omniture

Perayaan Malam Tahun Baharu Downtown Dubai 'Light Up 2018' yang menakjubkan memikat dunia

Emaar Properties
2018-01-02 00:37 442

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 2 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Emiriah Arab Bersatu memukau dunia pada Malam Tahun Baharu ini dengan tontonan yang mempesonakan yang mengiringi masuk tahun 2018. Downtown Dubai 'Light Up 2018' Emaar menjadi tuan rumah bagi lebih sejuta pengunjung dari seluruh dunia dan mencapai lebih daripada 2.5 bilion orang melalui siaran langsung televisyen dan penstriman langsung media sosial.

The UAE ushers in the New Year with Emaar’s ‘Light Up 2018’ Downtown Dubai spectacle that also celebrated the ‘Year of Zayed’ being marked by the nation
The UAE ushers in the New Year with Emaar’s ‘Light Up 2018’ Downtown Dubai spectacle that also celebrated the ‘Year of Zayed’ being marked by the nation

Emaar's 'Light Up 2018' juga turut merangkul GUINNESS WORLD RECORD untuk pertunjukan 'cahaya dan bunyi terbesar di sebuah bangunan' yang dipentaskan di Burj Khalifa, merangkumi kawasan permukaan seluar 109,252 meter persegi - lebih daripada sekali ganda rekod terdahulu.

Mohamed Alabbar, Pengerusi Emaar Properties, berkata: "Emiriah Arab Bersatu dan kepimpinannya memberi inspirasi kepada dunia melalui pencapaian cemerlang dan pada masa yang sama mewujudkan peluang bagi orang ramai dan perniagaan untuk berkembang maju. Persembahan 'Light Up 2018' merupakan penghargaan kami kepada negara, meraikan pencapaiannya, dan meletakkan Emiriah Arab Bersatu di peta global sebagai hab pertemuan dan jalinan hubungan minda yang menginspirasikan."

'Light Up 2018' memerlukan pemasangan lampu, alang dan aksesori seberat 118.44 tan, dan kabel sepanjang 28.7 km. Pertunjukan ini mengubah Downtown Dubai menjadi salah satu tempat paling terang di dunia, dengan ukuran 76.3 juta lumens kecerahan. Laser dengan koreografi yang terperinci, disahkan sebagai benar-benar selamat kepada mata manusia, dan mentol LED cekap tenaga dicangkuk menggunakan tali sepanjang 25.3 km dan disokong oleh 20 tan kelengkapan pemasangan keluli tersuai khas.

Lebih 40 laser luaran khas, 230 lampu sorot Xenon kuasa tinggi dan 280 lampu pancaran bergerak dilancarkan, disokong oleh pencahayaan tertinggi dan pemasangan laser di dunia pada 828 meter - ketinggian Burj Khalifa. Lebih daripada 300 profesional bekerja di tapak termasuk 100 pakar akses tali; secara kolektif mereka telah berjalan lebih daripada satu juta kilometer untuk menyertai projek ini.

Pancaran laser yang bertenaga dan panel LED 1.1 juta piksel baharu Burj Khalifa menerangi dengan motif dan corak yang menginspirasikan dalam pelbagai warna. Pertunjukan laser, cahaya dan pancuran air memberi penghormatan kepada Emiriah Arab Bersatu dan Dubai; dan menampilkan gambaran abstrak unsur-unsur alam semula jadi. Kemuncaknya ialah penghormatan visual kepada bapa pengasas Emiriah Arab Bersatu, mendiang Syeikh Zayed bin Sultan Al Nahyan, bertepatan dengan waktu negara ini memperingati tahun 2018 sebagai 'Tahun Zayed'. Acara ini turut menampilkan penerbangan bebas falko dan persembahan ikon akan datang oleh Emaar, Menara Dubai Creek di Pelabuhan Dubai Creek.

Untuk maklumat terperinci, hubungi:
Kelly Home
ASDA'A Burson-Marsteller
+9714 4507 600
kelly.home@bm.com

Emaar’s ‘Light Up 2018’ spectacle clinches GUINNESS WORLD RECORDS title for the ‘largest light and sound show on a single building’ staged on Burj Khalifa
Emaar’s ‘Light Up 2018’ spectacle clinches GUINNESS WORLD RECORDS title for the ‘largest light and sound show on a single building’ staged on Burj Khalifa

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/623673/Emaar_Properties_Light_Up_2018_Dubai.jpg

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/623674/Emaar_Properties_GUINNESS_WORLD_RECORDS.jpg

Source: Emaar Properties
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Entertainment Travel Awards