omniture

Mesyuarat penjagaan kesihatan oleh Conference Series: Titik tumpuan untuk pakar perubatan dan golongan profesional perubatan

OMICS International
2017-12-28 00:41 535

Jadual persidangan OMICS Group 2018 disiar

LONDON dan SINGAPURA, 28 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Conference Series dengan tujuan mulia untuk berganding bahu dengan persatuan-persatuan perubatan dan penjagaan kesihatan dalam usaha mereka membanteras wabak kesihatan, bagi melengkapi mereka dengan pengetahuan yang diperlukan berhubung trend-trend terkini dalam bidang penjagaan kesihatan dan untuk menyediakan pendidikan berterusan, menganjurkan persidangan perubatan dan penjagaan kesihatan di seluruh Amerika, Eropah dan Asia bersama lebih 1000 komuniti saintifik. Sebagai salah satu pakar utama dunia dalam menganjurkan persidangan saintifik dan perubatan, acara perdagangan dan pameran pengguna di dalam dan luar negara menerusi industri menegak dan mendatar yang berbeza seperti Perubatan, Farmaseutikal, Kejuruteraan, Sains, Teknologi dan Perniagaan, Conference Series menarik lebih 50 juta pengunjung, lebih 25000 pengunjung unik bagi setiap persidangan dan lebih 75000 paparan halaman untuk setiap persidangan individu akan membantu mengukur tahap keterlihatan penyelidikan dan biografi pembentang kami kepada komuniti dalam talian dan mendapat pengiktirafan di seluruh dunia.

Mengulas tentang acara ini, Dr. Srinubabu Gedela, menambah, dengan sokongan daripada industri dan bidang akademik OMICS Group serta subsidiari-subsidiarinya berupaya mengadakan 3,000 acara tahunan global di 40 negara bagi tahun 2018. Persidangan-persidangan penjagaan kesihatan sebagai peristiwa penting, yang menghimpunkan gabungan antarabangsa unik yang terdiri daripada syarikat-syarikat penyelidikan dan diagnostik perubatan dan klinikal bersaiz besar dan sederhana, universiti-universiti terkemuka dan institusi-institusi penyelidikan perubatan. Beliau menganggap persidangan-persidangan ini sebagai platform sempurna untuk berkongsi pengalaman, memupuk kolaborasi merentasi industri dan dunia akademik.

Tahun ini, mesyuarat tahunan conference series memperkenalkan trek baharu bagi tujuan pemindahan teknologi, pengkomersialan dan pemasaran di semua mesyuarat tahunan utama. Syarikat-syarikat baharu dan juga para usahawan yang sedang meningkat naik boleh menyampaikan ucapan dan mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka bagi menarik pendedahan unggul dalam kalangan pembeli, vendor dan pelabur utama.

Dr. Srinubabu Gedela menambah lagi, "Jurnal-jurnal akses terbuka bersiap sedia untuk meruntuhkan penguasaan penyelidikan maklumat dan saintifik global bagi merapatkan jurang pengetahuan. Pertumbuhan yang berjaya dan besar-besaran bagi organisasi pada dekad lalu dapat dijayakan hasil sumbangan kolektif antara pengarang, penyunting, pengulas dan kakitangan yang berdedikasi."

Latar Belakang: OMICS International bersama lebih 3000 kakitangannya menjadi perintis dalam usaha menyebarkan maklumat saintifik tentang penjagaan kesihatan menerusi jurnal akses terbuka. Dengan sokongan lebih 50000 saintis bertauliah sebagai ahli-ahli lembaga editorial OMICS Group mampu meningkatkan jumlah jurnal daripada 10 jurnal pada tahun 2009 menjadi 1000 jurnal ulasan rakan sejawat pada tahun 2017 dengan peningkatan jumlah pembaca sebanyak 50 juta. ConferenceSeries.com oleh OMICS International menganjurkan lebih 3000 mesyuarat tahunan global.

Hubungi: 1-650-618-9867, ceo@omicsgroup.orgcontact.omics@omicsonline.org

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/431540/OMICS_International_Logo.jpg

 

Source: OMICS International
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Trade show news