omniture

FAN ID Kini Dihantar ke Pusat Permohonan Visa Global VFS

Ministry of Telecom and Mass Communications of the Russian Federation
2017-12-28 00:33 754

MOSCOW, 28 Disember 2017 /PRNewswire/ --

Kementerian Komunikasi dan Media Massa Persekutuan Rusia mengumumkan penambahan saluran penyerahan FAN ID di negara-negara berbeza. Warga asing yang merancang untuk menonton perlawanan FIFA World Cup™ 2018 dan telahpun memesan FAN ID kini boleh mendapatkannya di Pusat Permohonan Visa Global VFS.

generated by system

generated by system

FAN ID boleh dikeluarkan di 165 Pusat Permohonan Visa Global VFS yang terletak di seluruh dunia. Di sesetengah negara, iaitu China, Great Britain, Turki, Switzerland, Poland, India, Latvia dsb, terdapat beberapa Pusat Permohonan Visa Global VFS yang kini dibuka dan para peminat boleh memilih pusat permohonan yang paling memudahkan penghantaran FAN ID mereka.

"Kami bersedia mengeluarkan sehingga 2 juta FAN ID kepada penonton FIFA World Cup™ 2018. Pendaftaran dan pengeluaran FAN ID kini dibuka secara rasminya. Kami menyeru semua peminat antarabangsa yang memegang tiket perlawanan atau membuat permintaan pembelian tiket yang disahkan oleh FIFA untuk memesan FAN ID dan memohon agar ia dihantar ke salah sebuah Pusat Permohonan Visa Global VFS atau melalui pos. FAN ID dihantar kepada pihak penerima luar negara sebagai bungkusan kecil berdaftar oleh Russian Post," kata Andrei Romankov, Timbalan Pengarah Jabatan Projek Strategik Kementerian Komunikasi.

FAN ID ialah kad penonton peribadi yang merupakan sebahagian daripada sistem pengenalan peminat bola sepak yang dicipta di Rusia.

FAN ID digunakan buat julung kalinya dalam sejarah perlawanan FIFA semasa Piala Konfederasi FIFA 2017. FIFA amat menghargai inisiatif oleh Persekutuan Rusia untuk menyediakan semua peminat dengan pasport khas.

Setiap individu yang telah membeli tiket perlawanan perlu mendapatkan FAN ID. Bagi mendapatkannya, individu tersebut perlu mengisi borang permohonan di http://www.fan-id.ru/ atau mendaftar di salah sebuah Pusat Pengagihan FAN ID yang terletak di Persekutuan Rusia. Menerusi gabungan dengan tiket perlawanan, FAN ID menyediakan akses pantas dan mudah ke stadium untuk semua penonton. Penonton asing dan individu tanpa kerakyatan boleh memasuki Rusia tanpa visa dengan FAN ID. Ia juga melayakkan penonton untuk menaiki kereta api khas secara percuma yang menghubungkan bandar-bandar tuan rumah dan pengangkutan awam bandar-bandar tuan rumah pada hari perlawanan.

FAN ID ialah dokumen peribadi yang dikeluarkan secara percuma untuk semua perlawanan FIFA World Cup™ 2018.

Pautan berkaitan:  

http://www.fan-id.ru/

https://www.facebook.com/FanId2017/

https://www.instagram.com/fan.id.2017/

https://www.youtube.com/channel/UCMuOVVSVA4sZ1KaQL8DZEFw

https://twitter.com/Fan_Id_2017

Source: Ministry of Telecom and Mass Communications of the Russian Federation
Keywords: Sporting Events Sports