omniture

Seni Ais dan Salji, Dunia Dongeng Seakan Hidup

Heilongjiang Provincial Tourism Development Commission
2018-01-02 12:51 730

BEIJING, 2 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Perbezaan suhu antara 30 darjah C dan -30 darjah C, sinar matahari dan lautan berbanding kesejukan musim sejuk, ais dan salji, ini merupakan beberapa perbezaan utama iklim dan lanskap antara Malaysia dan bahagian timur laut China. Ketika musim sejuk tiba, para pelancong dari kawasan timur laut China merancang perjalanan mereka menuju pulau-pulau tropika di bahagian selatan demi merasai kehangatan dan sinar matahari, manakala warga Malaysia pula ingin mengalami dunia dongeng arca ais dan salji di bahagian utara.

Arca Ais dan Salji Seakan-akan Hidup

Sebagai taman ais dan salji yang terbesar di dunia, lokasi yang membolehkan pakar pengukir menonjolkan pengabdian mereka kepada kesempurnaan hasil, Dunia Ais dan Salji Harbin mewujudkan pengalaman taman ajaib musim sejuk yang sebenar buat semua. Pada musim sejuk kali ini, Dunia Ais dan Salji Harbin akan menampilkan lebih 2,000 lanskap ais & salji serta lebih 30 bentuk hiburan bagi mewujudkan "Taman Musim Bunga Ais dan Salji & Dunia Besar yang Hebat" ("Spring Garden of Ice and Snow & Fantastic Grand World").

Dunia Ais dan Salji Harbin
Dunia Ais dan Salji Harbin

Ekspo Seni Arca Salji Antarabangsa Pulau Sun Harbin akan mempersembahkan koleksi seni arca salji yang terbesar di dunia. Bagi edisi tahun 2018, Ekspo ini akan menampilkan lima bahagian: "Naga dan Burung Phoenix Mengalu-alukan Pengunjung"; "Sonata Ritma Salji"; "Impian Kembali ke Ekspo Seni Arca Ais & Salji", "Gaya Kawasan Timur" dan "Simfoni Olimpik Musim Sejuk", yang membolehkan pengunjung untuk turut mempamerkan penyertaan sempena pertandingan arca salji bertaraf dunia.

Ekspo Seni Arca Salji Antarabangsa Pulau Sun
Ekspo Seni Arca Salji Antarabangsa Pulau Sun

Wilayah-wilayah timur laut China boleh dibahagikan mengikut ciri-ciri uniknya. Sebagai contoh, di Dunia Ais dan Salji Shenyang Qipanshan di Liaoning, suasana zaman purba di Dianjiangtai, Fairy Cave dan Tokong Purba Xiangyang serta salji musim sejuk merupakan padanan sempurna. Semasa berada di Jilin, sumber-sumber ekologi digabungkan dengan seni ais & salji. Tasik Songhua semasa musim sejuk menjadi seperti cermin, membolehkan asap berkepul-kepul di atas permukaannya disebabkan oleh perbezaan suhu yang ketara pada permukaan bumi, menyebabkan bunga-bunga fros membeku pada dahan-dahan di bahagian tebing bagi mencipta keajaiban embun beku lembut yang mana "ribuan pokok pir tiba-tiba berbunga". Isikel berwarna putih menonjolkan langit membiru tanpa penghujung bagi memberi peluang mengambil gambar yang sempurna kepada jurugambar.  

Kaligrafi dan Lukisan Ais & Salji: Mengubah Fana Menjadi Abadi

Di bawah jenama pelancongan "Ais dan Salji Kawasan Utara", Perikatan Promosi Pelancongan Ais dan Salji China melancarkan 5 laluan bertema, antaranya termasuk "Jelajah Seni Ais dan Salji Hebat" yang merupakan jelajah selama 7 hari ke Shenyang-Jilin-Gunung Baekdu-Tasik Jingpo-Daerah Salji-Harbin, mencakupi kesemua klasik ais dan salji di bahagian utara.

Keindahan empat musim akan meninggalkan kesan kepada pengunjung yang akan kekal sepanjang hayat memandangkan hasil karya kaligrafi dan lukisan tersebar di seluruh wilayah timur laut. Di Heilongjiang, seni ukiran ais dipamerkan seiring dengan lukisan minyak salji, ukiran ais dan pameran lukisan tangan ais & salji. Di Liaoning, sejarah dan budaya digabungkan dengan lukisan ais dan salji yang dicipta oleh pakar-pakar seni tersebut manakala ketika berada di Jilin, lukisan lanskap embun beku lembut adalah antara produk dan aktiviti yang bukan hanya boleh dihargai ketika berada di sana, tetapi boleh dibawa pulang bersama anda. Selain itu, kawasan timur laut turut mewujudkan keunikan tiga dimensi yang lebih moden terhadap penghayatan salji dan ais tradisional dengan memperkenalkan lagu dan tarian, persembahan filem dan TV serta pentas peragaan bagi menambah keajaibannya.

Memandangkan Perikatan Promosi Pelancongan Ais dan Salji China terus giat mempromosikan 7 wilayah dan kawasan perbandaran - Heilongjiang, Beijing, Jilin, Liaoning, Inner Mongolia, Xinjiang dan Hebei, seni "Ais dan Salji Kawasan Utara" akan menjadi semakin popular dan terkenal dalam kalangan para pelancong di seluruh dunia. Seni ais dan salji adalah amat cantik apabila dilihat sendiri dan kawasan timur laut tidak sabar-sabar menantikan pelancong Malaysia bagi mengalami sendiri daya tarikan ais dan salji yang tidak berkesudahan.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171228/2021827-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171228/2021827-1-b

Source: Heilongjiang Provincial Tourism Development Commission
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Travel New products/services