omniture

Penganalisis Aliran Gas VT650 dan VT900 Fluke Biomedical tawar ketepatan tertinggi dalam pasaran

Fluke Biomedical
2018-01-10 08:06 165

Penganalisis baharu sediakan pengukuran yang mudah digunakan dan andal untuk semua jenis pengalih udara, meter alir, tolok tekanan, mesin anastesia dan peralatan lain  

EVERETT, Washington, 10 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Fluke Biomedical memperkenalkan Penganalisis Aliran Gas VT650 dan VT900, yang menyediakan fungsi aliran udara satu saluran berjulat penuh, yang dapat menyelaraskan ujian. VT650 dan VT900 menawarkan kadar ketepatan dan keandalan tertinggi dalam pasaran bagi ujian aliran gas dan peralatan perubatan pernafasan, termasuk semua jenis pengalih udara, meter alir, tolok tekanan dan mesin anestesia serta mesin-mesin lain.

generated by system

VT650 menyediakan saluran aliran udara ±300 liter-per-minit (lpm) berjulat penuh dengan ukuran gas oksigen, suhu dan kelembapan terbina dalam. Direka dan diuji mengikut spesifikasi penentukuran Molbloc-L yang terkenal di dunia, ia menjamin kebolehkesanan mengikut piawaian kawal selia global dan amat sesuai untuk pengalih udara keperluan asas serta pengujian aliran-gas.

VT900 mempunyai semua sifat kemudahan penggunaan dan ciri pada VT650, berserta input pencetus TTL luaran dan port aliran ultra rendah khas dan tekanan ultra rendah untuk ketepatan yang tinggi bagi ujian isipadu dan tekanan yang amat rendah seperti untuk mesin anestesia dan meter alir.

Dengan VT650 dan VT900, juruteknik bioperubatan dapat:

  • Menjimatkan masa dan mengelakkan kesilapan dengan profil ujian dan penyimpanan data yang boleh disesuaikan menggunakan memori yang tersedia.  
  • Mengelakkan kekeliruan dan menjamin ketepatan dengan fungsi aliran udara satu saluran berjulat penuh.
  • Mengurangkan masa ujian menerusi sensor talian terbina dalam yang menguji secara automatik kelembapan, suhu dan oksigen sambil mengimbangi tekanan atmosfera dan keadaan persekitaran.
  • Mudah dibawa dan menyimpan peranti semua dalam satu yang ringan (3.paun/1.6 kilogram) – tanpa sebarang modul tambahan untuk ujian-ujian berbeza.  
  • Mengakses dengan pantas pilihan menu, mentafsir keputusan dan melihat pengukuran pada jarak sehingga enam kaki (1.8 meter) dengan skrin sentuh berwarna tujuh inci yang besar dan mudah dibaca. Keputusan ujian boleh dipaparkan dalam graf berwarna pada masa sebenar dan antara muka pengguna globalnya dapat memberikan operasi yang ringkas.
  • Beroperasi sepanjang hari dengan lapan jam hayat bateri yang boleh dicas semula.

Memori besar yang tersedia pada penganalisis itu membolehkan simpanan profil ujian yang tersuai dibuat dan membolehkan ujian dilakukan terhadap berbilang peralatan perubatan berturut-turut tanpa perlu memindahkan data antara ujian berkenaan — data hanya perlu direkodkan dan disimpan, dan oleh yang demikian menjimatkan masa. Apabila ujian telah selesai, data yang disimpan boleh dipindahkan melalui port USB kepada komputer peribadi dan keputusan ujian boleh dimuat naik kepada sistem CMMS untuk membuat perekodan dan pelaporan dengan mudah.

Untuk maklumat lanjut tentang Penganalisis Aliran Gas VT650 dan VT900 Fluke Biomedical, layari: www.flukebiomedical.com/gasflow.

Latar Belakang Fluke Biomedical
Dipercayai untuk pengukuran yang penting.
Fluke Biomedical ialah penyedia bertaraf global yang terulung bagi peralatan pengujian dan pengukuran serta perkhidmatan untuk industri penjagaan kesihatan. Kami berkhidmat untuk jurutera bioperubatan, juruteknik jaminan kualiti, ahli fizik perubatan, pakar onkologi dan ahli profesional keselamatan radiasi dan kami terus memperluas rangkaian penyelesaian kami untuk kumpulan ahli profesional kesihatan dan keselamatan yang lebih luas. Untuk maklumat lanjut, layari www.flukebiomedical.com.

Untuk maklumat lanjut:
Fluke Biomedical 
Barbara Hanson
(425) 446-6854
barbara1.hanson@flukebiomedical.com

 

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/179432/fluke_biomedical_logo.jpg

Source: Fluke Biomedical
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals