omniture

GCL-SI Umum Pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif, Kukuhkan Lagi Persaingan Global

GCL System
2018-01-10 00:31 427

SUZHOU, China, 10 Januari 2018 /PRNewswire/ -- GCL System Integration Technology Co., LTD. (SZ: 002506) ("GCL-SI", atau "Syarikat"), sebuah anak syarikat konglomerat tenaga bersih terkemuka dunia GCL, mengumumkan pelantikan En. Eric Luo sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, berkuat kuasa pada 5 Januari 2018.

En. Luo dicalonkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Asia Terbaik Tahun 2014 pada Dunia Tenaga dan Elektrik Asia bagi mengiktiraf kepimpinannya mengubah Wuxi Suntech and Shunfeng International Clean Energy (SFCE) menjadi penyedia penyelesaian tenaga bersih terkemuka. En. Luo ialah salah seorang penyampai ucapan dasar pada sesi Mesyuarat Tahunan Davos 2016 bagi Transformasi Tenaga dan menerima anugerah Pemimpin Cemerlang di Kemuncak Pemimpin-pemimpin Tenaga Global. Eric kini berkhidmat sebagai penasihat industri kepada Dana Hijau Amerika Syarikat-China, sebuah dana ekuiti persendirian diuruskan secara komersil yang dilancarkan oleh ketua kerajaan dan pemimpin perniagaan dari Amerika Syarikat dan China.

Sebelum menyertai GCL, En. Luo merupakan Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Shunfeng International Clean Energy Limited. Sebelum ini, En. Luo memegang beberapa tugas kanan dalam Shunfeng Group, termasuk sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Wuxi Suntech Power Co, Ltd. "Kami percaya beliau akan turut membawa pengalaman lalunya yang luas mengenai elektronik dan industri ke dalam GCL," kata En. Zhu Gongshan, Pengerusi GCL Group.

"Kami bertuah Eric menyertai pasukan ini, satu langkah strategik bagi Syarikat, kerana ia mempercepat pertumbuhan dan persepaduan GCL-SI dalam pasaran global serta membantu pembangunannya dalam perniagaan bekas EPC China dan penyimpanan tenaga," kata En. Shu Hua, Pengerusi GCL-SI.

GCL-SI telah mencapai pertumbuhan pantas dengan menyediakan modul fotovolta dan perkhidmatan integrasi sistem untuk meletakkan kedudukannya sebagai penyedia penyelesaian perkhidmatan tenaga bersih bersepadu.

GCL-SI kini mempunyai anak syarikat di Jepun, India, Amerika Utara, Australia, Singapura, dan Jerman dengan pejabat perwakilan yang meliputi Thailand, Amerika Selatan, Timur Tengah, Eropah Selatan dan Afrika. Pelancaran fasiliti pengeluaran 600 MW Syarikat di Vietnam akan lebih menyokong capaian globalnya dengan menaikkan saham pasaran dalam pasaran Eropah dan Amerika Syarikat. GCL akan mencapai jumlah kapasiti sebanyak 8GW dalam tahun 2018.

"2018 akan menjadi tahun yang mengujakan bagi Syarikat untuk meneruskan rekod pertumbuhan padu dalam pasaran global kerana kami telah berusaha untuk memperbaiki kerjasama dengan syarikat huluan dan hiliran dalam rantaian nilai industri. Syarikat juga membuat pelaburan strategik dengan mengambil alih anggaran 10% saham ekuiti dalam GCL New Energy (0451.HK), yang memiliki aset pengendalian suria terbesar di dunia. Saya sangat gembira kerana berpeluang menjadi seorang ahli platform global tenaga bersih dan akan bekerjasama dengan setiap pemegang saham untuk memacu Syarikat ke tahap baharu sementara meningkatkan pulangan pemegang saham," En. Luo mengulas.

Latar Belakang GCL-SI

GCL System Integration Technology Co., Ltd. (002506 Saham Shenzhen) (GCL-SI), merupakan sebahagian daripada GOLDEN CONCORD Group (GCL). GCL-SI menyediakan sistem tenaga sehenti termaju dan bersepadu serta komited untuk menjadi syarikat tenaga suria terkemuka di dunia.


 

Source: GCL System
Related Stocks:
Shenzhen:002506
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Personnel announcements