omniture

Ron Perry Dipilih Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif, Columbia Records

Sony Music Entertainment
2018-01-03 00:00 401

NEW YORK, 3 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Rob Stringer, Ketua Pegawai Eksekutif, Sony Music Entertainment hari ini mengumumkan Ron Perry dipilih sebagai Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif Columbia Records. Ditempatkan di New York, Perry akan melapor diri kepada Stringer dan akan menggalas tanggungjawab untuk memimpin seluruh pengurusan Columbia, syarikat rakaman kebanyakan artis yang paling berjaya dan ikonik di dunia.


Stringer berkata, "Ron ialah seorang eksekutif berpemikiran yang amat dinamik dan berpandangan jauh, yang bijak membawakan yang terbaik daripada visi artistik. Selepas kejayaan hebat beliau sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami berasa teruja untuk mengambil Ron menyertai Sony Music dan memimpin pasukan hebat serta barisan artis yang tiada tandingan dalam syarikat rakaman Columbia Records yang legenda ini."

Perry berkata, "Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Rob atas peluang hebat untuk mengendalikan syarikat rakaman terunggul dalam sejarah muzik ini. Memulakan langkah sebagai kurator syarikat bersejarah ini ialah pencapaian kerjaya tertinggi dan paling mengharukan yang pernah saya bayangkan. Columbia Records berjaya bertahan dalam tempoh yang panjang sebagai syarikat rakaman terkemuka dalam industri bagi bintang-bintang paling hebat di dunia. Rob telah menyerahkan pasukan yang amat berbakat di Columbia. Saya berharap dapat meneruskan kejayaan beliau, di samping memupuk bakat artis-artis baharu yang inovatif dari segi budaya dan memperluas perkhidmatan tiada tandingan yang disediakan oleh Columbia menuju masa depan."

Perry, 38, menyertai Columbia daripada SONGS Music Publishing, yang mana beliau menjawat jawatan Presiden, dan merupakan rakan kongsi minoriti yang penting sejak ia ditubuhkan pada tahun 2004. Melalui peranan tersebut, Perry bertanggungjawab untuk merekrut Lorde, The Weeknd, Major Lazer, Diplo, Desiigner dan ramai lagi. Baru-baru ini, Perry diiktiraf sebagai A&R menerusi pencalonan "Melodrama" bagi Album Tahunan Terbaik Lorde's Grammy 2017, dan gandingan The Weeknd dan Daft Punk untuk trek berbilang platinum, "Starboy" serta "I Feel It Coming."  Perry menerima pelbagai penghormatan dan pengiktirafan industri sepanjang kerjaya beliau, termasuk senarai 100 Power Billboard pada tahun 2017, senarai "Hitmakers" Variety pada tahun 2017, "Top Hitmakers" The Hollywood Reporter dan senarai "Top A&R Power Players" Billboard pada tahun 2016. Beliau turut dipilih dalam senarai "40 Under 40" Billboard pada tahun 2013, 2014 dan 2015.

Latar Belakang Sony Music Entertainment
Sony Music Entertainment ialah sebuah syarikat rakaman muzik bertaraf global dengan senarai anggota semasa yang melibatkan pelbagai artis tempatan dan bintang handalan antarabangsa. Syarikat mempunyai katalog luas yang merangkumi beberapa rakaman paling penting dalam sejarah. Ia menghimpunkan syarikat-syarikat rakaman terunggul yang membawakan muzik daripada setiap genre, termasuk Arista Nashville, Beach Street Records, Black Butter Records, BPG Music, Bystorm Entertainment, Century Media, Columbia Nashville, Columbia Records, Day 1, Descendant Records, Disruptor Records, Epic Records, Essential Records, Essential Worship, Fo Yo Soul Recordings, House of Iona Records, Insanity Records, Kemosabe Records, Legacy Recordings, Masterworks, Masterworks Broadway, Ministry of Sound Recordings, Monument Records, OKeh, Polo Grounds Music, Portrait, RCA Inspiration, RCA Nashville, RCA Records, Relentless Records, Reunion Records, Sony Classical, Sony Music Latin, Star Time International, Syco Music dan Verity Records. Sony Music Entertainment ialah subsidiari milik penuh Sony Corporation of America.

Foto - http://mma.prnewswire.com/media/622951/Sony_Music_Entertainment_Chairman_and_CEO_Ron_Perry.jpg 

 

Source: Sony Music Entertainment
Keywords: Entertainment Music Personnel announcements