omniture

Hilton Kuala Lumpur menang Anugerah World Luxury Hotel yang menjadi rebutan

Hilton Kuala Lumpur
2018-01-02 20:56 690
  • terus diiktiraf sebagai yang terbaik dalam kalangan yang terbaik  ("Crème de la Crème") bagi kategori hotel mewah
  • meneruskan kehebatannya menerusi satu anugerah setiap bulan pada tahun 2017 

KUALA LUMPUR, Malaysia, 2 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Hilton Kuala Lumpur, hotel bertaraf mewah 5-bintang di Malaysia, baru-baru ini memenangi anugerah bagi kategori Hotel Perniagaan Mewah dan Hotel Bandar Mewah sempena Anugerah World Luxury Hotel yang berprestij dan menjadi rebutan, yang diadakan di St Morits.

Jamie Mead; Pengurus Besar Serantau Hilton Kuala Lumpur
Jamie Mead; Pengurus Besar Serantau Hilton Kuala Lumpur

Anugerah World Luxury Hotel ialah kemuncak pencapaian bagi hotel mewah, memberikan pengiktirafan kerana memperoleh penghormatan tetamu dan juga pengusaha industri, seperti yang diundi oleh orang awam, merentasi 99 kategori berbeza. Anugerah ini juga berperanan sebagai pengiktirafan terhadap komitmen kecemerlangan yang berterusan dalam bidang perhotelan dan pencapaian luar biasa dalam industri hospitaliti mewah antarabangsa.

Jamie Mead, Pengurus Besar Serantau Hilton Kuala Lumpur berkata, "Ini merupakan suatu penghargaan apabila dianugerahkan, bukan satu tetapi dua anugerah berprestij seperti ini. Pengiktirafan global yang berterusan tahun ini adalah suatu yang luar biasa, ia merupakan gambaran sebenar Hilton Kuala Lumpur sebagai Hotel terkemuka di rantau ini dan penunjuk untuk kami terus menyajikan kecemerlangan kepada setiap tetamu yang datang ke hotel kami."

Anugerah ini diraih setelah Hilton Kuala Lumpur dipilih sebagai Hotel Perniagaan Terbaik dan Hotel Gaya Hidup Terbaik di Malaysia sempena Anugerah Haute Grandeur Global Hotel bulan lalu, menjadikannya salah sebuah hotel yang paling banyak menerima anugerah bagi tahun 2017, menjadi penanda aras bagi industri hospitaliti di Malaysia dan Asia Tenggara.

Anugerah ini menjadi tambahan kepada senarai penghargaan yang panjang bagi tahun 2017, mengukuhkan lagi Hilton Kuala Lumpur sebagai peneraju pasaran dalam industri dan hotel gaya hidup terunggul di Kuala Lumpur, pintu masuk utama ke Malaysia.

Setakat ini, anugerah-anugerah yang dimenangi tahun ini ialah:

  • Anugerah World Travel 2017, 2016 dan 2015
    • Hotel Perniagaan Utama Malaysia – Hilton Kuala Lumpur
    • Suite Hotel Utama Malaysia – Suit Presiden di Hilton Kuala Lumpur
  • Anugerah Haute Grandeur Global Hotel 2017
    • Hotel Perniagaan Terbaik di Malaysia
    • Hotel Gaya Hidup Terbaik di Malaysia
  • Anugerah Haute Grandeur Global Spa 2017
    • Spa Kecantikan Terbaik di Malaysia
    • Spa Destinasi Terbaik di Malaysia
  • Anugerah Business Traveller 2017
    • Hotel Perniagaan Terbaik
  • Restoran Menjamu Selera Terbaik Malaysia Tatler 2017
    • Chambers Bar & Grill
    • GRAZE
    • Vasco's
    • Chynna
    • Iketeru
  • Anugerah World Luxury Hotel 2017
    • Hotel Perniagaan Mewah
    • Hotel Bandar Mewah

