omniture

Menerusi Dorongan Kejayaan Grand Depart Duesseldorf 2017, Ibu Negeri Duesseldorf Menuju Tahun Sukan 2018, Mungkin juga Kejohanan Eropah 2024

City of Duesseldorf
2018-01-02 09:32 654

DUESSELDORF, Jerman, 2 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Menjelang akhir tahun 2017, tahun yang mana ibu negeri Duesseldorf menganjurkan tiga acara sukan utama: Kejohanan Triatlon Eropah, Kejohanan Ping Pong Dunia dan Grand Départ of the Tour de France, bandar ini berpeluang melabuhkan tirai dengan positif dan mengalu-alukan tahun sukan 2018.

generated by system

generated by system

generated by system

Sebagai permulaan Jelajah Jerman pertama dalam tempoh tiga puluh tahun, lebih satu juta pengunjung dari seluruh dunia mengunjungi Duesseldorf mulai 29 Jun hingga 2 Julai 2017. Pada kadar 74 peratus, sebahagian besar daripadanya bukan dari Duesseldorf dan 25 peratus adalah dari luar negara. Walaupun hujan turun pada hari kejohanan peringkat pertama, penduduk Duesseldorf dan pengunjung meraikan acara musim panas tersebut dalam hujan.

Datuk Bandar Thomas Geisel: "Dengan menganjurkan Grand Départ, kami ingin meningkatkan kadar pemasaran bandar kami, mempromosikan Duesseldorf sebagai bandar berbasikal dan memberi petanda mantap dari segi persahabatan Perancis-Jerman dan kerjasama serantau. Kami berjaya. Tidak syak lagi: Grand Départ Duesseldorf 2017 adalah satu kejayaan hebat buat ibu negeri Duesseldorf dan mengubah profil dan imejnya di mata dunia, dan juga merupakan rakan kongsi andal di rantau ini. Ia tergambar melalui komentar dari dalam dan luar negara."

Imej yang diperoleh untuk Duesseldorf di sepanjang permulaan Jelajah adalah begitu hebat. Berdasarkan penghitungan perhubungan akhbar, kemunculan media Grand Départ Duesseldorf 2017 bermula dari 1 Ogos 2016 hingga 31 Julai 2017 melalui media sosial, cetakan dan laporan dalam talian membawa kepada nilai pengiklanan yang bersamaan dengan 343 juta Euro. Menurut analisis-analisis yang dijalankan oleh Nielsen Sport, imej-imej TV dengan tayangan selama 151 jam memberi tambahan nilai pengiklanan yang bersamaan dengan 13 juta Euro di Jerman. Di dalam negara dan di peringkat antarabangsa, bermula dari 28 Jun hingga 3 Julai 2017, 354.5 juta penonton dicapai melalui siaran langsung TV dan laporan sekunder.

Penganjuran Kejohanan Ping Pong Dunia mulai 29 Mei hingga 5 Jun juga memperlihatkan kejayaan hebat. Seramai 58,000 penonton menyaksikan perlawanan tersebut secara langsung di dewan-dewan sepanjang lapan hari perlawanan. Tayangan-tayangan perlawanan tersebut disiar ke 122 negara seluruh dunia melalui televisyen dan juga internet. Lebih 320 juta orang menonton Kejohanan Ping Pong Dunia melalui televisyen Cina.

Oleh itu, Duesseldorf mengimbau kembali dengan penuh semangat - namun hakikatnya turut memandang ke hadapan: pada tahun-tahun akan datang, antara lain perlawanan bola sepak antarabangsa antara Jerman dan Sepanyol akan diadakan mulai 23 Mac 2018 di Duesseldorf, dan mulai 23 hingga 25 Februari 2018, Grand Slam Judo yang pertama di Jerman akan turut dianjurkan. Dengan itu, Duesseldorf merupakan salah satu daripada enam lokasi bagi siri Grand Slam Judo - berserta Paris, Tokyo, Baku, Yekaterinburg dan Abu Dhabi.

Sebagai tambahan kepada perlawanan ini, sebagai contoh, ialah piala super bola baling kebangsaan, bola tampar pantai kebangsaan di Burgplatz di tengah-tengah bandar tersebut, Mesyuarat PSD Bank untuk trek dan padang, Maraton Metro Group, Trofi Juara untuk bola sepak belia dan Triatlon T3.

Walau bagaimanapun, Duesseldorf juga tidak sabar-sabar menantikan keputusan UEFA pada September 2018 terhadap negara tuan rumah Kejohanan Bola Sepak Eropah 2024, yang mana Turki membida bersama-sama Jerman. Berserta ESPRIT Arena, Duesseldorf merupakan salah satu daripada sepuluh lokasi yang mana Jerman menyertai proses bidaan UEFA bagi menganjurkan Kejohanan Eropah 2024.

Sejumlah 14 bandar dan stadium menghantar dokumen mereka dalam rangka kerja proses pembidaan nasional - dan Duesseldorf mencapai kedudukan ketiga terbaik di Jerman, yang didahului oleh Berlin dan Munich, serta yang terbaik di North Rhine-Westphalia.

"Duesseldorf boleh menjadi tempat untuk mengadakan perlawanan bola sepak antarabangsa buat julung kalinya sejak tahun 1988. Ini merupakan satu kejayaan besar buat kami. Kami berbesar hati DFB memilih Duesseldorf sebagai tempat untuk mengadakan Kejohanan Bola Sepak Eropah 2024," kata Thomas Geisel, Datuk Bandar Duesseldorf. "Tahun 2017 khususnya menunjukkan bahawa ibu negeri Duesseldorf berupaya menganjurkan acara-acara sukan antarabangsa yang utama dengan nilai keprofesionalan dan penuh semangat dengan jayanya."

Maklumat lanjut tentang ibu negeri Duesseldorf: http://www.duesseldorf.de

Hubungi:

Bandar Duesseldorf
Jabatan Media
Jurucakap Kerstin Jaeckel-Engstfeld
Telefon: +49-211-8993131
presse@duesseldorf.de

Sumber: City of Duesseldorf

Source: City of Duesseldorf
Keywords: Sporting Events Sports