omniture

MediaTek Umum Platform SmartTV UltraHD Sokong Piawaian HDR dan Kandungan 120Hz

MediaTek Inc.
2018-01-10 00:55 357

MediaTek lancar cip MT5598 untuk 4KTV didayakan HDR, sokong pelbagai teknologi HDR tahap asas-kepada-tahap maju

HSINCHU, Taiwan, 10 Januari 2018 /PRNewswire/ -- MediaTek, peneraju industri dalam pembangunan penyelesaian sistem-atas-cip (SoC) berkuasa rendah, berkecekapan tinggi dan amat bersepadu, hari ini mengumumkan cip set MT5598 untuk TV 4K didayakan HDR. MT5598 ialah platform SmartTV UltraHD premium yang menggabungkan spesifikasi utama bagi mendayakan yang terkini – dan untuk masa depan – TV UltraHD dan kandungan filem.

Selain menyokong pelbagai teknologi HDR tahap asas-kepada-tahap maju, MT5598 yang amat berkeupayaan memberikan kefleksibelan kepada pengeluar TV 4K untuk menggandingkannya dengan pelbagai panel LCD, kombinasi cahaya belakang, teknologi berlesen atau percuma dan piawaian kandungan setempat. Piawaian ini mencakupi UltraHD Blu-ray selain perkhidmatan penstriman daripada Netflix, YouTube, Amazon, VuDu, VQQ, Voole, iQIY dan YouKu.

MT5598 membawakan ciri peningkatan AI MediaTek yang membolehkan fungsi kawalan suara, berserta kesedaran audiens, persekitaran dan kandungan kepada SmartTV. Secara kolektifnya, ini dapat meningkatkan pengalaman pengguna dengan menyediakan tindak balas khusus pada masa sebenar terhadap kualiti gambar, pemilihan saluran dan lebih mengutamakan penonton, cara menonton dan bahan tontonan.

"Selama 20 tahun, MediaTek menjadi peneraju pasaran dalam membangunkan cip set yang inovatif untuk produk dan peranti hiburan rumah," kata Evan Su, Pengurus Besar Unit Perniagaan Paparan Kediaman dan IC Khusus, MediaTek. "Cip set SmartTV terkini kami akan memberikan piawaian penstriman dalam talian paling canggih dan kualiti gambar terunggul ke dalam kediaman-kediaman di seluruh dunia."

Selain kandungan didayakan HDR, MT5598 mempunyai enjin pemetaan semula HDR pada kadar dinamik miliknya sendiri. Ia memberikan peningkatan pasca pemprosesan HDR kepada kandungan SDR menerusi paparan dengan kebolehan HDR, penyerapan semula warna, ketepuan dan kadar kecerahan dinamik yang hilang dalam kandungan SDR. Digabungkan dengan Enjin Kualiti Gambar generasi ke-13, Sistem Resolusi Super (SRS) MediaTek secara selektif meningkatkan butiran terperinci tanpa mengubah imej (artifacting), memperjelas batas dan menyediakan Anggaran Gerakan dan Gantian Gerakan 4K (MEMC).

Untuk maklumat lanjut tentang MT5598, sila layari:  https://www.mediatek.com/products/digitalTv/mt5598

Latar Belakang MediaTek Inc.
MediaTek Incorporated (TWSE: 2454) ialah syarikat semikonduktor tanpa fabrikasi bertaraf global yang mendayakan 1.5 bilion peranti terhubung setahun. Kami merupakan peneraju pasaran dalam membangunkan sistem-atas-cip (SoC) yang inovatif untuk peranti mudah alih, hiburan rumah, ketersambungan dan produk IoT. Dedikasi kami terhadap inovasi menempa nama kami sebagai penggerak pasaran dalam beberapa bidang teknologi utama, termasuk teknologi mudah alih yang amat cekap kuasa dan penyelesaian multimedia canggih untuk pelbagai jenis produk seperti telefon pintar, tablet, televisyen digital, kotak OTT, produk boleh pakai dan penyelesaian automotif. MediaTek memperkasa dan menginspirasikan orang ramai untuk meluaskan pandangan mereka dan mencapai matlamat mereka dengan mudah melalui teknologi pintar. Kami menggelar idea ini sebagai Kepintaran Harian dan ia mendorong kami dalam setiap perkara yang kami lakukan. Layari www.mediatek.com untuk maklumat lanjut.

Pejabat Akhbar MediaTek:
PR@mediatek.com

Kevin Keating, MediaTek
+1- 206-321-7295
10188 Telesis Ct #500, San Diego, CA 92121, AS

Joey Lee, MediaTek
+886 3-567-0766 # 31602
No. 1, Dusing 1st Rd., Hsinchu Science Park, Hsinchu City 30078, Taiwan

Source: MediaTek Inc.
Related Stocks:
Taiwan:2454
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Semiconductors Television New products/services