggara. REDTABLE juga bekerjasama dengan Kerajaan Metropolitan Seoul untuk membangunkan papan menu mudah alih dalam pelbagai bahasa yang direka untuk menggiatkan semula industri pelancongan makanan di bandar itu dan telah menjadi rakan kongsi KTO bagi sebuah projek pelancongan yang mengiklankan restoran-restoran berbintang Michelin dan restoran-restoran hidangan diraja Korea kepada pelancong Cina.

http://www.redtable.global/company/ 
www.born2global.com

Jina Lee
jlee@born2global.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171221/2020526-1

Source: K-ICT Born2Global Centre
Keywords: Banking/Financial Service Electronic Commerce Restaurants Travel Contracts