Latar Belakang Hilton Kuala Lumpur

Tersergam setinggi 154 meter di atas paras jalan dengan pemandangan Taman Tasik Perdana serta latar langit bandar yang menakjubkan, Hilton Kuala Lumpur memberikan kemewahan 5-bintang di lokasi yang tiada tandingan – 28 minit dengan menaiki keretapi berkelajuan tinggi terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan 33 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2). Hotel ini juga mudah diakses dari kawasan beli belah utama dan hiburan, yang terletak hanya beberapa langkah dari Nu Sentral, sebuah pusat membeli belah setinggi 9 tingkat dan ke Menara Berkembar Petronas di pusat bandar.

Hilton Kuala Lumpur telah merangkul lebih 100 anugerah sejak hotel ini dibuka pada tahun 2005. Beberapa anugerah yang diraih termasuk Anugerah World Travel bagi Hotel Perniagaan Utama Malaysia 2015, Anugerah Smart Travel 2016 – 25 Hotel Perniagaan Terhebat, Anugerah Pilihan Pembaca Going Place 2016 – Hotel 5 Bintang Terbaik, Anugerah Haute Grandeur Global Hotel 2017, Anugerah Business Traveller 2017 – Hotel Perniagaan Terbaik.

Semua 499 bilik tamu dilengkapi dengan tingkap-tingkap dari lantai-ke-siling bagi memberikan pemandangan panoramik, TV skrin rata bersaiz besar, kemudahan dan teknologi moden yang canggih berserta bilik mandi berkonsep terbuka yang lengkap dengan TV LCD dan pancuran mandian hujan. Sepuluh pilihan luar biasa bagi menjamu selera dan berhibur bermula dengan gabungan masakan yang memenangi anugerah hinggalah kepada restoran-restoran Cina dan Jepun kami yang terkenal, makan tepi kolam secara santai dengan pilihan café, bar dan bilik istirehat yang hebat. Menerusi 14 bilik mesyuarat mewah termasuk Dewan Tari Utama yang mengagumkan, Dewan Tari Tengah bersaiz sederhana dan leveL7even sofistikated untuk pelbagai acara, mesyuarat, acara dan perkhidmatan katering luar kami disediakan agar dapat memenuhi keperluan setiap acara.

Latar Belakang Hilton Hotels & Resorts  

Selama hampir seabad lamanya, Hilton Hotels & Resorts dengan bangganya mengalu-alukan kedatangan para pelancong dunia. Dengan lebih 570 hotel merentasi enam benua, Hilton Hotels & Resorts menyediakan asas bagi pengalaman perjalanan yang sukar dilupakan dan menghargai setiap tetamu yang melangkah masuk ke hotelnya. Sebagai jenama kebanggaan Hilton, Hilton Hotels & Resorts terus menetapkan standard untuk hospitaliti, menyediakan inovasi produk dan perkhidmatan baharu bagi memenuhi keperluan tetamu yang sentiasa berubah-ubah. Hilton Hotels & Resorts merupakan sebahagian daripada program Hilton Honors yang memenangi anugerah. Ahli-ahli Hilton Honors yang menempah terus melalui saluran pilihan Hilton mendapat akses kepada faedah serta merta, termasuk lungsur pembayaran anjal yang membolehkan ahli-ahli memilih daripada hampir sebarang kombinasi Mata dan wang untuk menempah penginapan, diskaun ahli eksklusif yang tidak dapat diperoleh di mana-mana, standard Wi-Fi percuma dan kemudahan digital seperti daftar masuk digital menerusi pemilihan bilik dan Kunci Digital (lokasi terpilih), disediakan secara eksklusif melalui aplikasi Hilton Honors yang utama dalam industri. Mulakan perjalanan anda di www.hilton.com dan ketahui lebih lanjut tentang jenama tersebut dengan melayari news.hilton.com atau mengikuti kami melalui Facebook, Twitter dan Instagram.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171220/2018825-1

Source: Hilton Kuala Lumpur
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Awards