omniture

Logicalis capai Pensijilan Emas Global Cisco

Logicalis
2018-01-04 09:00 696

Pensijilan iktiraf rakan kongsi dengan kemahiran perniagaan dan teknologi berbeza sediakan perkhidmatan dan sokongan berterusan ke seluruh dunia

SINGAPURA, 4 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Logicalis Group, penyedia penyelesaian IT dan perkhidmatan terurus bertaraf antarabangsa, hari ini mengumumkan ia mencapai Pensijilan Emas Global Cisco, dan kini merupakan salah satu daripada segelintir organisasi antarabangsa yang diiktiraf dengan pencapaian ini.

Logicalis berjaya mencapai pensijilan ini melalui kedalaman keupayaan dalam menyokong teknologi serta perkhidmatan Cisco dan melalui keluasan kepakaran penyerahannya di seluruh dunia. Meskipun setiap kawasan Logicalis mempunyai meritnya yang tersendiri, pensijilan ini mengiktiraf pendekatan global tunggal terhadap penyelesaian, perkhidmatan dan sokongan, golongan profesional berkemahiran tinggi di seluruh dunia dan komitmen penuh terhadap penciptaan nilai kepada pelanggannya melalui inovasi.

Mengulas tentang pencapaian ini, Mark Rogers, Ketua Pegawai Eksekutif Logicalis Group menambah, "Logicalis ialah sebuah organisasi multinasional yang memahami sepenuhnya cabaran-cabaran menjalankan perniagaan di seluruh dunia. Kami amat berbesar hati dapat melihat pelaburan kami dalam kemahiran pasukan kami, proses perniagaan utuh kami dan operasi yang benar-benar bersepadu di seluruh dunia kini mendapat pengiktirafan. Paling penting, pelanggan kami akan dapat terus diyakinkan dengan kepakaran tiada tandingan Logicalis dan komitmen kukuh untuk terus melabur semula dalam teknologi dan perkhidmatan yang menyokong perniagaan mereka."

Pensijilan baharu ini memperluas perkhidmatan global Logicalis demi pengupayaan digital dalam IT Hibrid, Tempat Kerja Digital, Infrastruktur Sedia Digital dan Khidmat Nasihat serta Perkhidmatan Terurus. Selain itu, Platform Perkhidmatan Biasa memastikan amalan pengurusan perkhidmatan yang konsisten menerusi penyerahan perkhidmatan dikongsi serantau, berdasarkan piawaian proses-proses teras ITIL.

Latar Belakang Logicalis

Logicalis ialah penyedia penyelesaian pelbagai kemahiran bertaraf antarabangsa yang menyediakan perkhidmatan pengupayaan digital demi membantu pelanggan memanfaatkan teknologi digital dan perkhidmatan yang inovatif bagi memberikan hasil perniagaan yang mantap.

Pelanggan kami terdiri daripada pelbagai industri dan kawasan geografi; tumpuan kami adalah untuk terlibat dalam dinamik pasaran vertikal pelanggan kami; termasuk perkhidmatan kewangan, TMT (telekomunikasi, media dan teknologi), pendidikan, penjagaan kesihatan, peruncitan, kerajaan, pembuatan dan khidmat profesional, selain memanfaatkan kemahiran 4,500 kakitangan kami dalam memodenkan tunjang digital yang utama; pusat data dan khidmat awan, infrastruktur keselamatan dan rangkaian, komunikasi dan kolaborasi ruang kerja, strategi data dan maklumat serta pemodenan operasi IT.

Kami turut memberi sokongan kepada pelanggan kami menerusi beberapa syarikat teknologi utama di dunia termasuk Cisco, HPE, IBM, CA Technologies, NetApp, Microsoft, Oracle, VMware dan ServiceNow.

Logicalis Group memperoleh hasil pendapatan tahunan melebihi $1.5 bilion, menerusi operasi syarikat di Eropah, Amerika Utara, Amerika Latin, Asia Pasifik dan Afrika. Divisyennya, Datatec Limited, tersenarai dalam Bursa Saham Johannesburg, dengan hasil perolehan melebihi $4 bilion.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.logicalis.com/

Maklumat Perhubungan Akhbar: 
Raymond Tan/Nadia Chand 
Arcis Communications 
+65 62743283
raymond@arciscommunications.com / nadia@arciscommunications.com

Source: Logicalis
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Awards